BAB 46

3.3K 92 4
                                    

"Kau siapa?" Soal Nadhia perlahan.

"Tak perlu ambil tahu." Balas lelaki itu. Yup! Lelaki. Dia ingin meninggalkan Nadhia, tapi suara Nadhia menghentikannya.

"Stop pretending, Khai. Aku tahu itu kau. Even kau pakai mask. Kenapa kau tolong Amirah? Aku tahu korang cuma nak ugut aku, kan? Irsyadi is not here. There's no point on doing this."

Dia berpaling. Nadhia dihampiri. "Aku bagi kau makanan, jadi kau cuma perlu makan. Tak payah banyak bunyi."

Nadhia melepaskan keluhan setelah Khai meninggalkannya. Sudah dua hari dia menjadi 'penghuni' rumah ini. Tangan dan kakinya masih diikat cuma dia dikurung di bilik. Seorang diri. Tapi, Amirah tidak datang melawat(?)nya sejak malam tadi.

Kini dia hanya tinggal berdua di rumah ini.

🌸🌸🌸

"Syad, kau kenapa ni? Dari semalam tak fokus. Ada masalah ke?" Soal Aaron. Mengikut pemerhatiannya, Irsyadi selalu hilang fokus semasa mesyuarat.

"Nothinglah."

"Nothing? Let me guess, missing someone?" Soal Aaron. Nadanya sedikit mengusik.

Irsyadi menjongketkan bahu. "Maybe? Aku tak sedap hati sebenarnya. Macam ada benda tak baik nak jadi."

Irsyadi mengeluh. Hatinya asyik menyuruhnya balik dan berjumpa Nadhia. Tapi, urusan kerjanya juga penting.

"Hidup ni penuh cabaran, bro. Kau kena sabar. I wish you good luck." Kata Aaron sambil menepuk lembut bahu Irsyadi.

Aaron dipandang dengan kerutan di dahi. "Apa yang kau merepek ni? Aku cakap benda lain. Yang kau tiba-tiba pasal cabaran pulak kenapa?"

"Eh? Tak kisahlah. By the way, esok kau nak balik ke?"

"Entah. Kalau aku boleh habiskan semuanya hari ni, esok aku baliklah. Atau, mungkin malam ni. Lagipun, Dato' Kamal dah batalkan meeting untuk minggu depan. So, boleh aku balik awal. Tak tahanlah jauh-jauh macam ni." Kata Irsyadi seraya tersenyum kecil. Rindu di hati rasa tidak terbendung.

"Tak menyabar sangat kau ni. Rindu sangat kat Nadhia ke apa?" Usik Aaron.

"Mestilah rindu. Gila tak rindu?"

Kata-kata Irsyadi mengundang tawa Aaron. Lelaki bila berjumpa memang tiada benda lain akan dibualkan. Mohon faham.

"Aku tak macam kau, bro. Tak ada orang nak rindu, tak ada siapa nak dirindu. Lonerlah katakan." Kata Irsyadi pula.

"Kurang ajar mulut kau, eh?"

"Fakta, bro." Irsyadi menepuk lembut bahu sepupunya itu sebelum berlalu.

🌸🌸🌸

"Macam tak ada orang aje."

Zamrin menggulingkan matanya. Syakinah dipandang datar. "Harap result cemerlang, tapi B.O.D.O.H. Dah nama pun penculik, takkan dia nak bagi jemputan kat orang ajak datang rumah dia buat party?"

〘✓〙My Little Young WifeTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang