BAB 64

2.2K 66 2
                                    

"Okay, listen. Jangan sampai ada yang lengah. Dan Syad-- Irsyadi mana?" Rayyan diulit risau apabila wajah Irsyadi tiada di situ. Langsung saja dia menghubungi Irsyadi menggunakan alat perhubungan yang dipasangkan di telinganya.

"Syad! Syad, kau kat mana?" soal Rayyan dengan suara tertahan.

"I'm inside."

"Inside?! Kau buat apa--"

"Yan, aku busy sikit-- sakitlah bodoh!"

Carutan yang keluar dari mulut Irsyadi membuatkan Rayyan semakin khawatir. Irsyadi masih lagi dengan perangainya yang suka mengikut perasaan sendiri dan tidak mendengar arahan.

"Irsyadi, what are you doing?"

"Aku rasa aku dah jumpa."

"Kau jumpa apa-- Syad? Irsyadi?! Damn it!" Rayyan merengus geram dengan sikap Irsyadi. Dari dulu sampai sekarang tidak pernah berubah.

"Macam mana nie, Yan? Syad tu dahlah tak pakai uniform." soal Zainal sedikit risau. Ketiadaan Irsyadi sedikit sebanyak telah mencacatkan rancangan mereka.

"Nak tak nak kita kena guna plan B. Itu je yang ada sekarang."

🌸🌸🌸

Setelah pasti lelaki dihadapannya tidak bergerak, Irsyadi meneruskan langkahnya dengan laju. Lengannya yang sedikit luka akibat hirisan pisau belati milik lelaki itu tidak dihiraukan. Baru sebentar tadi dia terdengar suara erangan dan jeritan. Adakah itu Nadhia?

Dia tidak pasti. Namun, panggilan dari Rayyan segera ditamatkan sejurus mendengar suara itu. Dia mahu segera mencari keberadaan isterinya.

"Kau nak aku buat sampai kau meraung baru kau nak serik?!"

Suara yang bergema di segenab pelusuk dalam tempat itu menarik perhatian Irsyadi sekali lagi. Arahnya sama dengan jeritan yang dia dengari tadi. Dengan segera dia mengatur langkah ke arah itu.

Ternyata dia benar. Memang itu adalah suara Kelvin. At least that is what he thinks. Tapi, dia belum pasti akan perempuan yang bersama lelaki itu. Nadhia kah? Ataupun mangsa yang lain?

"Pergi m*ti dengan tuh*n kau! Kalau dia betul-betul ada, dia takkan biarkan kau hidup dengan jantan tak guna tu dan biarkan hidup aku hancurlah!"

Irsyadi tidak menunggu lama. Dia langsung bersegera mendekati Kelvin dari belakang dan menghalakan pistol yang sedari tadi dibawanya ke kepala lelaki itu.

"Shut up and let her go." ucap Irsyadi dengan tenang. Kelvin yang sedang membelakangi Irsyadi itu terseyum sinis.

Dia tidak endah akan amaran Irsyadi. Dia pantas berpaling. Kini, dia berhadapan dengan Irsyadi. Muncung pistol yang berada dalam genggaman Irsyadi kini mengarah tepat pada dahinya. Hanya satu tarikan pada picu dan BOOM! Denyutan nadinya akan hilang serta-merta.

Irsyadi terkejut bukan kepalang saat lelaki itu berpaling. Seakan sedang melihat wajahnya sendiri di dalam cermin. Matanya dihalakan pula pada wanita yang berada dalam pelukan Kelvin itu.

Dengan penampilan yang tidak terurus dan rambut yang serabai. Tambahan, Kelvin juga menggunakan pistol. Dan yang lebih penting, ia diarahkan tepat pada isterinya, Nadhia. Semakin membuak sahaja amarah dan dendamnya pada lelaki bernama Kelvin Syafwan itu.

"Ab-abang..." Lemah suara itu menyentak gegendang telinganya.

Wajah Irsyadi merona merah menahan amarah. Wajah Kelvin dicerlung. "Apa yang kau dah buat pada diri kau sendiri, Kelvin? Hanya kerana perasaan yang tak pasti, kau sanggup bahayakan semua orang. Kau bahayakan Nadhia. Ini ke cinta yang bermati-matian kau pertahankan?!"

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now