BAB 39

3.7K 106 5
                                    

"So, what is it?" Soal Irsyadi sambil melabuhkan duduknya di sebelah Nadhia.

"Sayang, kenapa ni?" Soal Irsyadi apabila Nadhia hanya berdiam diri. Gambar di tangan Nadhia diambil.

"Tell me that's not you. Please?" Pinta Nadhia. Air matanya tidak dapat ditahan. Cecair jernih mula mengalir di pipinya.

"Abang sumpah, abang tak buat benda ni semua. Semua ni fitnah!"

"Dhia tak sangka abang..."

"Sayang, tolonglah percaya. Abang sumpah, semua ni tak betul. I truly love you." Rayu Irsyadi lagi. Mata hazel miliknya memanah tepat pada anak mata Nadhia.

Tangisannya tidak tertahan. Nadhia mencapai smartphone miliknya. "Dhia nak jumpa Sheera. I need to calm down. Assalamualaikum."

"Hey! Nak pergi mana?" Soal Ilham di depan pintu. Rancangannya hendak tinggal di rumah ini kerana umi dan abahnya berada di luar negara atas urusan kerja.

"Aku nak keluar. Aku pergi dulu." Ilham ditinggalkan terpinga-pinga di situ.

"Okey? Hey, Syad!" Ilham menyapa Irsyadi di ruang tamu. "Kenapa semua murung ni?"

Irsyadi meraup wajahnya. Gambar di atas meja disuakan pada Ilham.

"Astaghfirullahalazim! Syad, kau..."

"Aku tak buat, okey?! Aku tahu zina tu haram. Berdosa besar." Irsyadi memintas laju.

"Okay, let me get this straight. Nad terjumpa gambar ni, lepas tu dia salah faham dan tinggalkan kau. Macam tu?" Soal Ilham. Kesimpulannya dibuat berdasarkan apa yang dia lihat dan faham.

Irsyadi hanya mengangguk lemah. Kebahagian yang baru saja dibina boleh runtuh begitu saja. Sungguh dia buntu memikirkan perkara ini.

Ilham mengangguk faham. Gambar di tangannya diteliti. Eh? "Aku macam pernah nampak perempuan ni. Yup! Aku nampak dia di resort hari tu."

Irsyadi tersentak mendengarkan nama itu. Gambar itu diambil dan ditiliknya. Dia?!

"Am, aku nak keluar. Kau jaga rumah, eh? Thank you."

"Whatta...?! Tinggalkan aku macam tu je? Haih! Cengginilah hidup aku."

Ilham mengeluarkan smartphone miliknya. "Daripada aku mereput dalam rumah ni sorang-sorang, baik aku lepak dengan Zeen. Haih! Balik rumah sendiri jelah nampaknya."

Ilham hendak bangun untuk melangkah keluar dari rumah itu. Namun, satu gambar menarik perhatiannya.

Wajah wanita itu begitu jelas, tidak seperti gambar yang lain. Macam pernah nampak. Matanya membulat.

"Amirah?!"

🌸🌸🌸

"Nad, kau janganlah sedih macam ni. Kita orang kan ada sokong kau." Asheera mengusap belakang Nadhia. Serupa memujuk budak kecil sahaja. Dalam hatinya menyumpah seranah Irsyadi.

"Mesti ada something ni. Kau kena siasat dulu benda ni, mana boleh kau biar macam tu je." Ujar Syakinah pula.

"Kalau aku jumpa si Syad ni, memang aku kerat 17 badan dia. Geram betullah!" Asheera meluahkan rasa tidak puas hatinya. Sungguh dia tidak sanggup melihat kawan baiknya sebegitu rupa.

"Alah, aku rasa Syad tu tak salah. Mesti sebab perempuan tu yang gedik lepas tu fitnah Syad. Heh, dasar bitch!" Vivian menayangkan wajah sinisnya. Tahu sangat dengan perangai perempuan macam tu.

〘✓〙My Little Young Wifeحيث تعيش القصص. اكتشف الآن