BAB 30

4.4K 120 1
                                    

"Abang, Kak Dhia, ayah denga... Arghhh!!! Sorry! Sorry!" Cepat-cepat Chrisevia menutup semula pintu bilik yang diterjahnya tadi. Nafasnya turun naik akibat terkejut.

Masing-masing menghentikan perbuatan mereka. Keduanya menoleh pada pintu yang baru saja ditutup kasar a.k.a dihempas oleh Chrisevia. Nadhia kelihatan amat terkejut.

"Ayah dengan ibu panggil, solat jemaah sekali!" Kedengaran suara Chrisevia di luar pintu.

"O-oh... Okey! Kejap lagi kitorang turun." Balas Irsyadi.

Dia menoleh pula pada Nadhia. Terbit senyuman dibibirnya. "Thanks."

Nadhia membisu. Hanya mamandang lantai. Tidak berani bertembung mata dengan Irsyadi. Mukanya terasa membahang.

"Dahlah. Tak mau nangis lagi, okey? Siapa suruh pakai macam ni lagi? Saja nak goda abang lah tu, kan? Pergilah pakai baju tu. Abang pun nak ambil wuduk balik ni. Kang nanti nak solat, tapi lain pula yang jadi." Ujar Irsyadi selamba dengan senyum nakal terukir.

Semakin merah muka Nadhia dibuatnya. Baru teringat akan 'penampilan'nya saat ini. Cepat-cepat tangannya mencapai sehelai tracksuit lalu bergegas ke bilik air.

Irsyadi tertawa kecil. Dia menuju ke tingkat bawah dengan senyuman yang tak lekang di bibir.

🌸🌸🌸

Selepas selesai menunaikan kewajiban, mereka berkumpul di meja makan pula. Mesyuarat? Makan malamlah, apa lagi😒

Semuanya membisu. Makan malam di rumah banglo itu begitu senyap. Lebih-lebih lagi Nadhia dan Chrisevia yang membuatkan Tengku Melina dan Tengku Syafiq hairan. Selalunya, anak perempuan dan menantu mereka itu selalu riuh. Tambahan pula muka keduanya merah entah mengapa.

"Nadhia, Via. Kamu berdua ni okey tak? Ibu nampak macam tak sihat je. Dua-dua muka merah ni." Tegur Tengku Melina. Risau pula melihat keadaan mereka.

Nadhia dan Chrisevia tercengang. Pantas keduanya memandang Tengku Melina. "Huh? O-okey, ibu." Serentak keduanya menjawab.

Irsyadi tahu benar sebab dua wanita itu berdiam diri. Dia ketawa kecil cukup untuk didengari Nadhia di sebelahnya. Pantas paha Irsyadi menjadi mangsa cubitan Nadhia. Satu jelingan juga dihadiahkan buat suaminya itu.

Chrisevia membasuh tangannya setelah habis makan. "Via, sikitnya makan." Tegur Tengku Melina. Selalunya anak perempuannya itu memang makan banyak tapi tak juga gemuk-gemuk.

"Dah kenyang. Ayah, ibu, Via naik dululah." Ujar Chrisevia lalu meninggalkan meja makan itu.

"Ibu, ayah, Nadhia pun rasa dah kenyanglah. Nadhia naik dulu." Usul Nadhia pula dan berlalu dari situ menuju ke tingkat atas.

Tengku Melina dan Tengku Syafiq pelik dengan perangai keduanya. Manakala Irsyadi pula hanya menikmati makan malamnya dengan tenang tanpa sebarang gangguan.

Chrisevia merebahkan dirinya pada katil bersaiz queen itu. Otaknya tidak berhenti memikirkan perkara yang berlaku tadi. Entah mengapa dia pula yang seperti melebih. Dia cuma nampak diorang kiss je pun.

Ya! Adegan yang tidak sepatutnya dilihat oleh seorang budak perempuan berumur 14 tahun 7 bulan 3 hari. Tapi, memang salah dia juga sebab tak ketuk pintu sebelum masuk. Main terjah bilik orang. Tu makan dia!

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now