BAB 26

4K 102 5
                                    

"Seriuslah?! Pengawas muka cina tu?! Dia confess dekat Sheera? Bapak berani budak tu." Ujar Nadhia tidak percaya dengan perkara(?) yang baru diceritakan oleh Harfizah sebentar tadi.

"Tu lah pasal. Aku pun tak percaya. Tiba-tiba je dia datang masa kami tengah rest dekat taman sekolah." Cerita Harfizah lagi.

Flashback~~~

Asheera dan Harfizah sedang berehat di taman sains sekolah. Sedang rancak mereka berbual, tiba-tiba seorang lelaki menghampiri mereka.

"Hai." Ucapnya seraya tersenyum pada kedua manusia itu.

Harfizah dan Asheera memandangnya pelik. Namun dibalas juga sapaannya.

Kemudian Harfizah teringat sesuatu. "Eh, kejap! Awak ni bukan budak kelas 5 Alpha ke? Syafiq, kan? Apa awak buat dekat sini? Ini kan kawasan untuk form 6 je."

Memang benar. Taman Sains sekolah mereka hanya dikhaskan untuk pelajar tingkatan 6 dan pengawas sahaja.

Dia tersenyum janggal sambil mengusap belakang tengkuknya. "Sebenarnya, saya buat rondaan dekat sini. Saya kan pengawas. Ternampak pula kamu berdua."

"Okay. Then?" Soal Asheera pula yang agak tidak selesa dengan kehadiran 'budak' lelaki itu di situ.

Macam mana nak selesa kalau mata dia tu asyik pandang Asheera je. Rasa macam nak cucuk mata tu.

"Asheera, kan? Asheera Amanda. Sebenarnya, saya dah lama perhatikan awak. Dan, saya rasa saya dah terminat dekat awak." Ujarnya dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya.

Harfizah ternganga mendengar luahan budak Syafiq itu. Dia menoleh memandang Asheera di sebelahnya. Asheera juga seperti tidak percaya dengan kata-kata tersebut namun sempat dikawal reaksinya.

Kebetulan pula Zamrin turut berada di situ dan dia secara tidak sengaja telah mendengar perbualan mereka.

Flashback end~~~

Sedang sibuk Harfizah menceritakan kejadian 'confession' itu, Nadhia perasan Zamrin mencebik lalu keluar dari kelas bersama Zaidan dan Razeen a.k.a geng lelaki jahanam. *Joke*😂

Namun, Nadhia hanya buat tidak tahu saja kerana dia sudah masak sangat dengan perangai kawannya tu.

"So, apa kau balas?" Soal Nadhia tidak sabar.

"Aku... Tak balas apa-apa sebab masa tu tiba-tiba bunyi loceng. Masa rehat habis. So, kitorang pun blah lah dari situ." Jawab Asheera dengan sengihan.

"Tu je?"

"Tu jelah. Kau expect apa?" Soal Asheera blur.

Nadhia melepaskan keluhan bosan. Haih! Ingatkan terjadi scene drama melayu dekat situ.

"Ceh! Nothinglah. Yang diorang ni lambat sangat datang sekolah kenapa? Lagi 10 minit masuk kelas dah." Balas Nadhia sekali gus menukar topik perbualan mereka.

"Assalamualaikum, makhluk-makhluk durjana sekalian. Princess Vivi dah sampai, you alls." Kedengaran suara lantang Vivian memberi salam. Dia mendekati mereka diikuti Syakinah, Alina dan Ashwani. Pelajar lain tidak menghiraukan Vivian dan hanya melakukan hal masing-masing.

Nadhia dan yang lain hanya menggelengkan kepala mengenangkan perangai rakan mereka yang otaknya agak masuk air sebenarnya. Namun begitu, hatinya baik dan selalu mempertahankan rakan-rakannya.

Ashwani menunjal lembut kepala Vivian. "Tak payah nak acah diva sangatlah, Vie."

Vivian menjelirkan lidahnya pada Ashwani. "Biarlah. Aku tahu aku gorgeous."

Dan diorang semua be like, 😑 krik krik.

"What?"

Nadhia menggulingkan biji mata. "Tak ada apalah. Dah, pergi duduk tempat korang. Tak lama lagi Sir Felix masuk kelas. Tahu jelah dia tu selalu masuk awal dari sepatutnya."

Sejurus itu, geng Zamrin masuk ke kelas dan tidak lama selepas itu Sir Felix pula menjejakkan kaki ke kelas mereka.

🌸🌸🌸

"Sejak bila kau rajin ni?" Soal Vivian pelik apabila melihat Nadhia begitu asyik dengan bukunya.

Bukan baru haru ini sahaja, sudah beberapa hari dia perasan akan kehadiran Nadhia di perpustakaan sekolah setiap tamat waktu persekolahan.

"Aku memang rajinlah." Balas Nadhia lalu ketawa kecil. Vivian pula menggulingkan biji matanya.

"Sajalah aku nak belajar. Exam kan dah nak dekat."

"Memanglah. Tapi, selalu tak macam ni pun." Kata Vivian lagi tidak puas hati. Selama mereka berkawan, Nadhia boleh dikatakan yang paling pemalas untuk belajar.

Nadhia tersenyum geli hati. "Sebenarnya macam ni." Nadhia menceritakan tentang pertaruhannya dengan Irsyadi.

Vivian mengangguk faham. "So, apa yang kau rancang nak minta dekat dia kalau kau menang?"

Nadhia berfikir sebentar. "Aku pun tak tahu lagi. Kau suka pergi bercuti, kan? Aku minta pakej percutian jelah."

Vivian tersenyum nakal. "Ehem ehem. Nak pergi honey moon ke?"

"Honey moon kepala hotak kau! Aku nak dia sponsor kita pergi bercutilah. I mean, kita semua. Kau, aku, geng kita dan mestilah dia ikut sekali."

Vivian ternganga mendengar kenyataann Nadhia. "Gila, weyh! Kau ingat geng kita dua tiga orang je ke? Banyak tau."

"Kau chill je. Dia tu kerja, bukannya menganggur pun." Ujar Nadhia selamba.

"Okey, ni aku nak tanya. Dia kerja apa?"

"Dia ganti bapa dia. Sekarang dia CEO Iris Holdings."

"Ye ke. Kalau macam tu pastikan kau menang tau. Aku akan doakan supaya kau menang. Okay?" Ujar Vivian lalu memberikan thumbs up kepada Nadhia.

🌸🌸🌸

Tok! Tok!

"Selamat pagi, cikgu. Maaf saya mengganggu cikgu mengajar. Saya datang ni nak hantar pelajar baru." Ujar Cikgu Adnan di pintu kelas.

Miss Lina tersenyum dan mempersilakan pelajar tersebut masuk.

"Assalamualaikum semua. Saya Nur Huda Humairah. Kamu semua boleh panggil saya Mairah." Ucap Humairah disebalik niqab yang di pakainya.

"Baiklah. Mairah boleh duduk..." Mata Miss Lina melilau mencari tempat kosong di kelas itu.

Vivian segera mengangkat tangan untuk menarik perhatian Miss Lina. "Miss, sebelah saya kosong." Ujarnya sambil menunjukkan tempat di sebelah kirinya yang kosong.

Miss Lina tersenyum lalu mengarahkan Humairah untuk duduk.

Kedengaran suara-suara sumbang pelajar lelaki mengusik Humairah. Vivian memberikan jelingan mautnya pada para belajar tersebut.

💎💎💎💎💎

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now