BAB 51

4K 105 5
                                    

Irsyadi dan Nadhia melangkah masuk ke bangunan IRIS Holdings disambut dengan sapaan mesra dari setiap staf yang bekerja di syarikat itu.

"Sayang tunggu kat sini dulu. Abang nak pergi mesyuarat, tau. Duduk sini diam-diam." Pesan Irsyadi.

Nadhia bagi muka datar. "Abang, Dhia nak pergi mana? Kat office ni bukan ada apa-apa pun."

"Sayang tu kan, degil. Kalau nak apa-apa minta je kat Deevina sebab dia tak ikut meeting." Pesan Irsyadi lagi.

"Yelah, yelah. Pergilah sana nanti ayah bising. Dahlah dua hari tak masuk pejabat. Kena potong gaji, baru tahu!" Ejek Nadhia.

Irsyadi mengucup lembut dahi Nadhia sebelum meninggalkan bilik pejabatnya. Nadhia cuma layan phone di sofa yang disediakan dalam bilik itu.

Bosan tu boleh tahanlah. Nadhia menoleh apabila pintu diketuk. Dia tersenyum pada Deevina.

"Nadhia, ada orang nak jumpa. Dia kata kawan." Ujar Deevina.

Nadhia tayang muka pelik. "Lelaki atau perempuan? Kak Dee kenal dia?"

"Lelaki. Akak manalah kenal kawan-kawan Nadhia. Dia kata nak jumpa sebab ada perkara penting. Dia tunggu kat lobi." Jelas Deevina.

Nadhia mengangguk faham. "Then, saya turun bawahlah. Thanks, Kak Dee."

🌸🌸🌸

Irsyadi kembali ke bilik pejabatnya. Mesyuarat ditangguhkan akibat hal kecemasan yang memanggil Tan Sri Fauzan.

Setelah memastikan Nadhia tidak berada di sana, dia menemukan Deevina.

"Deevina, Nadhia mana? Dia keluar ke?" Soal Irsyadi.

"Nadhia kat lobi, bos. Tadi ada orang datang nak jumpa dia." Jawab Deevina.

"Siapa?"

Deevina jongket bahu. "Lelaki but I don't know him. Dia kata, dia kawan Nadhia."

"What?! Saya dah pesan jangan bagi sesiapa jumpa dia, kan? Diorang kat mana sekarang?" Soal Irsyadi.

"I'm sorry, boss. Rasanya Nadhia kat lobi, kot." Balas Deevina perlahan.

Irsyadi terus berlalu meninggalkan Deevina.

🌸🌸🌸

"Haih! Membazirkan masa aku aje." Rungut Nadhia sendirian.

"Anak siapalah yang pandai sangat buang masa aku ni? Ataupun Kak Dee tipu?" Soal Nadhia. Sendiri.

"Eh, tak mungkin! Mungkin dia dah balik sebab tunggu lama, kot." Kata Nadhia lagi. Sendirian.

Nadhia menilik jam tangannya. "Awal lagi. Mesti dia tak habis meeting lagi. Nak buat apa ni? Dahlah bosan."

"Jam, kau rasa kan, anak aku nanti lelaki or perempuan? Rasanya kan, mana lagi best, lelaki atau perempuan?" Soal Nadhia pada jam  tangannya.

"Dah macam orang bodoh aku ni cakap dengan jam. Eish!" Nadhia mengetuk kepalanya sendiri.

"Janganlah ketuk kepala macam tu. Tak pasal-pasal baby keluar nanti jadi RENDAH."

Nadhia menoleh. Irsyadi dipandang datar.

"Better, daripada tinggi macam tiang lampu? Orang nak pandang pun kena mendongak yang akan menyebabkan seseorang tu sakit. Sakit apa? Sakit leher sebab asyik mendongak aje." Balas Nadhia seraya mencebik.

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now