BAB 48

3.6K 109 3
                                    

"Hello, siapa di sana, aku di sini. Salah nombor mohon pupus, salah tekan sila ninggal." Kata Zamrin sejurus menjawab panggilan dari(?) smartphone Ilham membuatkan semua mata memandangnya. "Apa salah ke aku cakap?"

"Siapa ni? Ilham mana?"

"Aku."

"Zam? Bagi Ilham kejap, aku nak cakap."

"Okey." Smartphone diserahkan semula pada pemiliknya yang sah.

"Yes? Ada apa mencari beta?" Soal Ilham selamba.

"Ugh! Tak pasal-pasal ada ipar gila." Kata Irsyadi selamba dihujung talian. "Nadhia mana? Rumah kosong aje ni."

Ilham tersentak. Apa yang hendak dijawabnya? Spontan pembesar suara dihidupkan.

"Ilham?"

"Ya! Kat rumah umi ni." Jawab Ilham. "Mana kau tahu rumah tu kosong?"

"Aku baru aje balik. Macam haunted house aku nampak rumah ni."

"Kau dah balik? Awal juga. Bukan sepatutnya minggu depan ke?"

"Banyak tanya pulak kau ni. Nadhia mana? Dari tadi aku tanya tak jawab-jawab." Soal Irsyadi lagi. Kesabarannya semakin menghilang dengan perangai Ilham.

"Nadhia? Dia ada kat sinilah. Why?" Jawab Ilham.

"Bagi phone kat Nadhia kejap. Aku nak cakap." Pinta Irsyadi.

"Nadhia dah tidur. Penat katanya sebab siang tadi pergi theme park dengan Sheera." Bohong Ilham.

"Theme park? Okay then."

Ilham menamatkan panggilan lalu mengeluh. "Tak pasal-pasal aku buat dosa lagi sebab korang. Eish!"

"Solat taubat."

Ilham buat roll eyes. "Dahlah. Baik korang balik. Shuhh! Shuhh!"

"Menghalau sial."

🌸🌸🌸

Nadhia tersedar bila terasa pinggangnya dibebani sesuatu. Smartphone di atas meja cuba dicapai namun gagal. Matanya dicelikkan.

"Abang!?"

Irsyadi menggeliat kecil bila Nadhia cuba mengalihkan tangannya. Dia mengeratkan lagi pelukannya.

"Bila abang balik? Tak ada siapa bagitahu pun." Soal Nadhia. Terkejut dengan kehadiran Irsyadi di sebelahnya pagi-pagi buta ni. Siap peluk-peluk bagai.

"Semalam." Jawab Irsyadi sepatah dengan matanya masih tertutup.

"Semalam?" Nadhia menyoal perlahan. Otaknya tidak dapat memproses dengan baik.

Ting!

Smartphone miliknya berbunyi menandakan notification. 5 minit lagi Subuh. Monolognya dalam hati.

"Abang bangun, solat Subuh." Tubuh Irsyadi digerakkan sedikit namun Irsyadi langsung tidak memberi apa-apa respon.

"Abang bangunlah."

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now