BAB 5

5.6K 174 3
                                    

''So, apa perkembangan kau sekarang?'' Nadhia bertanya kepada Syakinah sewaktu mereka sedang bertugas meronda di blok tingkatan 1.

Syakinah mengerutkan dahinya. ''Aku okey je. Sihat walafiat. Kenapa kau tanya?''

''Bukan pasal tu lah. Aku tanya tentang kau dengan Si Kacang tu.''

Syakinah megerutkan dahinya. ''Kacang apa pula ni? Aku tak suka kacanglah. Elergi.(btul kh eja?)'' jawabnya selamba.

Nadhia menepuk dahinya. Dalam hati dia berfikir, kenapalah dia dapat kawan lembab macam ni?

''Bila masa pula aku cakap pasal kacang? Aku cakap pasal kau dengan Kelvin. Dah seminggu berlalu sejak kita punya deal.''

Syakinah tersengih. Baru faham apa yang dikatakan Nadhia.

''Ooo... Pasal tu. Okaylah. Tapi, gentleman juga dia tu.'' jawab Syakinah. Teringat pula dia kejadian 2 hari lalu.

Flashback~~~

Syakinah terlihat Kelvin sedang berehat di taman sekolah sambil membaca buku.

'Okey, masa untuk mulakan misi!' katanya di dalam hati.

Syakinah terus berjalan laju ke arah Kelvin yang berjalan bertentangan dengannya.

Bukk!

Syakinah dengan sengaja melanggar bahu Kelvin dan menyebabkan buku-buku yang dibawa olehnya bertaburan di lantai. Begitu juga dengan buku milik Kelvin.

''Hey, watch it!''

''Sorry, sorry. Saya minta maaf sangat-sangat.'' kata Syakinah sambil mengutip(?) buku-buku yang bertaburan itu.

Walaupun agak terkejut dengan apa yang baru berlaku, Kelvin tetap juga membantu Syakinah mengutip(?) buku-buku itu.

''Habislah. Nad mesti marah aku.'' katanya perlahan namun tetap dapat didengari oleh Kelvin.

Kelvin memberanikan diri bertanya, ''Kenapa dia nak marah awak?''

''Tak ada apalah. Saya dah lambat ni. Ni buku awak. Terima kasih tolong saya.'' kata Syakinah kemudian terus melarikan diri dari situ. Sempat dia melemparkan sebaris senyuman kepada Kelvin.

''Eh, tunggu!'' tidak sempat Kelvin menahan Syakinah dia sudah hilang dari pandangan.

Kelvin memeriksa(?) buku yang Syakinah berikan. 'Eh, kejap! Ni bukan buku aku ni. Tertukarlah ni.'

Terus dia berlalu dari situ.

Tidak jauh dari situ, Syakinah memerhatikan Kelvin. 'Yes! Berjaya!'

Flashback end~~~

''Gentleman lah sangat.'' kata Syafirah sambil membuat aksi muntah.(tk thu cm mn nk describe)

''Okeylah tu. At least, dia tolong aku. Tapi, kenapa dia tak bagi balik buku aku eh?''

''Kau tunggu je lah. Nanti di bagilah tu. Anyway, good for youlah.''

''Thank you.''

🌸🌸🌸

''Nad, sini kejap. Umi nak cakap sikit.'' panggil Tengku Hajar selaku ibu kepada Nadhia.

''Ada apa, umi?'' kata Nadhia seraya duduk di sebelah Tengku Hajar.

''Nad ingat tak Abang Iq?'' tanya Tengku Hajar.

''Abang Iq? Siapa tu, umi?'' tanya Nadhia.

''Tunang Nad. Ingat lagi tak?'' jawab Tengku Hajar dengan senyuman di bibirnya.

Nadhia berfikir sesuatu. ''Ooo... Abang Iqbal, eh?''

Tengku Hajar tersenyum. Rupanya anaknya itu masih ingat.

''Nad ingat lagi masa kecik-kecik dulu kami selalu main sama-sama. Sampailah satu hari Abang Iq bagi cincin dan umi dan abah kata kami dah bertunang. Nad simpan lagi cincin tu.'' cerita Nadhia dengan ceria.

Sebenarnya perkataan 'tunang' itu tidak mengganggu Nadhia. Fikirnya umi dan abahnya hanya bergurau sahaja. Kerana pada waktu itu Nadhia baru berumur 7 tahun manakala Iqbal pula 12 tahun. Takkanlah umi dan abahnya ingin menjodohkan dirinya pada usia semuda itu. Tapi, kalau betul apa salahnya?

Eh, apa kau fikir ni Nadhia? Merepeklah kau ni. Nadhia berfikir sendirian.

''Semalam papa Iqbal call abah. Dia kata Iqbal dah balik dari Jepun. Dia dah habis belajar dah.'' kata Tengku Mukhlis pula.

''And?'' soal Nadhia pada uminya.

''Mungkin dulu Nad ingat umi dengan abah main-main bila kami kata kamu berdua dah bertunang. Tapi, sebenarnya itulah hakikatnya. Nad adalah tunangan orang. Dan sekarang Nad akan jadi isteri orang.'' kata Tengku Hajar dengan tenang.

Nadhia melopong mendengar penjelasan Tengku Hajar. Jadi benarlah dia sudah bertunang. Cincin itu bukanlah sekadar untuk hiasan di jari manisnya. Dan sekarang cincin itu masih berada dalam simpanannya.

Nadhia cuba menenangkan dirinya. ''Abang Iq tahu pasal ni?''

Tengku Hajar tersenyum melihat anaknya. Dia tahu pasti Nadhia tidak akan manghampakannya. Nadhia seorang anak yang taat dan mendengar kata. Nadhia tahu setiap yang umi dan abahnya lakukan padanya adalah untuk kebaikannya.

''Dia tahu. Dari dulu lagi tahu.'' jawab Tengku Hajar.

Ooo... Jadi memang dia dah tahulah. ''Dia setuju?''

''Kata mamanya dia ikut keputusan Nad. Kalau Nad setuju dia tak ada bantahan.'' jawab Tengku Hajar lagi.

''Kalau macam tu Nad ikut umi aje. Tapi, Nad perlu juga jumpa dia dan tanya dia sendiri.'' kata Nadhia lagi.

''Tak apa Nad jangan risau. Hujung minggu nanti keluarga dia nak datang dinner dekat sini.'' Tengku Mukhlis pula menjawab bagi pihak isterinya.

Nadhia tersenyum hambar. ''Kalau macam tu Nad naik atas dululah. Dah lewat dah ni. Esok nak sekolah.'' kata Nadhia seraya bangun dan berlalu ke tingkat atas.

💎💎💎💎💎

Syakinah dh mlakn operasinya...
agknya brjya taw tdk?
Nadhia pla brtung...
Siapa tngnya?
Nntikn...
tlg vote n komen

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now