BAB 38

3.5K 99 4
                                    

Nadhia mengetuk pintu bilik yang didiami oleh Irsyadi. Tiada sahutan. Perlahan pintu dibuka dan kakinya diatur ke dalam. "Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Sayang ke tu?" Irsyadi menjawab dari veranda bilik.

Nadhia mendekati Irsyadi. "Abang okey?"

Irsyadi tersenyum. "I'm good."

"Abang dah makan? Kalau nak Dhia call room service."

"Boleh juga. Dari siang tadi tak makan." Kata Irsyadi sambil tersenyum lebar.

5 minutes later...

Ding! Dong!

"Ye?" Soal Nadhia sejurus pintu dibuka.

"Your delivery(?), miss."

"Oh ya! Terima kasih."

Pekerja(?) resort itu tersenyum sebelum beredar. Pintu ditutup semula lalu dia menghampiri Irsyadi.

"Makanan dah sampai!"

🌸🌸🌸

"Syasya! Lambatnya lahai kau ni." Tegur Asheera. Duduknya dilabuhkan disebelah Syasya.

"Aku tersesat entah sampai mana tadi. Nasib baik jumpa jalan pergi sini balik."

"Kau masuk hutan ke? Tak tahu pulak dekat resort ni ada hutan." Celah Zamrin.

"Aku jalan-jalan dekat swimming pool tadi. Lepas tu tak perasan pulak terlajak jalan sampai luar resort."

"Owh! Ingatkan kau pergi hutan mana entah."

"Korang! Aku kena baliklah. Mama aku baru je call tadi ada family matters." Celah Kelvin pula yang muncul tiba-tiba.

"Yelah, lagipun esok kitorang dah nak balik dah. Kau betul ke nak balik ni? Dah pukul 10 kot?" Soal Ilham kurang senang.

"Aku naik flight. Dahlah, aku pergi dulu." Kelvin menepuk lembut bahu Ilham sebelum beredar.

"Okey, now kita nak buat apa?" Soal Asheera sambil memandang rakan-rakannya satu persatu.

Krik krik krik~~~

"Dah malam ni. Masuk bilik masing-masinglah. Lagipun, esok kita punya flight pagi kan? Dan aku tak rasa Nadhia akan join kita."

"Aku pun dah mengantuk ni. Moh ler kita masuk bilik masing-masing." Ujar Zamrin menyokong kata-kata Ilham.

🌸🌸🌸

"Apa ni?! Kau kata kau dah rancang benda ni baik-baik. Tak ada apa-apa jadi pun." Rungutnya dihujung talian.

"Memanglah! Tapi, aku tak jumpa dia pun semalam. Boleh pulak dia terperap kat bilik tu! Sakitlah konon!"

"Aku tak kira, apa pun jadi kau kena settlekan benda ni juga."

"Aku tahulah! Dahlah, aku nak masuk flight dah ni. Bye!" Panggilan ditamatkan. Sejurus itu dia merengus. Rancangan mereka gagal lagi. Next plan.

🌸🌸🌸

Sampai sahaja di rumah, Irsyadi merebahkan dirinya ke sofa ruang tamu. Terasa lenguh seluruh tubuhnya.

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now