63

4.2K 223 18
                                    

Hari kedua ataupun terakhir aku dan Nazrul di Johor Bahru sangat memenatkan. Kami berdua baru sahaja selesai mesyuarat perbincangan projek pembinaan hotel itu dan melawat tapak pembinaan.

Aku yang baru selesai mandi, turun ke tingkat bawah.

"Nenda. Nampak Naz tak?" Tanyaku kepada Nenda yang sedang menonton TV bersama-sama dengan Maksu. Nenda hanya menggeleng. Aku pula mengeluh.

"Maksu nampak. Dia ada kat taman belakang." Aku terus tersenyum. Lantas aku berlari ke taman belakang. Niat dihati ingin keluar ke pusat bandar bersamanya. Harap dia okey.

"Ba!"

"Ouh mak kau anak aku tujuh."

Aku melepaskan tawa apabila mendengar Nazrul melatah. Buruk betul perangai.

"Apa sayang ni! Terkejut tau abang." Marah Nazrul gitu-gitu manja. Marah pun manja ke? Hahaha.

"Abang! Jom pergi CS." Kataku riang. Aku ambil tempat duduk di sebelahnya. Dia pandang aku pelik. Tak kan tak pernah dengar CS? Ketinggalan zaman betul.

"CS?"

Aku dah agak dah yang dia tak tahu CS tu apa, ketinggalan zaman betul suami aku ni.

"CITY SQUARE."

"Tempat tu bentuk petak ke?" Nazrul mengerutkan dahi. Aku pula yang sakit hati mendengar. Rasa nak piat-piat telinga dia.

"Abang, pandai tu simpan sikit." Aku tersenyum lebar.

"Tak sangka tekaan abang betul. Sayang nak buat apa pergi tempat petak tu?" Tanyanya sambil tersenyum. Aku pun rasa nak cabut telinga dia.

"Abang, city square tu pusat membeli-belah." Aku bercekak pinggang. Jap, betul ke cekak? Memandai je aku ni ish.

"Ish abang tahulah." Dia menarik muka. Alalala, comelnya.

"Eleh, kalau tak tahu tu cakap je tak tahu." Aku tolak pipinya menggunakan jari telunjuk. Tak kuat mana pun, tapi bolehlah sampai kepala dia pusing arah bertentangan.

"Sayang, jangan malukan abang. Pergi bersiap sana kalau tak abang malas teman." Dia menjelirkan lidah.

Aku dengan perasaan yang gembira terus naik ke dalam bilik untuk bersiap apa yang patut. Baru lepas kerjakan tadi, wajibla rehatkan diri macam pergi shopping dan habiskan duit dengan pelbagai makanan.

Perempuan suka makanan, ingat itu.

***

Aku hanya pandang ke luar tingkap. Bunyi radio yang memainkan lagu fake love daripada kumpulan kpop BTS membuatkan aku gembira buat seketika.

"Kenapa penyibuk, pemusnah, penyemak tu kena ada sekali?" Aku menyoal di dalam hati. Bila teringat balik, memang akan sakit hati.

"Nak pergi mana tu?" Tegur Nenda. Aku dan Nazrul saling berpandangan.

"CS." Balasku dengan senyuman dibibir.

"Ouh. Pergilah. Hati-hati bawa kereta." Pesan Nenda. Kami berdua hanya mengangguk. Baru sahaja aku dan Nazrul ingin melangkah keluar daripada rumah. Ada satu suara menyapa lagi.

"Nak pergi mana tadi?" Tanya Maksu yang baru sahaja keluar dari ruangan dapur.

"CS." Jawabku malas sebab ini dah kali kedua aku ucap. Nazrul diam entah macam apa. Ke dia tak tahu sebut cs ? Okey, merepek.

"Bagus! Boleh tolong belikan barang dapur untuk Maksu." Kata Maksu dengan senyuman sinis.

Aku ternganga.

I,ILY ✔Where stories live. Discover now