02

12.4K 622 54
                                    

Sebelum aku teruskan jalan cerita, aku nak memperkenalkan diri aku dahulu. Nama aku Puteri Azreen tapi kebanyakan orang akan panggil aku dengan gelaran 'Reen'. Aku berumur 17 tahun dan harini adalah hari pertama aku bersekolah di Viction High School.

"Cik muda, kita dah sampai." kata Yusri. Kereta itu memang betul-betul berhenti di hadapan pagar sekolah jadi siapa yang berada si situ akan memandang.

"Berapa kali Reen cakap, jangan panggil cik muda." Kataku. Aku bukannya puteri raja sehinggakan dia perlu memanggil aku dengan gelaran 'cik muda'.

"Yela Reen. Abang Yus menurut perintah." Balas Yusri sambil menggelengkan kepala. Aku menggalas beg ke bahu. Yusri turun dari tempat pandunya dan dia tolong bukakan pintu untuk aku keluar. Semua pelajar melihat aku sebaik sahaja aku keluar daripada kereta. Baru rasa macam puteri diraja macam ni.

Diorang tak pernah tengok budak baru ke? Ataupun pakaian aku pakai ni salah ? Ataupun abang Yusri ni terlampau hensem? Ye, aku rasa tu sebabnya.

Yusri masuk semula ke tempat pemandu. Kereta itu meluncur pergi meninggalkan pekarangan sekolah. Aku berjalan dengan perasaan gembira kerana hari pertama persekolahan.

Pintu pagar aku lepasi, ada seorang pengawas lelaki sedang bertugas disitu, tanda nama dia Hazmi . Dia senyum ke arah ku jadi aku senyum la balik, aku bukan kedekut senyuman.

"Pagar dah lepas! Sekarang pejabat pula." Kataku perlahan. Kekadang rasa geram juga bila Ayyan buat janji keling. Dia kata nak tunggu aku kat depan pagar tapi yang aku nampak hanyala kereta Honda dia saja. Batang hidung tak tahu pergi kemana.

Dalam seronok berjalan, tiba-tiba ada tiga orang pelajar perempuan datang menghampiriku, aku menoleh ke arah belakang dan tiada sesiapa pun jadi ini bermakna orang tu nak datang ke arah aku. Aku apa lagi, jalan buat tak nampak mereka.

"Kau budak baru ke?" Tanya salah seorang daripada mereka. Ingatkan pelajar sekolah international ni semuanya beradab rupanya tidak. Sempat aku mengutuk sekolah yang ayah aku bina sendiri.

Mereka ialah kumpulan Qz yang terdiri daripada Dina Allesha sebagai ketua dan Dayana Amila sebagai penolong serta Ain Aqilla. Mereka pelajar senior tingkatan 6, mereka akan berjumpa dengan semua pelajar baru untuk dibuli dan bagi amaran seperti 'jangan dekat dengan instafamousboy'.

"Ya. Kenapa?" jawabku malas. Aku mula panas apabila mereka mula rapat dengan aku. Kalau aku kata 'lesbian' nanti, mereka bertukar jadi harimau pula. Kalau nak ikutkan muka memangla cantik tapi malangnya adab ke lautan pasifik.

"Adik, adik ada duit tak? Boleh bagi akak tak? " Tanya Ain dengan ketawa sinis, bunyi macam mendesak bukannya meminta.

"Adik, akak nak pesan sikit, jangan dekat dengan instafamousboy." Pesan Dina dengan penuh amaran.

"Kalau adik degil, akak akan kurung adik dalam bilik stor." Ugut Dayana pula.

"Buang masa!" kataku. Aku cuba untuk jalan, semua pelajar terkejut dengan tindakan aku. Mungkin selama ini belum pernah ada dalam rekod, pelajar baru melawan Qz dan pada harini, tercatatlah rekod baru untuk semua orang.

"Berani eh kau melawan!" Marah Dina. Anginnya mula keluar, bahu aku ditolak dengan kuat.

"Kita kena ajar dia ni." Balas Dayana tak puas hati. Dia menarik beg aku, dengan itu beg sekolah jenama converse telah pun mencium lantai sekolah yang entah berapa lama tak mop. Okey, gurau!

"Beg mahal tu. Ingat aku beli pakai duit bapa kau ke?" Tengkingku. Tahap kesabaran aku mula hilang. Semua orang terkejut, ada yang belari ingin meminta tolong Instafamousboy dan ada yang tengah bertepuk tangan. Seronok barangkali.

I,ILY ✔Where stories live. Discover now