BAB 34

3.5K 105 1
                                    

"Deevina, buatkan saya air. Macam biasa ya." Arah Irsyadi melalui interkom.

"Baik, bos." Haih! Ingat ni restoran ke apa? Aku ni macam waitress je. Nasiblah dia bos. Bebel Deevina dalam hatinya. Nescafe yang telah siap dibancuh dibawa ke bilik Irsyadi.

"Thanks." Nescafe yang 'dipesan'nya tadi dihirup. "Sedap."

"You're welcome. Bos nampak gembira je hari ni. Ada apa-apa yang terjadi ke?" Soal Deevina pada majikannnya. Sepanjang hari Irsyadi hanya tersenyum sahaja. Moodnya sangat baik hari ini.

"Mood saya baik hari ni sebab tu saya gembira. Kenapa?"

"Saja tanya. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu." Deevina ingin beredar, namun dia berpaling semula apabila teringatkan sesuatu. "Oh ya! Tengku Aaron call tadi. Dia suruh bos call balik."

"Aaron call? Great!"

"Apa dia, bos?" Soal Deevina.

"Tak ada apa. Awak boleh keluar. Oh ya! Petang nanti awak ikut saya pergi mall." Arah Irsyadi sekali lagi.

"Petang ni? Tapi, petang ni bos ada meeting dengan Tengku."

"Cancel it. Apa susah?"

"Tapi, bos..."

"Oopsss! No objection, no excuses! Saya bos atau awak bos? Ikut je cakap saya." Arahnya lagi. Muka tidak bersalah dipamerkan.

Deevina sengaja mengeluh panjang agar didengari oleh Irsyadi. Matanya dijeling sekilas pada majikannnya itu.

"Tak baik mengeluh macam tu. Saya ni bakal jadi ahli keluarga awak juga." Selamba Irsyadi berkata tanpa menghiraukan perasaan pekerjanya itu.

Merah pipi Deevina mendengarkan kata-kata Irsyadi."Ada-ada jelah bos ni. Saya keluar dulu."

Irsyadi hanya tersenyum. Telefon bimbitnya dicapai. Nombor Aaron segera didailnya.

"Hello, Aaron. Macam mana?" Soalnya sebaik panggilan diangkat.

"Assalamualaikum, bro!" Perli Aaron di hujung talian.

Irsyadi tersengih sendiri. "Waalaikumsalam. So, macam mana?"

"Tak menyabar betullah kau ni. By the way, semua aku dah settlekan cuma tunggu kau je." Balas Aaron di hujung talian.

"Cantik! Bila tu?"

"Minggu depan. Aku bagi pakej terbaik punya."

"Thanks, bro. Apa-apa hal aku roger kau."

"Tak ada hal lah, bro. Aku letak dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Panggilan ditamatkan dengan senyuman. Tidak sabar pula rasanya hendak menunggu minggu hadapan.

🌸🌸🌸

Café De'lya menjadi pilihan untuk dia berehat setelah penat menawaf mall ini. Sergahan dari seseorang membuatnya berpaling.

"Kau nak apa lagi? Aku dah kata jangan kacau aku, kan!" Soal Syasya tidak puas hati.

"Kau fikir aku nak lepas tangan macam tu je? Eh! Apa yang kau plan, hah?! Kenapa kau nak tinggal dekat rumah Nadhia? Kenapa Nadhia?" Soal Khai bertubi-tubi.

"Itu kau tak payah ambil tahu. Aku dah suruh kau lepas tangan macam ni pun dah kira baik. Kalau aku dakwa kau, kau nak buat apa?" Soal Syasya semula dengan sinis.

〘✓〙My Little Young WifeTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon