BAB 37

3.7K 94 2
                                    

"Shopping!!!" Jerit Asheera. Dia begitu teruja. Akhirnya sampai juga masanya hendak menghabiskan duit.

"Tu jelah yang kau tahu. Tak ada benda lain ke?" Asheera memandang Zamrin tajam.

"Suka hati akulah. Ada aku guna duit kau? Tak ada, kan. Ada aku minta duit kau? Pun tak ada juga. So, jangan nak sibuklah."

Zamrin menjelir pada Asheera. Mereka asyik berbalas jelingan.

"Sudah! Jeling, jeling! Juling mata tu nanti baru tahu. Cubalah berbaik walaupun sehari. Tu pun susah sangat." Celah Ilham pula.

Asheera dan Zamrin masing-masing berpeluk tubuh sambil menghadap ke arah bertentangan.

"Aku nak pergi sana dululah. Nak beli barang sikit." Ujar Syasya lalu meninggalkan mereka dan menuju ke kedai serbaneka di seberang jalan(?).

"Okey. Nanti kita kumpul balik dekat sini, tau!"

Syasya hanya menunjukkan 'okey'.

"Syad, bukan kau kata tadi kau ada kerja nak buat? Boleh pula kau ikut kitorang." Ilham beralih pula pada Irsyadi. Malas dia hendak melayan karenah dua makhluk dari planet yang berbeza itu. Nadhia pula hanya berdiam diri dari tadi.

"Tadi ada kerja dengan Aaron, tapi ada orang lain pula nak jumpa dia. So, daripada aku bosan dekat resort baik aku join korang sekali."

"Dahlah chit-chat korang tu. Nadhia, jom teman aku pergi kedai tu!" Belum sempat Nadhia menjawab, Asheera sudah menarik lengan Nadhia supaya mengikutinya.

"Aku pun nak geraklah. Nak cari barang ni sebenarnya." Pamit Irsyadi lalu meninggalkan mereka.

Ilham memandang Zamrin pula. "Okey! Kau pulak?"

"Entah. Tak rasa nak beli apa-apa pula. Kau?"

"Entahlah. Jalan-jalan je lah. Mana tahu terjumpa jodoh." Balas Ilham seraya tertawa sendiri dengan lawak hambarnya.

Zamrin be like 'lawak siot'😒

"Aku tahu hambar. Okey, jom gerak."

🌸🌸🌸

Asheera rambang mata melihat pelbagai brand baju yang dijual. Nadhia pula di kedai serbaneka meneliti beberapa jenis casing smartphone. Pelbagai corak(?) yang ada. Satu casing biru laut dengan lukisan rama-rama berterbangan(btul kh eja?) di tepi pantai menarik perhatiannya.

Tangannya ingin mencapai casing itu, tapi ia digantung pada bahagian paling atas. Di sinilah ketinggian memainkan peranan. Haih! Ni mesti karma sebab selalu kata Si Zeen tu pendek sejak sekolah rendahlah ni.

Nadhia masih cuba mencapai casing itu. Tapi, entah di mana silapnya, Nadhia perasaan casing tu dah tak ada dekat situ. Eh! Mana pulak pergi benda tu? Takkan terbang balik pantai dia pulak? Kau merepeklah, Nad!

"Ehem..."

Nadhia menoleh mendengarkan suara orang berdehem itu. Wajahnya jelas menunjukkan dia terkejut dengan kehadirannya di situ. Cepat-cepat wajahnya dipalingkan.

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now