75

4.1K 238 40
                                    

Nazrul pov

Aku masuk ke dalam kereta BMW milikku. Sekarang lunch hour jadi aku tengah cari restoren yang sedap kerana aku sangat lapar. Lupa nak bagitahu yang aku dah keluar dari hospital 4 hari lepas. Aku berhenti apabila lampu isyarat bertukar warna merah.

Bum!

Cuba teka tu bunyi apa?

Bunyi itu datang dari arah belakang kereta aku. Tak guna! Kereta belakang langgar kereta aku. Aku yang marah terus keluar dari kereta. Seorang perempuan keluar dari kereta tersebut.

Dia pandang aku, "Maafkan saya."

"Tak mengapa." Balasku tanpa sedar. Perasaan marah terus hilang apabila aku melihat wajahnya.

"Kereta awak kemek." Ujarnya serba salah. Ya! Bahagian belakang kereta kemek sedikit.

"Tak apa. Hantar bengkel 2 hari, okeylah tu." Balasku lagi. Lampu isyarat bertukar hijau dan semua kereta yang lain hanya jalan tanpa menghiraukan aku dan perempuan ini.

"Okey. Saya minta maaf sekali lagi."

"Tak mengapa. Bye." Aku terus masuk ke dalam perut kereta dan menuju ke sebuah restoren makanan laut. Apabila sudah sampai, aku lihat yang perempuan tadi mengikuti aku. Dah kenapa?

"Er, Hi again!" Tegurku acuh tak acuh apabila dia keluar dari kereta. Dia tersenyum manis.

"Hai! Saya saja follow awak sebab saya nak belanja awak makan tanda minta maaf saya." Ouh! Ingatkan apa lah tadi.

"Okey." Kami berdua masuk ke dalam restoren tersebut. Satu meja di bahagian tengah restoren menjadi pilihan kami. Kami pesan makanan yang sama.

End POV

***

Aku masuk ke dalam kedai bunga milik Qisha. Pekerja dia yang jaga diluar aku tegur, "Qisha kat mana?".

"Dalam Puan Azreen." Aku terus melangkah masuk ke bahagian dalam kedai bunga ini. Qisha sedang sibuk mengubah bunga di atas sofa.

"Hello Sha!" Aku duduk sebelahnya tanpa dipinta. Nama je Bestfriend forever, mestilah dah tahu perangai masing-masing kan.

"Hello gemuk!"

"Aku tak gemuk lah."

"Yelah-yelah. Ni kau dah lunch belum?" Tanya Qisha. Dia berhenti dahulu membuat kerja dan tumpukan perhatian kepada aku 50%.

"Belum. Aku nak ajak kau lunchlah ni." Jawabku.

"Baik."

"Kau pilih tempat. Aku follow je." Kami berdua keluar dari kedai bunga ini dan menuju ke kereta Honda milik aku. Qisha yang pandu sebab dia yang pilih tempat makan bukan aku.

Kami berdua tiba di hadapan Restaurant Seafood yang terkenal di kawasan sini. Qisha terlebih dahulu sudah keluar. Aku hanya mengikutnya dari arah belakang.

"Sakitlah pendek!" Marahku. Siapa tak marah kalau orang depan tiba-tiba berhenti secara mengejut? Habis kemek hidung mancung aku ni. Qisha pusing belakang dan wajahnya sangat gelisah. Aku pula yang pelik. Dia nampak hantu ke?

"Kau kenapa? Kau nampak apa?" Ujarku sambil melihat ke arah dalam tetapi dihalang oleh Qisha.

"Kau kenapa?" Tanyaku pelik. Dah kenapa dengan kawan aku ni?

"Kita makan tempat lain." Dia tarik tangan aku dengan kasar dan aku sempat melihat ke dalam restoren tersebut. Ternyata dia melihat Nazrul bersama seorang perempuan lain ? What?!

I,ILY ✔Where stories live. Discover now