BAB 47

3.3K 93 4
                                    

Ding! Dong!

Kelihatan seorang gadis muda yang sebaya dengannya keluar dari rumah itu. Blouse oren yang agak labuh mambaluti tubuhnya.

"Apa korang nak datang rumah aku malam-malam ni?" Soal Syasya.

"Mana Nadhia?" Soal Razeen direct.

"Aku tak tahu." Balas Syasya pendek. Tangannya disilangkan ke dada.

"Cakap ajelah. Bukan kami nak bunuh kau pun. Lagi cepat kau cakap, lagi bagus. Tak tahanlah lama-lama kat sini. P.A.N.A.S." Zamrin pula bersuara.

Syasya menggulingkan matanya. "Kalau dah tahu panas, balik ajelah."

"Memang nak balik, tapi sebelum tu kau kena bagitahu Nadhia kat mana. Ingat aku nak sangat ke datang sini?" Balas Zamrin tidak mahu mengalah.

"Kejaplah!" Syasya masuk semula ke dalam rumahnya. Kemudian, keluar semula dengan sehelai kertas dan diserahkan pada Zamrin.

"Apa ni? Kau nak bagi aku guna-guna?" Balas Zamrin selamba.

"Itu namanya alamat, bodoh! Tak pandai baca ke?"

"Alamat siapa?" Soal Ilham.

"Rumah yang papa aku belikan untuk Amirah. Dia kan anak buah kesayangan papa aku." Jelas Syasya.

"Aku cuma rasa dia ada kat sana bukan confirm. And for your information, aku tak terlibat pun dalam kes kehilangan Nadhia ni. Jadi lepas ni jangan cari aku lagi." Kata Syasya lalu terus meninggalkan mereka di situ. Pintu rumahnya sengaja dihempas kuat.

"Tuan rumah jenis apa ni? Tetamu datang bukannya nak jemput masuk, halau lagi ada. #mohonpupus" Omel Zamrin sendirian.

"Tak payah membebellah. Jomlah kita pergi." Kata Ilham.

🌸🌸🌸

"Aku akan lepaskan kau. Tunggu ajelah kawan-kawan kau datang."

Nadhia mendongak mendengar suara itu.

Nadhia memandangnya dengan seribu tanda tanya. "Apa maksud kau? Lepaskan aku? Macam tu aje? Jadi, apa motif kau selama ni?"

"Motif? Aku nak kau."

"What?"

"Yes. Tapi, aku dapat tahu hal lain and I think this isn't the best time. So, aku akan pulangkan kau semula."

Nadhia terkedu. Otaknya langsung tidak dapat memproses apa yang baru saja didengar. Lelaki dihadapannya dipandang tajam.

"What the hell do you mean? Apa yang kau cuba cakap ni? Dan mana Amirah?" Soal Nadhia lagi.

Dia ketawa kuat. Kini dia mencangkung dihadapan Nadhia yang sedang duduk di sudut bilik itu. Pipi Nadhia dibelai lembut, namun Nadhia segera menjauhkan wajahnya.

"Amirah tak penting pun. Dia langgar janji, jadi aku terpaksa buat apa yang patut. Dan..."

"Kau buat apa kat dia?!" Soal Nadhia memotong laju ayatnya. Tajam pandangannya menikam si dia.

"Come on, Nadhia! Jangan risaulah, sayang. Aku tak bunuh dia pun. Dia masih hidup dan sihat walafiat. Tapi, aku tak akan teragak-agak untuk buat macam tu kalau dia rosakkan rancangan aku." Katanya lagi. "Kau nak tahu siapa aku?"

Nadhia terdiam dengan soalan itu. Perlahan dia membuka penutup mukanya.

"Vin? But.." Nadhia hilang kata-kata. Hampir luluh jantungnya melihat lelaki yang teramat dia kenali dihadapannya yang disangka adalah Khai.

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now