BAB 3

7.6K 220 13
                                    

''So, berani ke?''

''Okey. Deal. Lepas dua bulan, aku putus dengan dia.'' jawab Syakinah dengan senyuman di bibirnya.

🌸🌸🌸

''Assalamualaikum.''

Nadhia menoleh bila seseorang menyapanya. Dia tersenyum. ''Walaikumsalam.''

Ilham mengambil tempat yang kosong di sebelah Nadhia.

''Awak tak rehat?'' tanya Ilham.

''Tak. Malaslah. Lagipun tak lapar.''

''Ouh. Saya nak minta tolong ni. Saya tak fahamlah.'' katanya sambil menunjukkan buku latihan Matematiknya kepada Nadhia.

Nadhia mengerutkan dahinya. ''Bukan awak selalu tanya Alina ke? Lagipun awak kan partner dengan dia.''

''Saya bukannya tak nak tanya dia, cuma tadi saya nampak dia bad mood semacam. Takut pula nak tanya.''

Nadhia ketawa kecil. Pasti sebab pagi tadi. ''Tak apa lah. Mana soalan yang awak tak faham tadi?''

''Ni.'' Ilham menunjukkan soalan pada buku latihannya.

''Ouh. Senang je ni.'' Nadhia menjelaskan(?) soalan tersebut.

''Ouh, macam tu. Kejap saya cuba buat.''

Nadhia begitu asyik meneliti wajah tampan milik Ilham Naufal semasa lelaki itu sedang tekun dengan kerjanya(?). Padanya Ilham memiliki rupa paras yang sempurna.

Ilham berkulit sawo matang, rambutnya pula sedikit keperangan. Hidungnya juga mancung. Ditambah pula dengan matanya yang berwarna kebiruan. Attitudenya yang elok juga disenangi orang lain.

''Saya tahu saya kacak. Awak tak payahlah tenung saya macam tu.'' kata Ilham selamba tanpa menoleh. Masih tekun dengan kerjanya(?).

Pipi Nadhia memerah. Malu apabila ditangkap memerhatikan anak teruna orang. Cepat-cepat dia memalingkan mukanya.

''Eee, perasanlah awak ni! Saya tengok jalan kerja awak tu, bukannya awak.'' kata Nadhia pula. Sebenarnya lebih kepada nak cover malu tadi.

''Yalah tu. Eh!''

''Kenapa?''

''Cuba awak tengok ni. Saya rasa macam salah.'' Ilham menunjukkan bukunya.

Nadhia meneliti jalan kerja Ilham. Mencari kesalahan yang dilakukannya.

''Memanglah awak tak dapat. 16x9=134 ke?''

''Eh, ha'ahlah. 144. Sorry.'' Ilham tersengih.

''Macam manalah awak boleh dapat straight As masa SPM? Kesilapan macam ni pun awak boleh buat.''

''Alah, biasalah. Kitakan manusia biasa, tak lepas dari melakukan kesilapan.'' jawabnya sambil tersenyum.

''Cita-cita awak memang nak jadi ustaz, eh?'' tanya Nadhia tiba-tiba.

''Kenapa awak tanya macam tu?''

''Yalah. Pantang saya salah sikit awak mesti ceramah saya. Ustazkan suka berceramah.''

Ilham tersenyum mendengar jawapan Nadhia.

''Okeylah. Thanks sebab tolong saya. Awak tak nak rehat ke ni?'' tanya Ilham lagi.

''Tak apa. Awak pergilah. Saya tak lapar.''

''Alah, jomlah. Saya belanja. Lagipun lepas ni kita perlu jumpa Cikgu Latif. Ada mesyuarat untuk AJKT(Ahli Jawatankuasa Tertinggi) pengawas. Jomlah. Saya jarang offer macam ni.'' ajak Ilham lagi.

''Okeylah. Awak belanja, kan?''

''Yes, Miss Nadhia.''

Nadhia tersenyum lalu bangun. Mereka beriringan keluar dari kelas.

🌸🌸🌸

''Weyh! Korang tengok tu. Tadi bukan main kata tak nak keluar rehat, malaslah, tak laparlah. Rupanya nak dating dengan crush.'' kata Vivian sambil menuding jarinya ke arah Nadhia dan Ilham yang sedang rancak berbual.

''Diorang tu ada apa-apa ke?'' tanya Asheera pula.

''Kau tak tahu ke? Nad kan, memang dah lama minat dengan Ilham tu. Sejak form 1  lagi. Lagipun Am dengan Nad memang rapat. Lagi-lagi sekarang ni. Am tu KP(Ketua Pengawas) Nad pula PKP(Penolong Ketua Pengawas).'' jawab Syakinah.

''Kesian Shrek tak tahu apa-apa.'' ejek Zamrin kepada Asheera.

Kebiasaan bagi Zamrin memanggilnya dengan panggilan itu. Katanya sesuai kerana Asheera begitu meminati warna hijau.

''Rapunzel, kau diam boleh tak?'' balas Asheera pula.

''Aku bukan Rapunzellah. Aku Zamrin.''

''Rambut kau kan panjang. Sesuailah dengan nama tu.'' kata Asheera tidak mahu mengalah.

Zamrin memang mempunyai rambut yang sedikit panjang. Tapi tidaklah terlalu panjang hanya mencecah paras leher sahaja.

''Eh, dah lah korang ni asyik nak gaduh aje.'' Zaidan pula mencelah antara mereka berdua.

🌸🌸🌸

''Cantik mata awak.'' kata Ilham tiba-tiba.

Nadhia yang sedang menghirup minuman tersedak. ''Mata?''

''Ya. Mata awak hijau-biru. Awak mix, eh?'' tanya Ilham ingin tahu.

''Italy. Ayah saya orang Itali while my mom pula Melayu.'' jawab Nadhia.

''Saya lupa nama ayah awak. Siapa, eh?'' tanya Ilham lagi.

Nadhia hairan dengan sikap Ilham yang tiba-tiba menjadi ingin tahu. Tapi, dijawab juga pertanyaannya.

''Mukhlis. Kenapa awak nak tahu?''

Ilham tersenyum lalu menggeleng. ''Nothing. Saja nak tahu. Tapi, betul ke Mukhlis? Atau 'Tengku Mukhlis'?''

Sekali lagi Nadhia tersedak. Macam mana dia tahu?

''Mana awak tahu?'' Tanya Nadhia terkejut.

''Saya tahulah.'' jawabnya selamba.

''Hah! Dating, eh?!''

💎💎💎💎💎

Mcm mn Ilham thu? Hmm... Nnti akn dkthui jga...

Anw, Zamrin dan Asheera klw dgabungkn jdi ZARA. hehehe...

Btw, tlg vote dan komen...

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now