BAB 44

3.3K 91 3
                                    

"Aku dah tak nak terlibat dengan benda ni lagi."

Hanya senyuman sinis yang dihadiahkan untuk penyataan itu.

"Kau kenapa ni?"

"Aku dah tak sanggup. Selama aku tinggal dengan diorang, diorang layan aku baik. Aku..."

"Kau tak payah nak berlagak baik sangatlah! Dah berapa lama kau bersubahat? Dulu kau yang beriya sangat, kan? Now?"

"Aku tak kisah. Kalau kau masih nak teruskan, suit yourself. Aku tak nak terlibat lagi. Tapi, jangan risau. Aku takkan bagitahu sesiapa pun pasal ni."

Setelah berkata dia terus meninggalkan rakannya. Dia sudah tekad mahu berubah. Iaitu kepada yang lebih baik.

🌸🌸🌸

"Sis! Jom keluar." Ajak Ilham.

"Pergi mana? Aku malaslah."

"Jomlah. Aku nak kenalkan kau dengan kawan aku."

Nadhia mengerutkan dahi. Rasanya semua kawan Ilham dia kenal.

"Siapa?"

Ilham tayang sengih. "Adalah. Jomlah!" Desak Ilham lagi. Lengan Nadhia ditarik agar dia berdiri.

"Tak nak! Kau nak kenalkan aku dengan siapa ni? Aku ma... Ouh! Girlfriend kau, eh?" Nadhia mengecilkan matanya memandang Ilham.

"Mana adalah! Dia kawan aku. Jomlah!"

"Kau jangan menggedik dengan aku, boleh tak? Nak pergi dating tu, pergi jelah. Semua nak bawa aku. Macam tak ada life sendiri je."

Nadhia berkata selamba lalu duduk semula di sofa. Matanya hanya melekap pada kaca televisyen sahaja. Tidak diendah Ilham yang pastinya menyumpah seranah dirinya.

"Kau tak fahamlah! Aku bawa kau sebab nak kenalkan kau dengan dia. And she's not my girlfriend!" Bentak Ilham tidak puas hati. Susah betul dapat adik tak memahami ni.

Nadhia mengalih pandangan pada Ilham. Senyuman leret dikuntum. "She? Jadi betullah? Maju dah abang aku ni."

"Nadhia!? Ugh! Suka hati kaulah! Aku nak keluar. Syad pesan, jangan keluar sorang-sorang. So, mereputlah kau dalam rumah ni."

Nadhia hanya memandang Ilham dengan pandangan tajam sehingga dia tidak kelihatan lagi.

Trutt~ trutt~(whatta)

Nadhia mencapai smartphone miliknya. Hari ni?

🌸🌸🌸

"Assalamualaikum. Akak datang ni." Ucap Nadhia.

"Dah lama akak tak lawat Chris, kan? Akak minta maaf. Akak busy sikit." Ujar Nadhia lagi. Rumput-rumput kering dibersihkan. Nama yang tertera di batu nisan itu dipandang lama.

Christine Qamylea binti Manaf.

"Chris nak tahu, Amirah datang balik. Akak tak tahu apa niat dia yang sebenar. She keeps on disturbing me. Threatened me. Akak tak tahu nak buat apa, Chris. Abang Iqbal pun tak ada dengan akak sekarang."

Nadhia mengadu. Hanya  Chris yang boleh menjadi tempat dia mengadukan semua hal. 

"Seronok kan, hidup kau? Ada suami, hidup bahagia. Atau kau dah lupa pasal Daniel? Aku takkan lupa. Kau musnahkan hidup aku. Be prepared, Nadhia. Kau akan terima balasannya."

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now