BAB 7

5K 166 1
                                    

''Betul ke, Nad?'' Vivian bertanya setelah berdiam diri sedari tadi.

''Merepeklah korang ni!'' tempelak Nadhia cuba menutup getar di dadanya kerana terkejut dengan pertanyaan tadi.

''Aku kenal dia. Kalau nak gambar aku boleh bagi tapi jangan terkejut pula.'' kata Kelvin selamba.

''Gambar siapa? Bakal suami Nadhia?'' tanya Razeen sambil tertawa kecil.  Seakan mengusik.

''Tak payahlah. Hujung minggu ni dia datang rumah. Abah dengan umi ajak diorang dinner.'' balas Nadhia.

Mereka hairan dengan jawapan Nadhia. Nadhia pula terkejut dengan jawapan yang dia berikan.

''Jadi betullah umi dengan abah suruh kau kahwin? Dengan siapa, weyh?!'' tanya Razeen dengan nada yang agak tinggi. Sangkanya Kelvin hanya bergurau.

''Kau menjerit buat apa?! Kau nak satu sekolah dengar?!'' marah Nadhia. Nasib baik hanya 12 orang sahaja di dalam kelas pada waktu itu.

''Sorry. Aku terkejut sangat tadi. Tapi betul ke?''

Nadhia mengeluh. Nampaknya dia tidak mempunyai pilihan lain selain berterus terang. Hmm... Salah dia juga sebab terlepas cakap. Perlahan-lahan kepalanya dianggukkan(?).

''Betul.''

Terkejut beruk mereka mendengar jawapan Nadhia. Hanya Hafiezy dan Ilham sahaja yang beriak selamba.

Ini kerana mereka berdua sudah tahu. Kelvin dengan tidak sengaja telah menceritakan perkara tersebut pada mereka.

''So, siapa lelaki tu?'' tanya Alina pula.

''Entah.'' jawabnya malas.

''Entah? What do you mean by that? Kau tak kenal dia?'' tanya Syakinah hairan. Tidak mungkin Nadhia tidak mengenali bakal suaminya sendiri.

''Well, entah. Bukanlah aku tak kenal dia. Cuma, last day kitorang jumpa 10 or 11 tahun lepas. And after that, kami tak pernah jumpa lagi. So, boleh dikatakan kenal, tapi tak kenal sangat.'' Nadhia menjawab lalu tersengih.

''Owhhhh. Kira macam aturan keluargalah ni? Cliche!'' Refqee pula berkata.

''Lebih kuranglah.''

''Tapi, macam mana kau kenal dia? Well, tadi kau kata kau kenal dia, kan?'' Vivian pula bertanya.

Kringggggg!

''Loceng dah bunyi. Nantilah aku story kat korang. Hujung minggu ni kita jumpa tempat biasa. TGS French Cafe.(bwt2 sja)

Mereka beredar dari situ dan ke tempat masing-masing. Felix masuk dan kelas dimulakan seperti biasa.

🌸🌸🌸

''Umi, Nad keluar dulu. Petang karang Nad balik.'' kata Nadhia kepada Tengku Hajar yang sedang memasak di dapur.

''Nak pergi mana?''

''Keluar dengan kawan. Kejap je. Boleh, kan? Nad janji tak balik lewat. Sebelum pukul 3:00 Nad balik.''

''Yelah. Baik-baik.''

Nadhia berlalu setelah menyalami tangan Tengku Hajar.

🌸🌸🌸

''Ceritalah. Kau kata nak bagitahu kitorang hari ni.'' Vivian terus kepada topik mereka yang utama sesampai sahaja Nadhia di cafe itu.

''Kejap. Alina mana? Tak datang?'' tanya Nadhia pula bila dia tidak melihat kelibat Alina di situ.

''Tak. Pak Ngah dia sakit, so dia pergi lawatlah. Cepatlah cerita.'' Ashwani pula menjawab.

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now