BAB 35

3.7K 113 6
                                    

Malam yang indah. Kehadiran bintang-bintang yang menghiasi langit membuatkan suasana lebih nyaman.(k ayt cm keling)

"Sayang, buat apa tu?"

Nadhia menoleh. Dia tersenyum. "Tengok bintang. Cantiklah."

Irsyadi mengambil tempat di sebelah Nadhia. Kepalanya dijengukkan ke atas agar dapat melihat langit yang dipenuhi bintang-bintang itu. Kemudian dia menoleh semula pada Nadhia.

"Cantik." Komen Irsyadi. "Tapi, cantik lagi bintang hati abang yang sorang ni." Sambungnya lagi lalu mencuit manja hidung Nadhia.

Nadhia tersenyum lagi. Sejak akhir-akhir ini, Irsyadi semakin 'manis'. Entahlah.

"Sayang, kita jalan-jalan dekat bawah? Awal sangat ni kalau nak tidur. Baru pukul 9." Cadang Irsyadi.

"Boleh juga. Dhia pun bosan juga duduk dalam bilik je."

Ding dong!

Telefon bimbit Nadhia berbunyi menandakan notification whatsapp.

SyasyaNora

Nad
Tmn kn aq dkt lobi blh tk?

Lobi???
K
Kejap lgi aq smpai

Seen

"Abang, sorry. Esok Dhia temankan abang, eh? Syasya kata nak cakap something. Dhia pergi jumpa dia, boleh kan?"

Irsyadi mengeluh. Mengacau betullah! Ada je yang nak kacau masa aku dengan Nadhia.

"Yelah. Pergilah. Jangan lama sangat, tau? Abang tak sedap hati."

"Okey."

Selepas menyalami tangan Irsyadi, Nadhia menuju ke lobi. Kelihatan Syasya berada di situ.

"Sya! Kenapa nak jumpa aku?"

"Kita pergi minum dululah."

Mereka menuju ke cafe resort yang disediakan untuk pelancong yang ingin berehat.

Setelah pesanan mereka sampai, Syasya mempersilakan Nadhia minum sebelum menceritakan hal yang ingin disampaikan.

Namun, walaupun Nadhia telah menghirup semua jus oren di dalam gelasnya Syasya tetap tidak memberitahunya apa-apa.

Tiba-tiba Nadhia berasa kurang selesa. Kepalanya pening, badannya terasa panas. Peluh mula memercik.

"Nad, kau okey tak ni?" Soal Syasya.

"Ak... Aku peninglah, Sya. Panas." Ujar Nadhia. Penglihatannya agak kabur sedikit.

"Nad, kau okey tak ni? Aku bawa kau balik bilik kau, eh?" Cadang Syasya. Dia menghampiri Nadhia lalu mamapahnya pergi dari cafe itu.

"Am! Tu Syasya, kan? Dengan Nadhia, betul tak?"

Ilham menoleh ke arah yang ditujukan oleh Zamrin. Syasya? Kenapa dengan Nadhia tu?

"Dioranglah tu! Kenapa tu, weyh?!" Mereka terus menghampiri Syasya dan Nadhia.

"Syasya, kenapa ni?" Soal Ilham agak cemas.

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now