BAB 27

3.7K 103 8
                                    

"Mairah, sejak bila kau pakai niqab ni?" Soal Syakinah.

Sebenarnya, Humairah bukan orang lain. Kawan lama mereka juga. Mereka terpisah semasa berada di pemghujung darjah 6 kerana keluarga Humairah terpaksa berpindah ke Pulau Pinang atas alasan kerja.

"Baru juga. Dalam setahun lebih kurang. Kenapa, korang tak suka ke?" Soal Humairah semula.

"Apa pulak tak suka. Terkejut je. Yelah, kau dulu bukan main lagi. Dahlah free hair, suka bersosial pula tu. Tiba-tiba pakai niqab. Terkejutlah kitorang." Ujar Nadhia pula.

Humairah menguntum senyum dibalik niqabnya. "Entahlah. Allah nak bagi aku hidayah."

"Assalamualaikum." Sapa seseorang. Mereka menoleh.

"Aiman. Kau dari mana ni?" Soal Syakinah pada Aiman yang tidak lain dan tidak bukan adalah sepupunya sendiri.

"Ehem ehem. Astaghfirullahalazim!" Nadhia beristighfar panjang. Niat sebenarnya hendak mengusik Aiman kerana terlalu ralit memandang Humairah.

Aiman tersengih malu sambil mengusap belakang tengkuknya.

"Cikgu Adnan panggil korang berdua dekat bilik guru." Katanya lalu memenjatuhkan pandangan pada Humairah sekali lagi sebelum berpusing meninggalkan mereka.

Belum sampai 3 kali kakinya melangkah, dia menoleh semula. "Korang ada nampak Vivi tak? Cikgu Yusof cari dia lah."

Mereka berpandangan sebelum menggeleng. "Tak ada pula. Cuba kau cari dekat library. Sebab setahu aku dia yang bertugas hari ni."

"Okay, thanks." Ucapnya lalu beredar dari situ.

🌸🌸🌸

Nadhia terjerit kecil apabila rambutnya ditarik perlahan. Terkejut punya pasal, spontan mulutnya mencarut.

"Apa dia? Dhia cakap apa tadi? Abang tak dengar. Ulang balik, please."

"T-tak... Tak ada apa." Nadhia menggigit bawah bibirnya. Dalam hatinya sudah memaki hamun diri sendiri. Diturutkan hati, mahu saja dia menampar mulutnya. Tapi dia tak buat.

Sebab apa? Sakit! *K... joke😂*

"Tak ada apa? I heard that. Belajar dari mana cakap macam tu?" Soal Irsyadi lagi tidak puas hati.

Nadhia menggeleng laju. "Tak ada mana-mana pun."

"Cakap betul-betul."

"B-betul! Dhia tak cakap apa-apa pun. Dhia cuma terkejut je." Ujar Nadhia lagi cuba mempertahankan dirinya yang sebenarnya bersalah.

Irsyadi mengecilkan matanya memandang Nadhia.

"Eih, dahlah!  Dhia nak masak ni. Kang terbakar pula dapur ni nanti. Abang ni tetiba ada dekat sini, kenapa?" Soal Nadhia semula lalu menyambung kerjanya yang tergendala tadi. Dalam hatinya merayu agar Irsyadi segera meninggalkan dapur itu.

"Abang cuma nak tengok Dhia tengah masak apa. Masak apa tu?" Soal Irsyadi lalu duduk di kerusi meja makan. (Pepndai lh phm sndri)

Nadhia melepaskan keluhan lega. Nasiblah dia tak panjangkan lagi.

"Laksa. Kenapa?"

Irsyadi mengangkat sebelah keningnya. Pandai pula budak ni masak.

Lol. Dh dy setiap hri msk ntuk kw. Bru rse nk puji ke😒 *author interruption 😁*

"Apa?" Soal Nadhia lagi bila Irsyadi memandangnya dengan pandangan tak percaya.

Irsyadi melarikan pandangannya lalu menggeleng. "Nothing. Just... pandai Dhia masak."

Nadhia tersenyum mendengar pujian Irsyadi. Kembang sekejap.

"Tak adalah. Umi kata, sebagai perempuan kenalah pandai masak. Jadi, bila dah kahwin nanti senang." Balas Nadhia sambil menghidangkan laksa yang dimasak(?)nya tadi.

Irsyadi akui, masakan Nadhia memang sedap. Selama mereka tinggal bersama, Nadhialah yang menguruskan rumah. Makan, Nadhia yang masak. Rumah, Nadhia yang kemas. Pakaian pun Nadhia yang basuh tapi dengan bantuan washing machinelah.

Dia? Mestilah dia pun tolong sekali. Takkanlah dia nak biar je Nadhia buat kerja tu semua sorang-sorang.

Cuma, agak sukar untuk dipercayai seorang remaja seperti Nadhia dapat menguruskan 'rumah tangga' mereka dengan baik.

"Dhia. Dhia taknak ke ada maid?"

Nadhia menoleh dengan kerutan di dahi. "Nak buat apa? Membazir jelah upah bibik. Lagipun, kita tinggal berdua je bukannya 10 orang."

Irsyadi hanya mengangguk. Tiba-tiba datang pula akal jahatnya hendak mengenakan Nadhia.

"Ke Dhia taknak ada orang ganggu?" Soalnya dengan senyuman nakal.

"Ganggu? Maksud aba..." Nadhia tidak meneruskan kata-katanya. Matanya membulat memandang Irsyadi. Sepantas kilat cubitan dihadiahkan pada lengan Irsyadi. Terjerit juga lelaki tu. "Tak ada maknanya!"

Irsyadi mencebik. Dia menggosok lembut lengannya yang dicubit Nadhia tadi. Pedih juga. "Abang cakap je. Tak ada maksud apa-apa pun."

Nadhia menjeling Irsyadi di sebelahnya. Namun, terbit juga rasa simpati dalam hatinya. "Sakit sangat ke?" Perlahan tangannya mengusap lembut lengan Irsyadi.

"Taklah. Tak sakit pun. Acah je tadi tu." Ujar Irsyadi lalu meneruskan suapannya.(drg di dpur,,, tngh mkn kn tdi)

Nadhia menolak agak kasar lengan Irsyadi. "Mengadalah dia ni. Dahlah malas nak layan abang. Menyakitkan hati je."

"Tak suruh pun Dhia layan abang." Kata Irsyadi lagi dengan selambanya.

Nadhia menghadiahkan jelingan tajam pada Irsyadi. Manusia sekor ni, nak je bagi dia rasa pelempang aku ni.

🌸🌸🌸

Syakinah, Asheera, Nadhia, Harfizah, Ilham, Zamrin, dan Hafiezy berkumpul di meja Vivian. Waktu loceng yang menandakan waktu rehat baru saja berbunyi.

"Weyh, bosanlah!" Adu Syakinah pada rakan-rakannya sambil kepalanya di baring(?)kan di atas meja. Bukan mejanya, tapi meja Asheera.

"Sejak bila kau pandai bosan ni? Selalu kalau bosan, kau pergi makan. Tu kan, hobi kau. Tapi hairan juga, badan tak gemuk-gemuk pun." Balas Asheera selamba.

"Well, aku kan. Tapi, sejak bila pulak hobi aku makan? Maklumat dari planet mana kau kutip ni?"

"Weyh! Dahlah tu. Bosan, kan? Jom kita main." Cadang Vivian pula.

"Main apa?" Serentak pula mereka yang lain menjawab.

"True or dare?"

"Boleh juga. Aku pun dah lama tak korek rahsia korang ni." Ujar Asheera pula.

"Aku ambil botol mineral jap." Kata Ilham dan disambut dengan anggukan dari yang lain.

Botol dipusingkan, dan semakin lama botol itu semakin perlahan lalu berhenti. (Pndai² lh phm😂😂)

💎💎💎💎💎

Awas... Typo brhmburan... aq tk double check...
And... okk...
Skrg aq btul² teda idea😣😣
Huh!!! Tpi, please vote n comment...

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now