BAB 28

3.6K 114 2
                                    

Irsyadi pelik melihat gelagat Nadhia. Dari tadi dia perhatikan Nadhia, nampak macam ada masalah je.

"Dhia kenapa ni? Macam serabut je abang tengok." Tegur Irsyadi.

Nadhia menoleh. Haih! Memang serabut pun! Macam mana nak cakap ni?!

"Hmmm..." Lidahnya kelu. Tidak tahu bagaimana cara hendak memberitahu Irsyadi. Malu kot nak cakap. Tapi kena cakap juga. Baru sebentar tadi Ilham menghubunginya mengatakan mereka dalam perjalanan.

"Nak cakap apa sebenarnya ni?" Soal Irsyadi lagi. Pelik pulak dia. Selalunya, Nadhia ni ringan je mulut dia nak bercakap.

"Kalau Dhia cakap jangan gelak tau." Ujar Nadhia seakan mengugut.

Irsyadi tersenyum. "Bergantung. Kalau lucu abang gelaklah."

"Janjilah dulu!" Gesa Nadhia lagi.

Irsyadi ketawa kecil. "Okey, okey. Cepatlah cakap."

"Sebenarnya, umm... D-Dhia... Dhia nak pinjam satu helai baju abang."

Flashback~~~

Botol berhenti dan mengarah tepat pada Harfizah. Yang lain sudah tersenyum antara satu sama lain.

"True or dare?"

"True."

"Siapa nak tanya?" Soal Vivian.

Asheera yang begitu hyper mengangkat tangan. "Aku! Aku! Biar aku tanya!"

"Okey."

Asheera tersenyum sinis. "Crush kau salah satu yang ada dekat siNi, kan?"

"Kau memang saja, kan." Kata Harfizah tidak puas hati.

"Jawab jelah!"

Harfizah mendengus. "Fine! Ya."

"Siapa?"

"Satu soalan je. Aku tak terima soalan kedua." Balas Harfizah lagi.

Asheera mencebik. Kau tunggulah nanti. Aku akan kenakan kau juga. Rungut Asheera di dalam hati.

"Next, please."

Botol itu dipusingkan lagi dan akhirnya berhenti sambil mengarah tepat pada Nadhia.

"True or dare?"

"Dare."

"Aku! Biar aku soal dia." Ujar Zamrin teruja. Dia tersenyum sinis kepada Nadhia.

"Okey."

"Tadi tak ada sesiapa bagi syarat, kan? So, biar aku yang bagi. Kalau kau tak boleh nak buat dare aku ni, kau kena jadi maid aku selama seminggu. Amacam?" Soal Zamrin sambil menjongketkan keningnya. Pada Nadhia, macam minta penampar saja.

"Apa dare kau?"

"Esok kita buat study group dekat rumah kau, kan? Memandangkan esok Sabtu, mesti Syad tak kerja. Betul tak?"

"So?"

Zamrin tersenyum sinis. Lagi. "So, sepanjang kitorang dekat rumah kau esok, kau kena pakai baju Syad. Tak kisahlah aku baju apa pun. Asalkan Syad punya. So?" Balas Zamrin dengan muka yang memang menyakitkan hati.

"Tak nak!"

"Aku tak kisah kalau kau nak jadi maid aku."

Flashback end~~~

Irsyadi meledakkan tawanya. Memang pandailah budak Zam sekor tu.

"Tak yah lah gelak. Tadi janji tak nak gelak, kan. Abang!"

"Eh, bila masa abang janji? Tak ade pun." Balas Irsyadi yang masih dengan sisa tawanya.

Nadhia menggembungkan pipinya. Itu adalah kebiasaan tatkala sedang geram.

"Alololo, comelnya bambam sorang ni." Irsyadi mecucuk-cucuk pipi Nadhia lalu ketawa lagi.

"Dahlah! Nak bagi ke tidak?"

Irsyadi mengangkat kedua tanganya tanda menyerah. Namun, ketawa masih lagi bersisa. "Okey, okey. Tapi, baju abang mana ada saiz Dhia. Semuanya besar-besar. And semuanya abang pernah pakai. Kalau yang baru tak ada. Kejap abang ambil kan."

Irsyadi melangkah ke tingkat atas dan Nadhia pula mengikutinya di belakang. Sampai saja di biliknya dia terus menuju ke almari bajunya.

"Berdiri situ buat apa? Masuklah. Abang bukan nak buat apa-apa pun." Nadhia yang berdiri di depan pintu bilik mencebik. Dia masuk dan duduk di kerusi meja belajar(?) milik Irsyadi.

Irsyadi mengambil sehelai T-shirt yang tergantung kemas di almari dan menyuakan pada Nadhia.

"Tak ada yang kecik lagi ke? Besar sangatlah." Adu Nadhia.

"Yang paling keciklah tu. Nak buat macam mana tu je yang ada."

Nadhia mengeluh. "Tak apa lah. Nak tukar baju jap. Tak lama lagi diorang sampai dah." Dia mengatur langkah keluar dari bilik itu.

S
K
I
P

Ding! Dong!

"Eh, dah sampai dah? Masuklah." Pelawa Irsyadi.

"Eh, memang nak masuk pun. Takkanlah aku nak berdiri dekat luar ni. Panas tau." Balas Zamrin selamba.

Irsyadi hanya tersenyum. Semenjak Zamrin dan Asheera tahu tentangnya, mereka semakin rapat. Kalau dulu Zamrin meggelarnya 'sir', sekarang hanya aku-kau saja. Dia tidak kisah sangat, kerana dia juga tidak mahu terlalu formal dengan mereka.

"Yelah. Duduklah dulu. Nadhia ada dekat atas lagi tu. Kejap lagi kang, turunlah dia."

"Kau pelawa duduk je? Minum ke makan ke, tak ada?" Soal Zamrin lagi. Memang tak tahu malu betul beruk sekor ni.

"Macam tak biasa pulak. Kalau nak apa-apa sila layan diri, ye. Dekat rumah ni tak ada maid." Balas Irsyadi pula.

"Kau tolonglah ambilkan. Kau kan tuan rumah."

Irsyadi berkata terbantut akibat sergahan seseorang.

"Tak payah! Kau datang sini nak belajar kan, bukan nak makan. Ni bukannya restoran." Nadhia menjeling Zamrin. Ilham pula sudah tersenyum.

"Cantik baju, sis. Baru beli ke?" Usik Ilham pula.

"Kau diam, eh. Aku debik kang, sia-sia je hidup."

"Dahlah tu. Tahu tak, banyak kerja rumah aku tak siap lagi. Kerja Miss Lina, Ckgu Yusof lagi. Belum campur Mdm. Chan dengan Sir Felix lagi." Celah Asheera pula.

Yang lain sudah terlopong mendengar. Asheera pula hanya mampu tersengih.


🌸🌸🌸

Nadhia baru selesai membersihkan diri. Dia menyiapkan makan malam. Usai makan, seperti biasa dia menemankan Irsyadi di ruang tamu.

"Abang, esok balik rumah ibu kan?" Soal Nadhia tanpa menoleh pada Irsyadi.

"Ha'ah. Lusa cuti sekolah, kan? So, kita stay rumah ibu sampai lusa jelah." Balas Irsyadi.

Nadhia mengangguk faham. Entah mengapa malam ini terasa awkward pulak.

💎💎💎💎💎

Idea btul² kering... Awas... Typo brhmburan...
Btw,,, vote n komen

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now