BAB 8

5K 170 0
                                    

''Dhia sihat?'' tanya lelaki itu.

''Sir Irsyad?! Kenapa sir ada dekat sini?'' tanya Nadhia terkejut. Irsyadi pula hanya tersenyum.

''Kenapa Nadhia panggil Syad 'sir'? Dulu kan, selalu panggil Abang Iq.'' tanya Tengku Melina hairan.

''Sebenarnya, Syad jadi guru ganti sementara di sekolah Dhia. Felix yang sarankan.'' jawab Irsyadi pula.

''Abang Iq? Abang Iqbal? Sir Irsyad ni Abang Iqbal?'' tanya Nadhia lagi.

''Yes, that's me.'' jawabnya pula.

🌸🌸🌸

Nadhia mengajak Irsyadi berbual di taman mini milik keluarganya agar lebih senang untuk berbincang memandangkan hanya mereka berdua sahaja.

''So, Dhia macam mana sekarang?'' Irsyadi memulakan bicara.

Nadhia tersenyum sekilas. ''Okey. So far so good. How about you, sir?''

''Kenapa panggil 'sir'?''

''Sir kan guru saya.''

''Itu di sekolah. Sekarang kita di luar. Lagipun, abang kan tunang Dhia.'' katanya lembut.

''Jadi, sir... I mean abang memang dah tahulah? Sejak hari tu lagi?'' tanya Nadhia seakan tidak percaya.

Perlahan-lahan Irsyadi mengangguk.

''Kenapa abang tak pernah bagitahu Dhia?'' tanya Nadhia lagi. Nadanya kali ini seakan marah.

''Saja. Nak surprise. Tak salah, kan?''

''Memanglah. Tapi, perlu ke?''

''Just like I said, saja. By the way, kenapa tak pakai cincin?'' tanya Irsyadi pula setelah perasan akan jari Nadhia yang kosong(?).

Nadhia kehairanan. ''Cincin apa?''

''Cincin yang abang bagi 11 tahun lepas.''

Nadhia ketawa kecil. ''Abang, masa tu umur Dhia 7 tahun. Mestilah sekarang ni dah tak muat.''

Giliran Irsyadi pula yang tertawa. ''Betul juga tu. Tapi tak apa.''

Irsyadi mengeluarkan sesuatu dari poketnya dan diserahkan pada Nadhia.

Irsyadi mengeluarkan sesuatu dari poketnya dan diserahkan pada Nadhia

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

''Apa ni?'' tanya Nadhia sedikit blur. Dia membuka kotak(?) cincin tersebut.

''Dak tak kenal nama benda ni?'' tanya Irsyadi mengusik.

Nadhia mempamerkan muka toya. ''Memanglah tahu apa benda ni. Maksud Dhia, untuk apa?''

''Untuk pakailah. Takkan untuk masak?'' jawabnya seraya ketawa.

''Hahaha... Lawak sangat! Semua orang tahu untuk pakai, Dhia maksudkan apa motif abang bagi Dhia? Jangan main-main, boleh tak?'' kata Nadhia lagi. Geram dengan sikap Irsyadi.

''Okey, okey. I'm sorry. Relakslah. Abang main-main je.'' kata Irsyadi pula.

''Macam yang Dhia cakap tadi, cincin yang abang bagi dulu kan dah tak muat. So, abang belikan yang baru.''

''Motif?''

''Dhia kan, tunang abang. Alasan tu tak cukup ke?''

''Well, about that. Dhia memang nak bincang dengan abang.''

''Kenapa? Dhia tak sudi?'' tanya Irsyadi selamba.

''Tak! Bukan macam tu. Dhia cuma nak tanya, kenapa abang setuju nak kahwin dengan Dhia?''

Irsyadi sudah menyangka soalan Nadhia. Dia tersenyum.

''Untuk ibu dan ayah. Mereka nak sangat bermenantukan Dhia. Furthermore, we already engaged.''

''Jadi, cuma sebab tu? Atau ada sebab lain?''

''Satu hari nanti Dhia akan tahu juga.''

🌸🌸🌸

''Jadi, saya rasa bolehlah kita tetapkan tarikh, betul tak?'' kata Tengku Hajar.

''Betul sangatlah tu, Kak Hajar. Kalau hujung bulan ni, okey?'' cadang Tengku Melina pula.

Nadhia terkejut dengan cadangan Tengku Melina. Begitu juga dengan Irsyadi. Namun, dapat dikawal riak wajahnya.

Fikir Nadhia mereka akan melanjutkan pertunangan untuk 2 atau 3 tahun lagi.

Irsyadi perasan akan perubahan pada wajah Nadhia. Cepat-cepat dia bersuara. ''Ibu tak rasa cepat sangat ke? Yelah, kami ni muda lagi.''

''Okeylah tu. Kahwin muda-muda nilah bagus. Nanti kang kalau dah TUA-TUA, susah.'' kata Tengku Syafiq pula sambil mengerling ke arah Tengku Mulhlis di sebelah. Sengaja dia menekankan perkataan 'tua' itu untuk mengusik sahabatnya

Tengku Mukhlis pula hanya meng'iya'kan sahaja kata-katanya. Walhal, umur mereka adalah sama. Tahu benar dengan perangai sahabatnya yang seorang itu.

''Yalah tu, ayah.'' balas Irsyadi.

''Kalau macam tu, hari nikah hujung bulan ni. Nak buat persandingan ke Kak Hajar?'' tanya Tengku Melina lagi.

''Ibu, rasanya tak payahlah majlis persandingan. Lagipun, Dhia masih belajar. Nanti ganggu pula. Kan, Dhia?'' Celah Irsyadi pula.

''Betul tu, umi, aunty. Tak payahlah sanding. Lagipun, bulan ni ada exam.'' sokong Nadhia.

''Apa pula aunty, panggil 'ibu' je. Nadhia kan bakal menantu ibu.'' kata Tengku Melina membetulkan Nadhia.

Nadhia hanya mampu tersenyum.

💎💎💎💎💎

Lma x update...
Bz ngn exam...
Bcalh...
Please vote&komen

〘✓〙My Little Young WifeOnde histórias criam vida. Descubra agora