BAB 11

5K 150 10
                                    

''Assalamualaikum.''

''Waalaikumsalam.'' jawab Nadhia.

''Panjang umur korang. Kenapa lambat?'' tanya Syakinah.

Razeen dan Ilham tersengih. ''Sorrylah. Ada hal sikit tadi.'' jawab Ilham.

''Okeylah. Semua pun dah ada, jomlah kita mulakan kita punya perbincangan.'' Alina yang menjadi pemerhati sedari tadi bersuara.

''Okey, jomlah mulakan.''

🌸🌸🌸

Selesai makan malam, Irsyadi mengambil angin di taman mini rumah keluarganya.

''Syad.''

Irsyadi menoleh apabila seseorang menyapanya. Orang itu tersenyum.

''Syad fikirkan apa? Termenung jauh ibu tengok.'' tanya Tengku Melina seraya mengambil tempat di sebelah anak lelakinya.

''Tak ada apa pun, ibu. Fikir pasal sekolah, pasal students.''

''Atau pasal Amira?'' teka Tengku Melina.

''Ibu kenal anak ibu. Dan ibu harap sangat Syad tak akan sia-siakan Nadhia. Kesian dia.'' Tengku Melina memandang tepat ke anak mata berwarna hazel milik Irsyadi.

''InsyaAllah, ibu. I'll try. But, I need some time. Mungkin bukan dalam masa terdekat ni.''

''Move on, Syad. Ibu tahu kamu boleh.''

Irsyadi tersenyum. ''Thanks, ibu.''

Tengku Melina membalas senyuman anak lelakinya dan bangun dari duduknya.''Ibu masuk dulu. Jangan tidur lewat sangat.''

Irsyadi kembali melayan perasaannya.

Dapatkah dia 'move on' seperti kata ibunya? Entah mengapa kenangan lalu masih lagi menghantui dirinya.

Entahlah.

🌸🌸🌸

''Amboi! Berseri-seri kawan aku sorang ni. Maklumlah, hari bahagia.'' kata Syakinah mengusik Nadhia.

Nadhia memberikan jelingan. ''Kau tak payah nak 'berseri' sangatlah. Aku tengah nervous ni.''

''Relakslah. Nikah je pun.'' kata Syakinah selamba.

Semakin geram pula Nadhia melihat kawannya yang seorang ni.

Ya. Hari ini adalah hari pernikahan Nadhia dan Irsyadi. Betapa berdebarnya Nadhia di saat ini.

Ada kawan pun tahu menyakat sahaja. Bukan nak menyenangkan hati kawan. Kalaulah Asheera ada sekarang. Kenapalah masa-masa aku perlukan dia, dia pula yang tak ada.

Kenapa dia tak ada? Kenapa cuma Syakinah saja yang ada?

Sebab cuma Syakinah saja yang tahu siapa pengantin lelakinya. Itupun sebab Si Kacang jahanam tu bagitahu.

Sejak Syakinah dapat tahu, dia dan Kelvin asyik mengusiknya. Mentang-mentang dah couple. Entah betul-betul atau tidak. Kesian pula dengan Si Kacang tu.

''Berangan nampak! Teringatkan cik abang ke?'' usik Syakinah lagi.

''Diamlah kau! Menyesal pula aku jemput kau hari ni.''

''Relakslah. Kalau kau tak jemput sekalipun, aku akan tetap datang juga.''

Nadhia merengus. Memang betul-betul menyesal jemput minah ni hari ni.

Tiba-tiba Makcik Milah membuka pintu bilik Nadhia.

''Nadhia dah siap? Pengantin lelaki dah sampai.'' kata Makcik Milah.

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now