BAB 10

5.6K 146 2
                                    

''Masuklah, Syakinah. Nadhia ada dekat atas.'' pelawa Tengku Hajar.

''Umi panggilkan Nadhia. Duduklah dulu.''

''Eh, tak payahlah umi. Biar saya naik atas. Nadhia ada dekat bilik dia, kan?''

Tengku Hajar tersenyum. ''Pergilah. Ada dekat bilik tu.''

Syakinah berlalu ke tingkat atas dan menuju ke bilik Nadhia.

🌸🌸🌸

Nadhia yang sedang termenung tersentak apabila seseorang membuka pintu biliknya.

''Assalamualaikum.''

''Waalaikumsalam. Bila kau sampai?''

''Baru je. Termenungkan apa kau ni?'' Syakinah duduk di sebelah Nadhia.

''Tak ada apa pun.'' jawabnya malas.

Tiba-tiba mata Syakinah tercantap sesuatu di meja Nadhia.

''Cantik cincin kau. Encik tunang bagi ke?'' usik Syakinah.

Nadhia meng'hmm'kan saja. Dia memandang kosong ke arah cincin tersebut.

''Kau dah jumpa dia? Macam mana, dia setuju?'' tanya Syakinah lagi.

''Dah.''

Flashback~~~

Nadhia mengajak(?) Irsyadi makan tangah hari di TGS French Cafe

''Maaflah, Dhia ganggu abang. Ada perkara Dhia nak bincang dengan abang.''

Irsyadi tersenyum. ''It's okay. What is it that you want to discuss?''

''Pasal kita. Dhia rasa Dhia belum bersedia untuk jadi seorang isteri yang sebenar. Maksud Dhia untuk jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Abang faham kan, maksud Dhia?''

Irsyadi tersenyum. ''Abang faham. Dhia tak nak kita satu bilik, kan? Jangan risau. Abang dah bagitahu ibu, lepas kahwin kita pindah. Tinggal di rumah abang.''

''Are you serious, abang? Thanks a lot for understanding.'' kata Nadhia teruja.

''It's okay. So, shall we order something? I kind of hungry, you know.'' kata Irsyadi pula sambil mengusap perutnya.

''Sure. But, it's on you. Okay?'' balas Nadhia dengan muka yang sengaja dicomelkan.

''Okay.''

Flashback end~~~

''Tak sangka pula senang sangat dia setuju.'' kata Syakinah.

Sebenarnya itulah yang dibisik oleh Syakinah kepada Nadhia semasa di bus stop.

Nadhia hanya mengangkat bahu. ''Aku pun tak sangka juga. Mungkin dia pun tak ada perasaan dengan aku dan dia buat semua ni cuma sebab permintaan parents kami.''

''Kalau macam tu, kau kena usahalah supaya dia sukakan kau.'' kata Syakinah sambil tersenyum nakal.

''Pasal apa kau senyum macam tu? Kau ingat aku nak goda dialah, macam tu? Memang tak lah aku nak buat. Aku bukannya macam Syasya, okey.''

''Cakap pasal Syasya ni kan, aku rasa dia sukakan 'tunang' kau tu lah.'' kata Syakinah pula. Sengaja ditakankan perkataan 'tunang' itu.

''Biar ajelah dia tu. Aku tak kesah pun. Kalau diorang nak couple sekalipun, lagi bagus. Tak payahlah aku nak kahwin dengan dia.'' kata Nadhia pula selamba.

Syakinah terlopong mendengar jawapan yang keluar dari mulut Nadhia. Boleh pula dia cakap macam tu.

''Dah lah cakap pasal diorang. Kita kan nak bincang pasal hari guru. Yang lain tak sampai lagi ke?'' tanya Nadhia mengalihkan topik mereka.

Syakinah mengerling jam tangan ungu miliknya. ''Entahlah. Aku rasa diorang lupa kot. Tak apa, aku call diorang.''

Syakinah mengeluarkan Vivo miliknya.

Tok! Tok! Tok!

Makcik Milah membuka pintu. ''Nad, kawan-kawan kamu ada dekat bawah tu.''

''Panjang umur. Terima kasih, Makcik Milah. Kejap lagi Nad turun.''

🌸🌸🌸

''Kenapa korang lambat?'' tanya Nadhia sebaik mereka sampai di ruang tamu.

''Jalan sesak tadi. Sebab tu kami lambat. Lepas tu kena tunggu Zamrin dengan Sheera lagi.'' jawab Hafiezy.

''Bukan salah aku, okey. SHREK ni yang lambat sangat. Entah apa yang dia buat lama sangat aku pun tak tahulah.'' balas Zamrin.

''Aku pula. Kau tu yang lambat bersiap mengalahkan perempuan. Well, RAPUNZEL kan memang perempuan.'' balas Asheera pula tidak puas hati.

''Berhenti bergaduh, boleh tak? Kita datang sini nak berbincang pasal aktiviti untuk Hari Guru nanti. Bukan nak dengar korang berdua bertekak.'' celah Razeen pula.

''Aku memang datang nak bincang. Tapi, kenapa SHREK ni perlu datang juga? Tak pasal-pasal aku kena bawa dia pula.'' rungut Zamrin.

''Kau fikir, aku hadap sangat nak naik satu kereta dengan kau? Kalau bukan mama dengan Mak Long yang suruh, memang tak lah aku nak datang sini dengan kau.'' balas Asheera dengan nada jelingan.

''Aku pun tak inginlah nak naik dengan kau. Nasib baik tak calar kereta aku.'' balas Zamrin lagi.

''Kenapalah aku kena tinggal serumah dengan kau? Dekat sekolah jumpa kau, dekat rumah jumpa kau.'' tambahnya lagi.

Asheera membuat 'rolling eyes'.

Mereka duduk serumah bukan kerana adik-beradik. Suami isteri jauh sekali. Tapi, sepupu.

Datuk mereka berdua, Tan Sri Fauzan yang mahu anak, menantu dan cucunya tinggal di rumahnya. Alasannya, tidak mahu hubungan kekeluargaan mereka menjadi renggang.

Renggang sebab apa pun tidak tahulah.

''Eh, Ilham tak datang? Sepatutnya dia yang perlu ada sekarang sebab dia KP.'' tanya Nadhia pula sekaligus menghentikan pertengkaran dua 'manusia' itu.

''Dia cakap dia lambat sebab ada hal. Katanya, nanti dia datang sekali dengan Zeen.'' jawab Hafiezy.

''Ilham juga yang kau ingat.'' usik Zaidan sambil tersenyum nakal.

''Assalamualaikum.''

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now