BAB 9

5K 159 2
                                    

Syakinah menghampiri Nadhia yang bersendirian di perhentian bas. Dia duduk di sebelah Nadhia.

''So, macam mana semalam? Dah jumpa kau punya husband-to-be?'' tanya Syakinah mengusik.

Kelvin telah memberitahunya mengenai Irsyadi. Terkejut betul Syakinah apabila Kelvin  menunjukkan gambar Irsyadi kepadanya.

''Kau diamlah!'' tempelak Nadhia.

Fikirannya pasti Syakinah sudah mengetahui semuanya. Kalau tidak, masakan Syakinah mengusiknya.

Syakinah ketawa. ''Relakslah, Nad. Aku tanya je, kot. Jadi, bila nak kahwin?''

''Hujung bulan ni.''

''Hujung bulan ni?! Seriuslah?!'' Syakinah terkejut dengan jawapan Nadhia. Cepatnya nak kahwin.

''Betullah. Takkan nak tipu pula? Aku pun tak tahulah kenapa nak cepat sangat. Streslah aku!'' keluh Nadhia.

''Pahal stres sangat ni? Chill, okey.'' tiba-tiba suara Zaidan mencelah.

Nadhia dan Syakinah menoleh. Zaidan dan kawan-kawannya yang lain juga berada di situ.

''Assalamualaikum, kaum Adam.'' perli Syakinah.

Zaidan tersengih. ''Waalaikumsalam, kaum Hawa. Tadi aku dengar ada orang stres, sebab tu aku terjah terus.''

''Janganlah stress sangat. Chill, beb.'' Zamrin pula bersuara.

Nadhia menjelingnya. ''Chill, chil. Aku debik kang, baru tahu!''

Zamrin berundur sedikit ke belakang. Tahu takut.

''Kin, aku tak sedia lagilah. Macam mana ni?'' Nadhia seakan mahu menangis saat ini.

Syakinah pula kasihan melihat kawannya. Tiba-tiba dia mendekatkan mulutnya ke telinga Nadhia yang dilapisi(?) tudung sekolah dan membisikkan sesuatu.

Nadhia terkejut dengan cadangan Syakinah. ''Kalau dia tak setuju, macam mana?''

''Aku yakin dia setuju. Kau cubalah dulu. Lagipun, aku tengok dia macam orang baik je. Kalau dia tak setuju, nasib kaulah.'' kata Syakinah lagi.

Mereka yang lain tidak faham dengan situasi itu.

''Korang cakap pasal apa ni? Aku tak fahamlah.'' Razeen bertanya dengan muka 'blank'. Langsung tidak mengerti situasi sebenarnya.

''Tak payah sibuklah! Hal perempuan.'' jawab Syakinah dengan kasar.

''Dahlah tu, Kin. Jomlah saya hantar awak balik. Nad, kau balik dengan siapa?'' Suara Kelvin pula menyapa mereka.

''Tak tahu lagi. Abah, kot.'' jawab Nadhia malas.

''Kalau macam tu aku balik dululah. Jomlah, Vin.'' kata Syakinah lagi.

''Kejap! Korang balik sekali?'' tanya Nadhia hairan. Takkan baru dua minggu dah couple?

''Yalah. Kenapa?'' jawab Kelvin selamba.

Syakinah tersengih. ''Tak apa nanti aku story dekat kau. Petang ni aku datang rumah kau.''

Tiba-tiba bunyi(?) nada dering telefon bergema di seluruh bus stop itu.

Zaidan terkocoh-kocoh(?) mendapatkan smartphone di dalam begnya.

''Hello, sayang. Buat apa tu?'' kata Zaidan sebaik menjawab panggilan tersebut.

''Kejap lagi I sampai. You tunggu je. Okey, bye!''

''Is that Ainul or Deena?'' tanya Zamrin sebaik Zaidan menamatkan panggilannya.

Zaidan tersenyum lalu menggeleng. ''Nope. It's Daniella.''

''Daniella, 6 Benjamin? Aku tak tahu pula kau dengan dia sekarang.'' kata Razeen agak terkejut.

''Habis tu, Syasya macam mana?'' tanya Nadhia pula.

''Excuse me, Syasya tu tinggal sejarah je. Aku couple dengan dia seminggu. Lepas tu, kami putus. Susahlah dia tu. Tak boleh aku dengan perempuan lain, asyik nak cemburu. Dengan kau pun dia cemburu.'' jawabnya panjang lebar.

Nadhia hanya mampu menggeleng dengan perangai kawannya yang seorang itu. Tahu sangat perangainya yang 'playboy'.

Setiap panggilan yang diterimanya pasti akan keluar perkataan sayang, baby, darling, dan macam-macam lagi.

Entah siapa saja yang menjadi pemilik kata-kata tersebut. Deena, Ainul, Syasya? Dan sekarang Daniella.

Macam mana agaknya dia boleh jadi Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya? Macam Perosak Rakan Sebaya lagi ada.

''Eh, jap! Kau bawa phone pergi sekolah? Siapa bagi kebenaran?'' tanya Nadhia lagi dengan muka serius.

Zaidan tersengih. ''Sebenarnya ni bukan phone aku. Aku jumpa tadi masa on the way sini.''

''Aku debik juga kau ni, kang. Hari ni aku lepas, kalau esok kau bawa lagi aku bagitahu cikgu Latif.'' ugut Nadhia.

''Macam tu lah kawan. Okay, aku janji aku tak buat lagi.''

''Aku balik dululah. Layan korang ni sampai esok pun tak habis. Jom, Vin.'' kata Syakinah kemudian berlalu dari situ bersama Kelvin.

''Aku pun nak balik. Abah aku dah sampai dah tu. Ingat apa aku kata tadi, Dan.'' sempat Nadhia berpesan sebelum berlalu.

💎💎💎💎💎

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now