BAB 53

3.4K 109 2
                                    

"Nad, yang ni cantik." Cadang Asheera.

"No, no, no! Ambil yang ni lah lagi cantik." Kata Syakinah.

"Apa pulak?! Warna pink lah cantik. Lembut je. Nanti baby lahir pun jadi sopan santun, lembut je." Balas Asheera.

"Haa, baguslah tu! Kalau yang lahir tu boy? Nak jadi lembut juga? Tak ada! Kau ambil yang kaler ungu ni. Sesuai untuk lelaki, sesuai untuk perempuan." Kata Syakinah tidak mahu mengalah.

Nadhia pandang dua orang rakan baiknya itu. Buat masa sekaranglah rakan baik. Sebab entah kenapa, tetiba je hati Nadhia rasa macam tak nak mengaku dua gadis tu member dia.

Mana tidaknya kalau dah satu kedai dah tengok diorang semacam. Sebab? Dah dua manusia tu terpekik terlolong kat kedai orang cuma sebab nak pilih baju baby? Ko ghase?

"Kau pahal pandang macam tu?" Soal Syakinah. Tak puas hati rasanya bila Nadhia memandangnya dengan muka yang... Entahlah. Walaupun dah banyak kali dia dapat pandangan yang sama seperti itu.

"Aku cuma nak cakap. Ni mall bukannya rumah korang. Kalau nak jerit pun, tengok sekeliling dulu." Kata Nadhia dengan suara yang ditahan.

"Aku dah tak boleh nak cakap apa bila orang pandang kita dengan muka seolah-olah kita ni perompak." Kata Nadhia lagi.

Walaupun dia sebenarnya sudah tersangatlah lali dengan perangai mereka itu, tapi sedikit sebanyak tetap juga ada perasaan malu itu menyerbu diri.

Haih! Tak patut aku ajak diorang datang sini. Rungut hati Nadhia.

Syakinah dan Asheera melihat sekeliling mereka. Kemudian, dua gadis itu tersengih. Dua-dua acah nak betulkan tudunglah, bajulah. Nak letak balik baju baby tu lah.

Nadhia; (ーー;)

"So, kau nak yang mana?" Soal Asheera semula.

"No need sebab aku rasa aku tak jadi nak beli." Balas Nadhia.

Dua gadis di hadapannya mengangguk faham. "So, nak balik dah?"

Nadhia mengerling pada Baby G berwarna biru di pergelangan tangannya. Dia memang meminati warna biru sejak dari kecil. Semua jenis biru. Sedangkan Baby G miliknya itu pun abah nya yang hadiahkan sempena ulang tahunnya yang ke 13 tahun.

4.15 minit petang.

"Awal lagilah. Kita pergi makan dulu? Tetiba rasa lapar." Cadang Nadhia.

"Tak kenyang ke kau ni? Sebelum datang sini kita dah makan, kan?" Soal Syakinah berbaur hairan.

Nadhia tersengih. "Alah~ Baby ni lapar lagi."

🌸🌸🌸

Nadhia sampai di rumah dan mendapati kereta Irsyadi sudah terparkir elok. Dia dah balik? Awal!

Pintu dibuka dan suara Nadhia perlahan memberi salam. Laju sahaja telinganya menangkap suara garau seseorang menjawab salam.

Mata Nadhia menangkap figura tinggi lampai kesayangannya itu menuruni anak tangga terakhir. Segaris senyuman terukir di bibirnya. Irsyadi didekati dan tangan suaminya dicium.

"Awal abang balik hari ni. Bukan hari ni abang busy ke?" Soal Nadhia.

"Tak sangat memandangkan meeting tengah hari tadi cancel. Dhia dari mana? Lambat balik." Soal Irsyadi semula.

"Keluar dengan Sheera and Kinah. Dah lama tak spend time dengan diorang. Maaf sebab Dhia lambat balik. Kinah tu susah sangat nak balik. Konon nak beli barang sikit je, at the end dia borong juga satu mall tu." Ujar Nadhia tak puas hati sambil memuncungkan bibirnya.

Mana tak puas hati kalau dah lebih 20 kali dia mengadu nak balik, tapi makhluk bergelar Syakinah tu asyik kata sekejap, nanti dan masih awal lagi. Mahu tak mahu, terpaksalah juga dia tunggu memandangkan dia kena ikut Syakinah kerana dia tidak membawa keretanya sendiri.

Irsyadi tergelak kecil. Kepala Nadhia yang dilapisi shawl berwarna hijau diusap lembut. Telatah Nadhia tidak pernah mengecewakannya. Baru ingat nak marah sebab balik lewat.

"Sayang ni dah pandai membebel, kan. Pembawaan(?) baby ke apa ni?" Usik Irsyadi. Nadhia mendongak memandang irsyadi. Bibirnya manayang sengih.

"Dhia naik atas dululah. Nak mandi. Melekit dah badan ni." Kata Nadhia. Irsyadi cuma mengangguk.

Trut~ trut~

Nadhia yang baru mahu melangkah menoleh semula. Rupanya smartphone milik Irsyadi yang berdering.

"Sayang pergilah mandi dulu." Kata Irsyadi. Dia bergerak ke ruang tamu untuk menjawab panggilan itu.

"Zai. Macam mana?" Soal Irsyadi sebaik panggilan dijawab.

"Hope so. Thanks, bro." Kata Irsyadi lagi.

"Okey."

Panggilan ditamatkan. Irsyadi melepaskan keluhan kecil. Sakit kepala memikirkan hal manusia jaman now.

🌸🌸🌸

Nadhia hanya mendiamkan diri. Waktu makan mereka hanya ditemani bunyi-bunyi cengkerik aje. Tsk tsk tsk

"Sayang," panggil Irsyadi menghilangkan kesunyian di meja makan. Nadhia segera mendongak bila namanya disebut.

"Uh? Abang cakap apa?" Soal Nadhia kebingungan.

"Abang tak cakap apa-apa pun. Sayang kenapa diam je ni?" Soal Irsyadi. Nadhia menggeleng.

"Tak ada apa-apa. By the way, abang nak cakap apa tadi?" Soal Nadhia semula.

"Cakap apa? Abang panggil nama sayang je." Balas Irsyadi.

"I mean, siang tadi masa kat dalam kereta tu. Abang nak cakap apa?" Soal Nadhia lagi. Irsyadi diam sejenak.

"Abang?"

"Uh? Oh, pasal tu! Tak ada apa-apa pun. Lupakan je." Balas Irsyadi sambil tersenyum simpul. Nadhia cuma mengangguk.

🌸🌸🌸

"Huh!"

Buat kesekian kalinya Asheera mengeluh. Buku dairinya dicapai. Dia membuka halaman yang terdapat kalendar.

"Tak lama lagi. Apa aku nak buat ni?" Soalnya pada diri sendiri.

"Woi! Buka pintu kejap! Aku pecahkan juga pintu ni."

Asheera menggulingkan biji matanya. Tahu sangat suara manusia jahanam yang mengetuk pintunya seakan hendak roboh saja.

"Apa?" Soal Asheera dengan malas tanpa bergerak seinci pun dari tempat asalnya.

PPAK! PPAKK! PPAKKK!!!

Asheera mendengus sebelum membuka pintu biliknya dengan kasar. Zamrin dipandang tajam.

"Kau nak apa?! Kalau jahanam pintu bilik aku ni siapa nak tanggungjawab?!" Soal Asheera geram. Makhluk Tuhan kat depan dia ni cuma tahu nak jahanamkan harta benda orang je.

"Makan malam." Ujar Zamrin pendek lalu dengan selambanya dia meninggalkan Asheera terpinga-pinga di situ.

"Tu je? Sebab tu je kau ketuk pintu bilik aku macam nak roboh rumah ni?! Apa masalah kau ni?!" Marah Asheera.

Tapi, sayang. Dah tak ada orang yang dengar kata-kata menyedihkan dia tu. Asheera mengetap giginya tanda geram.

Geram, sakit hati, jengkel, semualah! Stress betul jadi Asheera. Dia mengeluh sebelum keluar dari biliknya dan menuju ke dining area.

💎💎💎💎💎

Vote and comments...
Tag; hypark_ jiyongiewifeu_ rin_hope

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now