26

5.8K 389 6
                                    

Pada hari ini, aku serta rakan-rakan yang lain akan berlatih acara untuk hari sukan nanti. Beberapa kumpulan pelajar sedang berkawad di tengah-tengah padang. Tali kasut aku ikat sebelum bangun untuk memanaskan badan. Air mineral aku teguk sekali.

"Kak Azreen?" Tanya seorang pelajar lelaki. Pergerakkan ku terhenti, laju kepala aku menoleh ke arah suara tersebut.

"Yes, why?" Tanya aku ramah. Tanda namanya aku pandang sekilas, 'Adam' namanya. Aku bangun dan berdiri di hadapannya.

"Saya pembantu akak untuk latihan sukan harini. Cikgu Hafiz yang arahkan saya." Kata lelaki itu. Dia sentiasa tersenyum manis di hadapan aku.

"Adam form berapa?"

"Form 3 akak." Katanya. Adam kelihatan segak berbaju rumah sukan pasukan ungu. Tinggi dia dengan aku tak beza mana pun. Aku 163cm mungkin dia 166cm.

"Janganlah panggil akak. Terasa diri ni tua tahu tak." Ujarku.

"Okey Reen." Balasnya. Aku membalas senyumannya.

"Saya masuk acara apa untuk keseluruhan?"

"Lompat jauh, lompat tinggi, 200m, 400m, 4×400 dan lari pasangan 800m." Aku menelan air liur. Aku pandang muka Adam dengan penuh simpati agar dia kata 'saya gurau je'.

"Jangan pandang saya macam tu Reen. Harini awak ada latihan lompat jauh dengan lompat tinggi je." Katanya.

"Larian?"

"Awak tak ada latihan untuk acara larian." Jawabnya. Aku menghembuskan nafas lega. Adam berkata lagi, "Sekolah tak adakan latihan untuk larian tapi Cikgu Hafiz suruh awak berlatih juga sebab dia nak tengok bacaan masa." Aku mengeluh perlahan.

"Kena berlatih sendiri?"

"Yup. Kalau awak nak saya teman pun boleh." Dia tertawa kecil. Aku sekadar tersenyum. Dia tak ada baca blog sekolah ke, bisik hatiku.

"Lompat jauh dulu atau lompat tinggi?"

"Lompat jauh, lompat tinggi pukul 12." Aku terus berjalan ke arah acara lompat jauh di sudut kawasan padang. Mata aku kecilkan untuk melihat semua orang yang sudah berkumpul memandangkan matahari terpacak di langit. Adam turut ikut aku dari arah belakang.

"What! Dia pun masuk acara ni." Guman ku perlahan. Wajah Ayyan aku pandang lama. Bila aku fikir balik lelaki dan perempuan bertanding secara berasingan. Aku ada peluang nak johan last tahun ni, bisik hatiku.

"Azreen, kamu pun masuk acara ini?" Tanya cikgu Hadi sambil memegang kertas senarai nama. Aku hanya mengangguk dan berjalan ke arahnya untuk menulis nama. Kemudian, aku memasuki barisan perempuan mengikut rumah sukan.

Alhamdulilah, latihan lompat jauh dan lompat tinggi dah tamat. Selama dua jam setengah berada di bawah sinaran matahari buatkan aku pening. Aku terus duduk di atas kerusi yang terdapat di tempat teduh.

"Latihan dua hari je kan?" Tanyaku sebaik saja Adam muncul. Aku menarik dan menghembus nafas berkali-kali dengan pantas.

"Yup. Lepastu terus acara awal minggu hadapan. Air?" Balas Adam sambil menghulur sebotol air mineral yang tidak sejuk. Aku mengambil air mineral tersebut dan meneguknya dengan perlahan.

"Terima kasih." Ucapku. Aku ambil kain tuala yang bersih dan mengelap peluh.

"Sama-sama. Muka awak dah mula gelap." Adam berkata tanpa sebarang keraguan. Aku memandangnya, seriously budak ni?

"Muka awak pun sama. Last saya duduk bawah matahari lebih dua jam tahun lepas bulan empat masa hari sukan. Kalau hari-hari macam ni, boleh pengsan saya dibuatnya." Aku merungut. Kain yang sudah kotor diletakkan di tepi.

"Sekali-sekala korbankan kulit dekat matahari demi rumah sukan sendiri. Lagipun tahun ni kan tahun terakhir awak. Chill okey?" Adam tersenyum. Aku yang tak tahu kenapa dia senyum turut terseyum ke arahnya.

"Who is he?"

Kami terdiam apabila mendengar suara tersebut. Suasana yang mesra bertukar sunyi sepi. Aku lihat Adam sudah memberi pandangan tanpa perasaan kepada tuan punya suara tersebut.

"Daniel." Aku memberi senyuman ke arahnya.

"Answer my question Azreen! Who is he?"

Aku lihat wajahnya begitu bengang. Langsung tiada senyuman yang mekar dibibirnya. Dia merenung tajam ke dalam anak mata ku. Aku yang pandang pun dah kecut perut.

"What?"

"Nak saya ulang balik ke soalan tu?" Tanyanya tegas.

"Adam, kenalkan he is my boyfriend Daniel. Ni Adam pembantu your girlfriend." Daniel membuat mulut tanda 'O' sambil tersengih. Aku memberi pandangan hambar kepadanya.

"Ya saya kenal. Siapa je tak kenal Tengku Daniel." Adam membalas.

"Kalau kenal kenapa nak rapat dengan girlfriend aku lagi?" Daniel memandangnya tidak puas hati.

"Sudahlah. Nah." Aku tolak badan Daniel ke belakang sedikit. Air mineral pemberian Adam aku bagi kepada Daniel tanpa rasa serba salah.

"For what?" Tanya Daniel setelah mengambil air mineral tersebut.

"Awak tak suka saya minum air yang dia bagi kan? Jadi awak minumlah air tu sampai habis. Saya dah kenyang makan angin." Balasku. Aku terus mengambil langkah menuju ke dewan dimana tempat perjumpaan tadi diadakan.

"Jangan nak menggatal sangat dengan awek aku." Pesan Daniel tegas. Dia terus pergi meninggalkan Adam.

"Adam! Jadual acara sukan mana?" Tanya ku sebaik saja Adam memasuki ruangan dewan. Aku duduk bersandar di atas lantai. Kaki dilunjurkan ke hadapan. Aku ambil huluran Adam.

ACARA SUKAN AWAL
Isnin : lontar peluru, rejam lembing, lompat jauh (L)
Selasa : lontar peluru, rejam lembing, lompat jauh (P)
Rabu : larian 100m, 200m, 400m, 1500m (L)
Khamis : larian 100m, 200m, 400m, 1500m (P)
Jumaat : lompat tinggi (L&P)

ACARA SUKAN AKHIR
Ahad : pembarisan rumah sukan & unit berunitform, larian 4×200m (L), 4×400m (L), 4×200m (P), 4×400m (P), lari pasangan 800m, tarik tali

Jadual itu aku pulangkan semula kepada Adam. Memandangkan harini hari khamis jadi esok lepas sekolah kena berlatih lari dan bagi cikgu masa, bisik hatiku.

"Terima kasih kerana jadi pembantu tak berbayar harini. Saya minta diri dulu." Kata aku ramah. Senyuman terpaksa diberikan walaupun tengah penat.

"Sama-sama. Good luck nanti, kita kena jadi juara lagi tahun ini." Adam berkata sambil tertawa. Aku hanya menggelengkan kepala. Aku berjalan pergi meninggalkan Adam seorang diri di situ.

Kaki aku langkahkan ke loker. Baju T-shirt berwarna putih dan seluar track suit aku ambil dan menuju ke tandas sekolah untuk menukar pakaian. Aku melihat pantulan diri di cermin tandas. Rambut aku leraikan dan mengikatnya semula. Kemudian, aku keluar dari bilik air dan menuju ke Kafeteria.

Pintu Kafe aku buka. Aku memesan air minuman kegemaranku. Beberapa minit kemudian, aku ambil air minuman dan menuju ke kelas untuk mengambil beg sekolah. Aku sibuk bermain telefon semasa berjalan sehinga aku terjatuh.

"Hati-hati bila jalan sayang."

Suara itu yang amat aku kenali. Aku memandang ke arahnya dan tersenyum kelat. Daniel menghulurkan tangannya untuk membantu aku bangun. Aku selamat bangun dengan bantuan daripadanya.

"Sukan macam mana? Adam ada kacau awak tak?" Daniel bertanya sambil memandang kawasan lain. Kami berdua berjalan secara perlahan.

"Alhamdulilah semuanya okey. Jangan risau favboy, saya hanya pandang awak." Jawabku sambil tersenyum manis.

"Jom saya hantar awak pergi kelas." Kami berjalan sehingga tiba di hadapan kelas. Air minuman juga telah aku habiskan. Sebelum memasuki kelas aku sempat buang bekas minuman ke dalam tong sampah di koridor tingkat tiga.

*** 
TBC

I,ILY ✔Where stories live. Discover now