73

4.1K 223 24
                                    

Aku duduk bersandar di kerusi berhampiran bilik ICU. Sekarang Nazrul sedang dirawat oleh Ayyan didalam bilik tersebut. Hati aku tidak henti-henti berdoa perkara yang baik-baik buat Nazrul. Sepanjang menunggu, hanya air mata sahaja yang mampu menemani aku. Semua ahli keluarga sudah pulang kecuali Ihkwan.

"Awak, apa kata awak balik rumah dulu?" Pujuk Ihkwan. Aku hanya buat tak tahu dengan pujukkannya. Aku mahu tunggu sehingga Ayyan keluar walaupun sekarang sudah pukul 1 pagi. Tiba-tiba pintu bilik ICU terbuka dari dalam.

Aku terus berlari ke arah Ayyan, "Naz macam mana Yan? Dia okay kan?" .

"Nazrul kekurangan banyak darah. Badan dia ada 5 biji peluru dan lebam-lebam yang teruk. Pipinya pula ada kesan torehan yang lebar. Reen jangan risau, pihak hospital telah cuba sedaya upaya untuk selamatkan Nazrul. Sekarang ni Nazrul masih tidak sedarkan diri atau erti kata lain koma, pihak hospital akan pindahkan Nazrul dia ke wad biasa." Kata Ayyan panjang lebar. Aku mengucap syukur di dalam hati kerana Nazrul tidak mengalami luka yang teruk.

"Awak baliklah dulu Ihkwan. Thanks sebab sudi tolong saya." Ujarku lembut. "Kalau Abang Nazrul dah bangun, bagitahu saya tau. Saya nak lawat dia." Pesan Ihkwan. Aku mengangguk. Banyangan Ihkwan mula menghilang. Selepas itu, aku masuk ke dalam bilik yang Nazrul ditempatkan.

Aku ambil satu kerusi dan duduk di sebelahnya. Wajahnya yang penuh dengan lebam aku pandang simpati tetapi aku tidak sanggup lihat pipi kirinya yang terjahit akibat terkonyak. Aku teman Nazrul di wad harini.

***

Pagi sudah menjelang. Aku terjaga akibat seorang jururawat masuk ke dalam Wad Nazrul. Aku hanya biarkan dia buat kerja dia sebagai jururawat. Selepas jururawat itu keluar, aku pandang jam dinding, Pukul 7 Pagi.

"Bila Abang nak bangun? Abang please bangun. Reen tak sanggup kehilangan Abang." Aduku. Tangan Nazrul aku pegang dengan erat. Tiba-tiba, pintu Wad Nazrul berbunyi.

"Reen dah breakfast?" Tegur Puan Nadirah prihatin. Aku menggelengkan kepala.

"Reen pergilah makan dulu kat bawah. Biar Mama pula jaga Naz." Ujarnya. Aku menggeleng.

"Kalau Reen sayang Naz. Tolong dengar cakap Mama." Pesannya lemah lembut. Aku mengangguk perlahan-lahan. Kemudian, aku keluar dari Wad Nazrul dan turun ke bawah.

Aku hanya pesan air kosong sahaja. Mood makan memang tak ada. Aku hirup air kosong itu perlahan-lahan. Air mata yang masih berbaki aku lap menggunakan lengan baju. Tiba-tiba sepinggan mee goreng muncul dihadapan aku. Aku angkat muka memandang ke arah depan.

"Makan." Arah Ayyan. Dia bukan apa cuma risau akan kesihatan Azreen. Aku menggeleng. Ayyan bangun dan duduk di sebelah aku.

"Buka mulut." Arah Ayyan. Nampak gayanya, Ayyan akan suap aku mee goreng itu. Aku beri pandangan menyampah ke arahnya.

"OMG! Doktor so sweet suapkan girlfriend makan." Kata seorang perempuan dengan kuat. Saja nak tarik perhatian orang.

"I already married." Ujar Ayyan tegas. Perempuan dihadapannya ini memang suka cari masalah dengan Ayyan.

"She not your wife because she is Mrs Nazrul." Ujarnya sinis. Mulalah nak buat fitnah perempuan ni. Aku memandangnya sinis.

"So? What is your problem?" Ujarku sinis.

"Perempuan murah!" Herdiknya. Rata-rata orang yang berada di kantin terkejut mendengar kata-kata daripada mulut seorang doktor ini. Harap je pangkat doktor tapi perangai macam kanak-kanak 5 Tahun. Sedangkan Husna yang 5 Tahun tu pun pandai hormat orang. Eh,

"How dare you!"

"Sampai hati You tampar I sebab perempuan ni." Ujar perempuan itu dengan mimik muka dibuat-buat. Deruan darah di dalam badan aku mula mendidih naik.

"Dia adik aku." Perempuan itu terkedu. Tak kan tak kenal kit Puteri Azreen ni adik kandung Pengarah hospital ni,  Ayyan.

"I'm sorry. I tak-"

"Baik kau blah sebelum aku buang kau dari hospital ni." Arah Ayyan tegas. Sememangnya dia memang sayang sangat kat aku. Adik kesayangan katakan.

"Geram pula hati kita ni." Runggutku. Ayyan tersenyum lebar, "Akhirnya, bersuara juga." Aku pun membalas dengan jelingan, "Dah bersuara lama pun. Kau je pekak." Ayyan ketawa kecil.

"Nak makan sendiri or Aku suapkan?" Tanyanya.

"Dua-dua tak nak."

"Okey, suap!" Dia halakan sudu ke arah mulut aku.

"Fine! Aku makan sendiri!" Bentakku. Aku ambil mee goreng itu dengan kasar. Orang cakap tak nak, dia paksa juga. Aku makan mee goreng itu dengan penuh selera, itu pun sebab aku belum makan semalam so mestilah lapar.

"Kak Reen!" Jerit Sha riang. Dia berlari anak menuju ke arah aku. Lantas dia memeluk tubuhku apabila sudah sampai di meja aku dan Ayyan duduk.

"Lama akak tak nampak Sha."

"Sha kan duduk rumah Nenda." Ujarnya. Ouh! Lupa pula aku yang si kenit ni duduk rumah Nenda. Berani kan berjauhan dengan ibu bapa, kena jadikan contoh ni.

"Kenapa Kak Reen nangis?" Dia perasan akan air mata aku yang berada di kelopak mata.

"Mana ada Kak Reen nangis." Aku cuba menjadi kuat dihadapannya. Aku tak nak dia sedih sebab tahu aku nangis.

"Kak Reen tipu! Sha tahu yang kak Reen nangis sebab Abang Naz. Sha rindu Abang Naz." Adu si kenit itu.

"Kak Reen pun rindu Abang Naz." Ujarku lemah. Suasana jadi senyap sebelum Ayyan pelawa Sha makan.

"Sha jom makan!" Pelawa Ayyan. Sha terus mendekati Ayyan dan duduk di sebelahnya.

"Abang Yan tak makan?" Tanyanya.

"Abang Yan dah makan. Sha makan dengan Kak Reen ya?" Arisha mengangguk. Ayyan terus menghilang. Ada kerja lah tu.

"Kak Reen jom kita makan sama-sama." Ujarnya. Aku tersenyum. Nasib baik ada si kecil ini yang mampu buat aku tersenyum. Dialah adik aku yang paling best dalam dunia ni. Aku kongsi Mee goreng itu bersamanya. Dalam masa yang sama, dia ceritakan hidup dia semasa berada di rumah Nenda. Katanya, best duduk dengan Nenda.

***
TBC

I,ILY ✔Where stories live. Discover now