BAB 54

3.4K 102 2
                                    

"Dee, nanti ingatkan saya pasal temu janji dengan Dr. Syed Nazhan. Dan, tolong cancel semua appointment saya lepas tu." Arah Irsyadi melalui interkom.

"Baik, bos. Tapi, petang nanti bos kena berjumpa dengan Tengku Syafiq."

"Cencel je. Nanti saya sendiri akan bagitahu ayah." Balas Irsyadi sebelum interkom dimati(?)kan.

Dirt~ Dirt~

"Moshi-moshi~" Sapa si pemanggil sebaik Irsyadi menjawab panggilannya.

"Tetiba call ni ada apa? Aku sibuklah sekarang." Ujar Irsyadi.

"Tak guna punya kawan. Ada ke patut cakap kat aku macam tu?! Aku sepak sekali hilang telinga kau sebelah."

"Suka hati kau lah. Kau nak apa ni?" Soal Irsyadi lagi.

"Nak minta kau ambil aku lah. Aku kat airport ni. Ambil aku, eh? Kata kawan dunia akhirat syurga neraka semua."

Irsyadi menilik jam tangannya. "Sekarang? Rasanya tak bolehlah. Aku sibuk sangat-sangat-sangat hari ni. Kau dah besar, kan? Boleh je survive. Jumpa nanti, bro."

Irsyadi menamatkan panggilan tanpa menunggu balasan dari rakannya. Kemudian, dia menyambung kerjanya semula.

Keluhan dilepaskan. Smartphone dicapai.

Hoi monkey
Ko tnggu kt airport
Sister aq fetch ko
Pepandailah ko kenal pasti muka dy yg tak berapa nak cantekkkk tu

Selepas menghantar pesanan melalui aplikasi Messenger itu, Irsyadi menyimpan semula smartphone-nya kemudian menyambung semula kerjanya.

🌸🌸🌸

Syakinah melambai pada Humairah yang sudah memasuki balai berlepas.

BBUK!

Maka dengan itu, jatuh terduduk anak dara orang tu kat situ. Alhamdulillah- eh

"Aduduh! Sakit siak!"

"Maaf, cik. Saya tak sengaja. Cik okey?" Soal pemuda itu.

Dia menghulurkan tangannya dengan niat hendak membantu. Syakinah memandang kosong tangan yang dihulur padanya. Kemudian, dia bangun sendiri.

"Okey je ni. Sorry, tak dapat sambut." Kata Syakinah agak kekok. Pemuda itu menarik semula tangannya.

"Rayyan. Adam Rayyan. You?" Kata Rayyan memperkenalkan dirinya sendiri.

"Syakinah Azirah. Nice to meet you but saya rasa saya kena pergi sekarang." Balas Syakinah bila perasan deringan dari telefon bimbitnya.

Rayyan hanya mengangguk sebagai balasan. Oh, Syakinah. Hmmm...

"I think I better go. Kalau ada jodoh kita jumpa lagi." Kata Syakinah lalu meninggalkan Rayyan di situ.

"Miss!" Seru Rayyan. Tapi, tiada balasan daripada Syakinah.

"Baru nak minta nombor." Keluh Rayyan.

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now