BAB 20

4.8K 142 1
                                    

Kelvin memandang tepat pada muka Syakinah. Kemudian, dia beralih pada Nadhia pula.

''Wow! Bravo!'' ujarnya sambil menepuk tangan. ''Kau tunggu. Aku akan pastikan hidup korang semua takkan aman.'' katanya lalu beredar dari situ.

''Sorry. Terpaksa libatkan kau, Qee. Aku minta maaf.'' kata Syakinah pada Refqee.

Refqee tersenyum. ''Tak apa. Aku sendiri yang libatkan diri aku.''

''Eh, tak payah nak buat drama tak berbayar dekat sini. Nak muntah aku tengok.'' sampuk Nadhia pula.

''Tapi, betul ke kau dengan Refqee couple sekarang?'' soal Zamrin yang diam sedari tadi.

Syakinah dan Refqee memandang antara satu sama lain. Kemudian, mereka sama-sama ketawa. Zamrin pula agak blur sedikit. Dah kenapa kawan-kawan aku ni? Sawan biawak ke apa?

''Tak adalah. Aku sengaja cakap macam tu supaya dia tak kacau aku lagi.'' jawab Syakinah dengan sisa ketawanhya.

''Ehem, ehem.'' sapa satu suara.

''Apa yang lucu ni?'' tanya Irsyadi.

''Tak ada apalah, sir. Diorang buat lawak BODOH pula dekat sini.'' jawab Zamrin selamba.

Irsyadi hanya tersenyum. ''Dah siap kemas? Kalau dah siap jomlah kita balik.'' ujar Irsyadi sambil memerhatikan keadaan sekeliling.

Perghhh! BERSIH sangat!

Nadhia tersengih. ''Banyak lagi ni. Nanti saya balik dengan Sheera dan Zam. Sir baliklah dulu.'' jawab Nadhia.

Di sekolah, Nadhia memang akan berinteraksi secara formal dengan Irsyadi walaupun di hadapan kawan-kawannya. Begitu juga dengan Irsyadi. Satu sebab, kerana bukan semua kawan-kawannya tahu mengenai Irsyadi. Even, Hafiezy tahu pun hanya kerana Zamrin terlepas cakap. Nasiblah Hafiezy ni bukan jenis yang macam Zaidan.

Kebetulan pula, semua yang bertugas di dewan hanya mereka yang tahu sahaja, kecuali Refqee. Itulah satu sebab mengapa mereka agak formal.

Irsyadi senyum senget. ''Macam mana nak siap kalau mengumpat lebih banyak dari mengemas.'' perli Irsyadi.

''Eh, Nad! Sorrylah. Kami tak balik rumah sebab dah petang. Kau lupa kami ada family dinner malam ni? Kitorang terus pergi butik mama dan tukar baju, then straight pergi hotel. Dah tengah hari ni, kot.'' ujar Zamrin pula.

''So, nak saya tunggu?'' tanya Irsyadi kembali.

Nadhia berfikir sebentar. Matanya terarah pada Ilham. ''Tak apalah. Saya balik dengan Ilham je. Am, boleh kan?''

''Sure.'' balas Ilham sambil tersenyum.

''Kalau macam tu saya balik dulu.''

Nadhia mencium tangan suaminya sebelum Irsyadi berlalu.

''Okay! Jom sambung kerja!'' laung Nadhia bila Irsyadi sudah jauh dari mereka.

Niat Refqee ingin mengatakan sesuatu tetapi tidak sempat kerana tiba-tiba ada tangan yang merentap bahu Nadhia sehingga Nadhia hampir terjatuh. Nasib baik Ilham sempat menahan. Bala apa lagi yang datang ni?!

''Kau pahal ni?!'' marah Asheera pada orang tersebut.

''Kau jangan masuk campur!'' balas Syasya dengan kasar. Dia memandang tajam pada Nadhia.

''Kenapa kau rapat sangat Sir Irsyad?!'' tanya Syasya dengan kasar.

''Suka hati aku lah nak rapat dengan sesiapa pun. Apa masalah kau?!'' balas Nadhia tidak puas hati. Suami aku, kau kesah apa?! Mahu saja dia berkata begitu, namun otaknya melarang.

Syasya semakin berang. ''Kau ni memang perempun gedik, kan! Semua kau nak! Ilham kau nak, Sir Irsyad pun kau nak!'' tuduhnya lagi.

Nadhia pula semakin geram dengan sikap Syasya. Bila masa pula aku nakkan Ilham?! Okey, dulu dia crush aku. Tapi, tak payahlah masukkan sampai situ. Dan macam mana pula dia tahu dulu aku sukakan Ilham?

''Kau dengar sini. Sir Irsyad tu aku punya! Kau jangan nak sibuk, boleh tak?!'' marah Syasya.

''Sejak bila pula Sir Irsyad tu jadi milik kau? Setahu aku, Sir Irsyad bukan siapa-siapa punya.'' balas Syakinah pula sengaja mengapi-apikan Syasya. Tahu benar perangai Syasya yang syok sangat dekat Irsyadi. Jelingan Syasya hanya diendahkan saja.

''Bukan kau ke perempuan gedik? Kalau orang dah tak suka tu, tak payahlah terhegeh-hegeh. Nampak sangat murah!'' ujar Zamrin bersahaja. Pedas lagi berasap kata-katanya.

Merah merona muka Syasya dikata begitu. Malu. Lebih-lebih lagi yang menegurnya adalah LELAKI.

''Kau dengar sini! Jangan rapat lagi dengan Sir Irsyad. Kalau tak, jaga kau!'' ugutnya lalu terus beredar dari situ.

''Apa masalah minah tu? Tiba-tiba nak tuduh aku. Nasib baik aku masih ada kesabaran. Kalau tak...'' rungut Nadhia. Giginya diketap tanda geram.

''Biarlah dia tu. Macam kau tak tahu perangai dia.'' ujar Ilham pula.

''Dia tu yang sebenarnya perempuan gedik! Benci betullah aku tengok dia tu.'' kata Zamrin lagi.

''Kau emo tetiba ni kenapa pula?'' soal Refqee yang pelik dengan sikap Zamrin. Dia pula yang terkebih emosi. Terlupa sebentar niatnya ingin bertanya tadi.

Zamrin merengus. ''Tak adalah. Hari tu dia nak try Raz, lepas tu couple pula dengan Idan. Dah lah tergedik-gedik macam sotong. Dah tu, boleh pula minggu lepas dia tuduh aku kenyit mata dekat dia?! Sorrylah. Bukan taste aku okey!'' bebel Zamrin sendiri. Yang lain sudah pecah ketawa.

''Budak swag nak mengurat? Kalau ye pun agaklah dengan dia tu.'' ujar Hafiezy yang masih ketawa.

Wow! Zamrin kenyit mata dekat perempuan?! Sekali dalam sejuta tahun ni. Bukan mereka tidak tahu perangai Zamrin yang acah swag tu. Dah lah ego tinggi melangit. Nak sebut perkataan yang sweet pun macam nak kena potong lidah, inikan pula nak mengurat perempuan.

''Zam, kau seriuslah nak mengurat dia tu. Si Sotong tu kau pilih?'' Ilham pula berkata dengan sisa tawanya.

Zamrin membeliakkan matanya. ''Ewww! Memang tak lah dengan dia tu.'' nafinya.

''Habis tu apa yang jadi sebenarnya sampai dia tuduh kau macam tu?'' soal Syakinah pula yang masih galak dengan tawanya. Tak padan dengan perempuan kalau ketawa tak ingat dunia.

''Sebenarnya, masa tu mata aku masuk habuk je. Then, aku pun keliplah. Masa tu jugalah dia nak lalu dekat situ. Dia nampak aku, sebab tu lah dia kata macam tu. Lepas tu dia pergi heboh dekat kawan-kawan dia. Benci betul aku. Agaklah lelaki swag and handsome macam aku ni nak ngorat perempuan gedik macam dia tu.'' bebelnya lagi. Sempat pula dia memuji diri sendiri sambil buat flip hair.

Asheera memandangnya dengan pandangan fikir-handsome-buat-cam-tu? Tapi, kenyataannya memang handsome pun.

''What?''

''Dah lah cakap pasal sotong tu. Tak siap pula kerja kita ni. Cepatlah sambung kerja.'' kata Asheera pula.

''Eh, kejap! Pasal sir tadi. Kenapa dengan Sir Irsyad? And kenapa kau nak kena salam cium tangan bagai ni?'' soal Refqee pula yang tidak memahami situasi.

Mereka berbalas pandangan. Keluhan diluahkan(?).

💎💎💎💎💎

Ksian Refqee... Tk thu apa²... Hmm... Makin bnyk lh yg thu rhsia nadhia...
Oky... Typo tlg d abaikn...
Please vote n komen...

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now