54

5.1K 263 4
                                    

Aku duduk di atas kerusi sambil merenung kertas kerja. Telefon pintar aku tidak henti-henti berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk dari nomber yang tidak dikenali.

"Aku kata aku nak masuk kan." Jerit seorang lelaki dari arah luar bilik aku.

"lepaskan aku lah bodoh." Jeritnya lagi.

Aku terus memandang ke arah luar. Macam ada pergaduhan yang berlaku tapi tak mungkin pekerja kat syarikat ni jenis yang suka bergaduh macam budak kecil.

Bunyi bising semakin kuat. Darah aku terus naik. Aku buka pintu bilik.

"Apa masalah korang? Tahu tak ni syarikat yang korang nak gaduh macam budak kecik kenapa?" Aku tertengking dengan kuat Semua orang terdiam. Pergaduhan tadi turut terhenti.

"Maaf Cik Azreen tetapi lelaki ni datang buat kacau kat sini. Dia nak jumpa Cik Azreen tetapi saya tak izinkan kerana dia tak ada buat appointment dan sebab itu saya suruh pengawal kawal dia tadi. Habis dia mengamuk bila saya tak bagi dia jumpa Cik Azreen." Kata Arshad tenang sambil memandang ke arah seorang lelaki berhodie dan memakai mask. Dia sudah dipegang ketat oleh dua orang pengawal keselamatan.

Aku pandang dia dengan renungan tajam. Muka dia sangat familiar walaupun aku hanya nampak matanya. Aku dapat rasakan aku sudah biasa melihat dia di mana-mana.

"Benarkan dia masuk." Arahku tegas dan aku terus masuk ke dalam semula. Aku duduk di atas kerusi sambil menunggu ketibaan orang yang buat kacau itu. Mereka berdua masuk dengan perlahan.

"Just leave me and him. You can go now." Arahku tegas. Lelaki itu terus duduk di kerusi hadapan aku tanpa di pinta. Biadap, Arshad keluar selepas itu. Aku merenungnya dengan renungan yang tajam.

"Kenapa you buat bising kat compony I?" Tanyaku kasar sambil memandangnya.

"I nak jumpa you but diorang tak bagi sebab tu I buat bising and one more thing, I miss you baby." Katanya sambil tersenyum sinis.

"Are you crazy? I don't know who are you!" Balasku dingin. Sedap mulut mak bapa dia je panggil aku baby. Aku dah besar okey, 24 Tahun bukannya 2tahun 4 bulan.

"Remember me?" Lelaki itu menurunkan cap hoodienya dan membuka mask. Aku terkaku.

"F-Faris?" Kataku sedikit gagap. Ya Allah kenapa dengan mulut aku ni tiba-tiba nak gagap.

"Tak sangka yang kau masih ingat aku tapi bagus lah tu. So, kau macam mana? Dah ada suami belum? Ataupun kau sebenarnya tengah tunggu aku masuk meminang? Aku on je. Malam ni aku masuk meminang." Katanya selamba.

"Perempuan bodoh je akan kahwin dengan kau." Tengkingku kuat. Faris bangun dari tempat duduknya dan menghalakan tangan kanannya yang ada sepucuk pistol tepat pada muka aku. Mamat ni psycho!

"Kau memang nak mati awal ke? Disebabkan aku sayang sangat kat kau, aku tak akan biarkan kau mati tapi aku akan bunuh orang yang kau sayang. Siapa eh? Daniel? Ouh, lupa, dia dah lama hilang dari hati kau. Ouh ya Putera Nazrul kan?" Tanyanya sinis. Pistol itu masih lagi tepat di hadapan muka aku.

Glup! Putera Nazrul, mana dia tahu?

"Keluar dari office aku sekarang! Aku cakap keluar!" Aku menjerit kuat dan jeritan itu dapat didengari oleh Arshad di sebelah.

"Jangan berani cabar saya sayang." Tiba-tiba  Arshad masuk tanpa memberi ketukkan.

"Apa kau buat dengan bos aku?" Tanya Arshad kasar apabila nampak dia sedang memegang pistol. Aku hanya mendiamkan diri kerana sudah ketakutan.

"Aku tak buat apa-apa bro! Ni cuma pistol mainan, lek ah! Jangan risau, aku tak akan apa-apa kan bos kesayangan kau ni and dia pun kesayangan aku. Jangan lupa tu." Kata Faris sambil ketawa jahat. Dia terus keluar dari office aku. Aku terduduk di atas kerusi. Arshad terus datang ke arah aku.

"Cik Azreen okay? Dia ada buat apa-apa tak? Nak saya hantar cik Azreen pergi klinik? Nak saya bagitahu Datuk?" Macam-macam soalan Arshad bagi pada aku. Aku pandang dia dengan satu senyuman.

"It's okay. I'm fine." Kataku tersenyum kelat.

"Cik Azreen pasti?" Tanya Arshad lagi. Risau betul dia ni.

"Ya. Kamu boleh keluar sekarang." Kataku. Arshad mengikut arahan aku, dia terus keluar dari bilik aku. Fikiran aku terus menjadi serabut.

"Aku tak akan biarkan kau mati tapi aku akan bunuh orang yang kau sayang. Siapa eh? Daniel? Ouh, lupa, dia dah lama hilang dari hati kau. Ouh ya Putera Nazrul kan?" Kata-kata Faris mula berlayar di dalam fikiran aku. Kenapa aku ada rasa tak sedap hati ni. Memang hati tak sedap tapi aku rasa lain macam.

***

Office ; 9:25 PM

"Cik Azreen."

"Cik Azreen."

"Cik Azreen."

Nama aku disebut banyak kali oleh orang yang sama. Badan aku juga turut digerakkan. Aku membuka mata perlahan-lahan. Hm, masih kat pejabat.

"Cik Azreen! Kenapa tidur kat sini? Kenapa belum balik rumah lagi?" Tanya Arshad dengan prihatin. Aku menguap kecil.

"Dah pukul berapa?" Aku menyoal dalam keadaan mamai. Boleh pula aku tertidur dalam pejabat selepas memikirkan kejadian tadi.

"9:25 malam." Jawab Arshad lembut. Kenapa dia baik sangat? Untung siapa yang dapat dia.

"Hmm, meeting?"

"Meeting kan cancel Cik Azreen. Kita meeting esok, pukul 10 pagi." Balas Arshad sambil tersenyum.

"Okey. Saya balik dulu lah." Kata ku lambat. Erk! Aku cakap saya ke tadi? Hadumak!

"Cik Azreen kata apa tadi?" Tanya Arshad pura-pura tak dengar.

"Mana ada cakap apa-apa. Awak salah dengar kut." Kataku selamba.

"Haa, Tu! Cik Azreen cakap lagi." Arshad bersuara lagi.

"Ishh! Dah lah! Saya nak balik."

Aku terus ambil beg tangan dan beg kerja lalu keluar dari pejabat. Tempat ketak kenderaan aku tuju dan aku terus masuk ke dalam kereta lalu memecut laju.

Tiba di rumah, aku terus masuk tanpa memberi salam.

"Azreen! Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau ada boyfriend!" Ayyan berteriak di hadapan aku. Aku buat muka pelik.

"Haa, betul tu! Kenapa tak bagitahu Mummy juga?" Sampuk Datin Azira dari ruangan dapur. Muka aku terus bertambah dua kali ganda pelik.

"Apa benda ni." Kataku sedikit bengang.

"Tadi, boyfriend kamu masuk meminang." Aku memberi reaksi terkejut. Takkanlah Nazrul dah masuk meminang aku? Ala sweetnya dia.

"Jangan senyum macam kerang busuk. Lelaki tu bukan Nazrul jadi jangan nak perasan lebih." Aku terus ternganga apabila mendengar. Gerak kaki mula diatur menuju ke arah Datin Azira.

"Siapa lelaki tu?" Aku terus menyoal.

"Tak silap mummy, nama dia Faris." Aku dan Ayyan sama-sama terkejut. Ayyan terus berlari ke arah kami berdua.

"Mummy terima ke?" Ayyan terlebih dahulu menyoal. Aku pandang dia atas bawah atas bawah. Takut sangat dia tu, bukan dia yang nak kahwin.

"Kamu pula yang over." Datin Azira menggelengkan kepala.

"Semestinya mummy tolak lagipun mummy tahu cinta hati kesayangan kamu bukan dia." Datin Azira tersenyum manis. Aku turut tersenyum. Sebelah mata di kenyitkan.

"Apa ni? Siapa? Kenapa aku tak tahu ni?" Ayyan yang blur terus menyoal. Aku mengangkat bahu tanda tak tahu. Datin Azira terus naik ke tingkat atas.

"Selamat malam." Aku terus mengejar Datin Azira kerana malas menjawab persoalan Ayyan.

"Beli ikan makan ayam, tak nak kawan." Ayyan mula merapu seorang diri.

***
TBC
TBC

I,ILY ✔Where stories live. Discover now