BAB 13

4.6K 140 3
                                    

Irsyadi mengemas pakaiannya di bilik bersebelahan bilik Nadhia. Biliknya agak besar dari bilik Nadhia. Well, bilik utama kan.

''Oh, ya! Lupa pula nak bagitahu budak tu. Nanti kalau ibu datang, kantoi pula tak sebilik. Pergi bilik dialah.'' bebel Irsyadi sendirian lalu menuju ke bilik sebelah.

Tok! Tok! Tok!

''Dhia, buka pintu kejap.'' Tiada respon dari Nadhia. Irsyadi memulas tombol pintu bilik Nadhia. Tidak berkunci. Dengan selambanya dia masuk.

Tiada kelibat Nadhia kelihatan. Kemudian ada orang keluar dari bilik air.

''Ahhh!!!'' jerit Irsyadi dan serentak itu juga Nadhia menjerit akibat terkejut.

''Apa masuk bilik orang jerit-jerit macam nampak hantu ni?!'' kata Nadhia tidak puas hati.

Irsyadi menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan-lahan.

''Dhia punya pasallah ni. Abang ingat hantu tadi. Rambut tu panjang bukan main.''

Nadhia tersengih. ''Orang sayanglah nak potong rambut. Cantik, kan?''

''Cantik. Cantik sangat!'' perli Irsyadi. ''Jangan pula malam-malam masuk dapur macam ni. Dengan rambut panjang mengurai lagi.''

''Yelah. Ni, kenapa masuk bilik orang ni?'' tanya Nadhia pula kembali pada topik mereka yang sepatutnya.

''Oh, ya! Abang cuma nak bagitahu, letak separuh barang-barang Dhia dalam bilik abang supaya nanti kalau ibu atau umi datang tak payah sibuk-sibuk nak berkemaslah, pindahkan bajulah.''

''Iyalah. Nanti Dhia pindahkan. Ada apa-apa lagi?''

''Nothing. That's all. Remember what I told you.''

''Yes, I will.''

Irsyadi keluar dari bilik Nadhia dan menuju ke biliknya. Sambil berkemas dia berfikir mengenai Nadhia.

Panjangnya rambut budak tu. Sebelum ini Irsyadi belum pernah melihat mahkota isterinya itu.

Semasa tinggal di rumah umi pun Nadhia selalu memakai tudung. Sedangkan di dalam bilik sebelum tidur pun Nadhia masih memakai tudungnya.

Itu adalah pertama kali dia melihat rambut Nadhia. Tidak sangka Nadhia mempunyai rambut yang sangat panjang dan lurus. Hingga paras paha jika dia tidak salah.

Pandai dia jaga rambut. Tanpa sedar sebaris senyuman terukir di bibirnya.

🌸🌸🌸

Malan itu Irsyadi sendirian melayan rancangan televisyen di ruang tamu. Tiba-tiba...

''Hwaaa!!!''

''Ahh!!!''

Irsyadi terkejut bukan kepalang. Seperti mahu tercabut jantungnya. Dia menjeling Nadhia yang sudah mengambil tempat di sisinya.

Nadhia ketawa dengan reaksi yang di tunjukkan oleh Irsyadi.

''Apa buat macam ni? Terkejut abang.'' rungut Irsyadi. Nadhia pula hanya tersengih.

''Dah lah. Malas abang nak layan Dhia.'' kata Irsyadi seraya memfokuskan matanya ke kaca televisyen semula.

Nadhia pula sudah gelak sakan. Kemudian, keadaan menjadi senyap seketika.

''Abang.'' panggil Nadhia.

''Hmm.'' balasnya tanpa memandang Nadhia.

''Abang.'' panggil Nadhia lagi.

''Apa?'' balas Irsyadi masih tidak menoleh.

''Abang...'' kali ini meleret panggilannya.

Irsyadi yang bosan dengan suara itu menoleh.

''Ahh!!!''

Nadhia ketawa terbahak-bahak dengan reaksi Irsyadi.

''Apa Dhia ni?!'' kata Irsyadi dengan geram.

Sebenarnya Nadhia sengaja ingin mengenakan Irsyadi dengan menutupi seluruh mukanya dengan rambutnya. Tak sangka begitu sekali takutnya. Kira penakut jugalah dia ni. Nasiblah dapat bini brutal macam aku ni.

''Okey, okey. Sorry, okay. Promise tak buat dah. Tapi, penakut juga abang ni kan?'' kata Nadhia sambil tersenyum mengejek.

''Bukan takut, tapi terkejut. It's not the same, dear.'' kata Irsyadi masih menidakkan Kenyataan.

''Yeah, yeah. You win.'' kata Nadhia mengalah.

Yelah tu terkejut. Padahal takut. Dear, konon. Eh, jap! Dia Panggil aku apa? Dear?! Pahal tiba-tiba pula ni? Eh, aku salah dengar tu.

Irsyadi perasan akan perubahan pada wajah Nadhia. Pipinya sedikit kemerahan. Pasti blushing sebab kena panggil macam tu. Irsyadi menyembunyikan senyumnya.

🌸🌸🌸

Nadhia berjoging dengan santai. Sebenarnya dia dengan Irsyadi, tapi Irsyadi pula sudah berada di hadapannya.

Tiba-tiba, ada orang menyergahnya dari belakang. Memang terkejut habislah tengok muka orang tu.

''Kau buat apa dekat sini?!'' tanya Nadhia masih terkejut.

''Aku joginglah. Takkan memasak pula. Sepatutnya aku yang tanya kau, kau buat apa dekat sini? Jauh betul kau berjoging.'' tanya Asheera pula.

''Kau pula? Kenapa joging dekat sini?'' tanya Nadhia lurus bendul.

''Aku kan tinggal dekat-dekat sini. Kau dah lupa ke?'' jawab Asheera pula.

Kejap. Astaghfirullahalazim! Tu rumah Asheera lah! Patutlah macam pernah nampak. Kenapalah aku boleh tak perasan?!

Nadhia mengetuk kepalanya sendiri. Patutlah dia rasa seperti pernah datang ke perumahan Taman Singgahsana(bwat² sja) ni.

''So, kau buat apa dekat sini?'' tanya Asheera lagi.

''Aku joginglah. Tak nampak ke?'' jawab Nadhia pula sedikit gagap.

''Jauh betul kau berjoging. Ni mesti ada something ni. Cakaplah kau buat apa dekat sini?'' desak Asheera ingin tahu.

''Hey, guys! What's up?'' sergah seseorang.

💎💎💎💎💎

please vote n komen

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now