BAB 4

6.6K 179 5
                                    

''Hah! Dating, eh?!'' sergah seseorang.
Nadhia menoleh ke arah orang itu.

''Mana ada akak datinglah. Akak sekarang ni tengah rehatlah, Via.''

Chrisevia menjongketkan sebelah keningnya sambil tersenyum nakal. ''Boleh percaya ke akak ni?''

''Mestilah. Akak mana pernah bohong, Via.'' kata Nadhia lagi.

Kemudian, Nadhia menoleh pada Ilham pula. ''Am, kenalkan ni Via, kelas 2 Alpha.'' Ilham hanya tersenyum.

Chrisevia membalas senyuman Ilham. ''Okeylah, Kak Nad, Abang Am. Via pergi dululah. Nak cari Zwa ni. Dari tadi tak jumpa. Elok-elok dating tau. Bye!'' Chrisevia terus berlalu setelah selesai berkata.

''Ada-ada ajelah budak tu. Sorry, eh pasal Via tadi.'' Nadhia hanya mampu tersenyum.

Sebenarnya malu juga bila ditegur begitu oleh Chrisevia. Cuma dia tak tunjuk saja.

''It's okay. By the way, saya selalu nampak awak lepak dengan budak tu. Adik awak ke? Bukan awak anak tunggal ke?'' Ilham bertanya pula.

''Tak lah. Dia tu cuma adik angkat saya je. Kitorang kenal sejak sekolah rendah lagi. Dia mula jadi adik angkat saya masa saya darjah 6.'' terang Nadhia.

''Ouh, macam tu.''

Ilham mengerling jam tangan di pergelangan tangannya. ''Jomlah. Rehat tinggal 5 minit je. Kita kena jumpa Cikgu Latif lagi.''

''Okey, jomlah. Yang lain dah tahu, kan?''

''Dah.''

Mereka berjalan beriringan menuju ke bilik disiplin.

🌸🌸🌸

Ilham dan Nadhia memasuki bilik disiplin dan mendapati semua yang terlibat telah berada di situ.

''Hah, baguslah kamu berdua dah sampai. Pertama kali kamu berdua lambat, kenapa?'' Cikgu Latif bertanya.

''Memanglah lambat, cikgu. Orang tengah dating, mana nak ingat benda lain.'' sampuk Razeen sebelum sempat mereka berdua menjawab.

''Kau cantik sikit, Zeen. Kitorang selesaikan kes buli tadi, tu yang lambat.'' terang Nadhia pula.

''Betul tu, Zeen. Tak baik serkap jarang.'' Ilham pula menyokong kata-kata Nadhia.

''Yalah tu.''

''Sudahlah tu. Benda macam ni pun nak bertengkar.'' Semua terdiam mendengar suara Cikgu Latif. ''Kamu kata tadi ada kes buli. Siapa yang terlibat? Di mana berlaku?''

''Macam biasalah, cikgu. Khai, 6 Benjamin and the gang. Dekat lorong form 3. Diorang ugut seorang budak lelaki ni. Budak form 2. Tapi, cikgu jangan risau sebab semuanya dah settle.'' Ilham pula menjawab soalan Cikgu Latif tadi.

''Baguslah kalau macam tu. Kita teruskan dengan perbincangan kita.'' Cikgu Latif memberikan kepingan kertas setiap seorang.

''Senarai nama pengawas yang terlibat menjayakan Majlis Hari Guru SM St. Selvest.'' Razeen membaca tajuk utama kertas(?) tersebut.

''Untuk apa ni, cikgu?'' tanya Alina yang sedari tadi mendiamkan diri.

''Cikgu nak tahun ni badan pengawas handle setiap aktiviti yang dianjurkan untuk majlis Hari Guru. Cikgu-cikgu hanya memerhati sahaja. Kalau ada persembahan, kamu yang akan latih mereka atau mereka boleh berlatih sendiri. '' terang Cikgu Latif.

''Jadi, maksudnya kami bertanggungjawab sepenuhnya untuk majlis ni? Begitu juga dengan persembahan guru-guru?'' Nadhia pula bertanya ingin kepastian.

''Ya. Betul tu, Nadhia. Termasuk persembahan guru-guru. Kalau ada guru yang nak buat persembahan, perlu mendaftar dengan kamu terlebih dahulu.'' jawab Cikgu Latif.

''Kalau kami nak buat aktiviti untuk guru-guru, contohnya kuiz boleh, cikgu?'' Syakinah pula bertanya.

''Terserah pada kamu. Kerana kamu bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ni. Termasuklah hall decorations. Bahannya kamu boleh minta dengan pihak sekolah. Kamu
ada masa sebulan untuk mula merancang. Kamu boleh bekerjasama dengan PRS atau Pengawas Pusat Sumber. Kalau ada apa-apa keperluan, kamu juga boleh bekerjasama dengan Kelab Sukarelawan sekolah. Ada apa-apa lagi?''

''Jadi, hal urusetia kami perlu sembunyikan dari guru-guru, kan? Barulah orang kata 'surprise'.'' Ilham pula berkata.

''Ya. Betul tu.''

Mereka semua tersenyum sinis mengenangkan idea-idea jahat untuk mengenakan guru-guru mereka. Pasti majlis itu nanti akan menjadi 'awesome'.

''Kamu jangan buat benda-benda pelik sudahlah.''

''Tak kan lah kami nak buat benda pelik pula, cikgu. Cikgu jangan risaulah.'' Nadhia pula menafikan kata-kata Cikgu Latif tadi.

''Yalah. Kalau macam tu semua boleh bersurai.''

Mereka semua keluar dari bilik disiplin setelah mendengar arahan Cikgu Latif.

Sepanjang perjalanan pulang ke kelas, mereka tidak henti-henti mengusik Nadhia dan Ilham. Kononnya kes buli itu hanyalah alasan untuk menutup 'fakta' yang diorang sebenarnya berdating tadi.

Ilham dan Nadhia pula sedaya upaya menidakkan kata-kata mereka. Nasib baik tak ada Zaidan. Kalau dia ada, pasti ada saja cara hendak mengenakan mereka.

Mereka sudah faham benar dengan perangai kawan yang seorang itu. Nama saja PENGERUSI badan PRS. Tapi kerjanya bukan nak membantu rakan, mengejek rakan adalah.

🌸🌸🌸

''So, apa plan kau lepas ni?'' Felix bertanya kepada Irsyadi.

''Tak tahu lagi. Papa bagi aku rehat 5 bulan sebelum masuk pejabat. Jadi sekarang ni menganggurlah.''

''Kau nak kerja, tak?'' tanya Felix lagi.

''Boleh juga. Aku pun bosan duduk kat rumah. Asyik menghadap muka adik aku tu aje.'' jawab Irsyadi selamba. Sengaja dikuatkan suaranya agar didengari oleh adiknya.

''Amboi, mengumpat nampak. Tahulah abang tak sayang adik.'' kata adiknya pula seolah-olah merajuk.

''Yelah, yelah. Abang sayang kau.'' Irsyadi cuba memujuk adiknya. Walaupun sebenarnya tak ikhlas.

Felix hanya memerhati sahaja gelagat  dua beradik itu.''Kau nak kerja tak ni?'' tanya Felix lagi.

''Nak, tapi kerja apa?'' Iqbal bertanya pula.

''Dekat sekolah aku kekurangan guru Matematik sekarang ni. So, kalau kau nak, boleh jadi replacement teacher untuk 3 bulan.'' terang Felix.

''Boleh juga.'' kata Irsyadi lalu tersenyum.

''Jadi, abang jadi cikgu sayalah nanti?'' Adrinne pula menyampuk.

''Taklah. Iqbal hanya akan mengajar form  6 dan form 5 sahaja.'' jawab Felix.

'' So, bila aku boleh mula?''

''Kau kena daftar(?) lepastu kalau dapat, kau boleh lapor diri minggu depan'' jawab Felix. (btul kh? sya tk thu sgt psl guru gnti nie... klu slah tlg dbtulkan)

''Okeylah.''

💎💎💎💎💎

Irsyadi dh mncul... Truslh mmbca...

please vote n komen..

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now