BAB 18

4.1K 139 0
                                    

Flashback~~~

Sedari tadi ucapan tahniah tidak henti-henti diluahkan kepada Hajar dan Mukhlis.

''Comelnya anak-anak kau, Mukhlis.'' puji Syafiq.

''Kembar emaslah katakan. Jarang ada macam ni.'' kata Melina pula.

Hajar dan suaminya hanya tersenyum mendengar pujian dari kawan baiknya itu. Ya, dia telah melahirkan sepasang anak kembar. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Dia bersyukur ke hadrat(btulkh eja) Ilahi.

''Assalmualaikum.'' sapa Najiha, kakak kepada Mukhlis.

''Waalaikumsalam, Kak Lang.'' jawab Mukhlis. Melina pula hanya tersenyum ke arah kakak iparnya.

''Comelnya anak kamu berdua ni.'' puji Najiha sambil mencuit lembut pipi si kembar.

Muka Najiha berubah serius tiba-tiba. Dia memandang m9uka adik dan adik iparnya.

''Kak Lang hampir kemalangan.'' ujar Najiha perlahan.

Mereka semua terkejut. ''Kak Lang tak apa-apa? Cedera tak?'' soal Mukhlis cemas.

''Kak Lang okey. Tak ada apa-apa pun.'' jawabnya lalu tersenyum hambar.

''Kak Lang tak sedap hati, kan?'' soal Hajar pula.

Perlahan kepalanya dianggukkan. ''Kak Lang teringatkan orang tua yang kita jumpa munggu lepas.'' jawabnya lemah.

''Sebenarnya, Hajar pun sama. Semakin saya cuba nak lupakan, semakin teringat pula. Entah kenapa pesanan dia tempoh hari begitu mengganggu fikiran saya.'' ujar Hajar pula.

''Anak lelaki kamu akan membawa kecelakaan pada keluarga kamu. Jauhkan dia sehingga dia dewasa.''

Itulah pesan yang disampaikan sewaktu mereka membantu seorang perempuan tua yang hampir dilanggar semasa mereka membeli belah bersama pada minggu lepas.

''Tak ada apalah. Jangan percaya benda mengarut macam tu.'' celah Syafiq pula. Padanya semua itu adalah syirik.

''Tapi...''

''Sudah. Kita pun tak kenal orang tu. Jadi, berhentilah fikir pasal ni.'' sokong Mukhlis pula. Dia juga tidak mahu menyerabutkan kepala otaknya memikirkan perkara yang padanya, remeh-temeh. Tambahan pula, isterinya batu lepas bersalin.

Sebulan kemudian...

Hajar kelihatan cemas. Kejadian tadi benar-benar mengganggu kotak fikirannya. Ditenung si kembar yang sedang lena di buaian.

Siang tadi, hampir saja anak dia dilanggar sebuah Avanza biru. Nasib baik sempat dia mengelak.

''Abang, saya takutlah. Mungkin betul apa yang perempuan tua tu cakap tempoh hari.'' ujarnya sewaktu suaminya duduk di sebelahnya.

''Habis tu? Awak nak buat apa?'' soal Mukhlis pula.

Hajar menunduk. ''Saya tak tahu, bang. Saya sebenarnya tak sanggup nak berpisah dengan anak sendiri.'' ujarnya sayu. Hajar tidak tahu

Mukhlis mengeluh. ''Awak fikirlah masak-masak. Saya tak nak awak buat keputusan terburu-buru.'' katanya dengan tenang. Mukhlis tidak mahu isterinya membuat keputusan terburu-buru dan menyes1l kemudian hari.

🌸🌸🌸

Ha ini, Hajar mengajak Najiha ke rumahnya untuk minum petang. Sebab utamanya ialah mengenai anak kembarnya.

''Kak Lang rasa, apa patut saya buat?'' soal Hajar.

Najiha berfikir sebentar. ''Biar Kak Lang sajalah jaga anak kamu tu.'' cadang Najiha

''Tak apa ke, Kak Lang?'' soal Hajar agak ragu.

Najiha tersenyum. ''Kamu jangan risau. Kak Lang akan jelaskan perkara sebenar pada dia bila dia dah besar nanti. Dengan cara tu, dia takkan salahkan kamu berdua sebab tak jaga dia.''

Hajar menghela nafas lega. ''Terima kasih banyak-banyak, Kak Lang.''

Najiha hanya membalasnya dengan senyuman.

🌸🌸🌸

Begitu berat rasa hati hendak melepaskannya pergi. Anak yang dikandung 9 bulan 10 hari dan dilahirkan dengan susah payah. Mengapa mesti diri ini yang mennggung?

Wajah suci si anak ditenung kasih. ''Umi minta maaf, sayang. Umi terpaksa. Bukan kehendak umi semua ini berlaku.'' ujarnya dengan air mata yang tertahan.

''Sudahlah tu. Ini keputusan awak. Tiada siapa yang paksa awak.'' ujar Mukhlis menenangkan isterinya.

Akhirnya, air mata yang tertahan tertumpah juga. ''Jaga diri baik-baik, Ilham Naufal. Umi akan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan Am.'' katanya lalu mencium pipi mulus anak yang bernama Ilham Naufal itu. Kemudian, diserahkan bayi tersebut pada Najiha.

''Kak Lang akan jaga dia macam anak Kak Lang sendiri. Kamu berdua jangan risau.'' ujar Najiha.

Flashback end~~~

💎💎💎💎💎

Bab ni flashback sahaja... Tpi tlg vote n komen...
N abaikn typo...

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now