50

5.4K 293 9
                                    

Promote Time :

Kau Perempuan by nadxwooshi

___

Harini adalah hari dimana aku akan menjadi CEO di Empire Diamond Holding's. Aku sekarang berada di dalam pejabat Datuk Mikail.

"Julia sila masuk bilik saya." Kata Datuk Mikail menggunakan alat interkom yang bersambung dengan Julia iaitu PAnya.

Tok Tok !

"Masuk."

Julia masuk selepas itu.

"Ada apa Datuk panggil saya?" Julia memulakan perbualan.

"Ni anak saya Puteri Azreen, dia akan menjadi CEO di syarikat kita. Jadi, saya arahkan awak untuk buat semuanya." Katanya. Julia hanya menganggukkan kepala. Kemudian, aku keluar bersamanya. Kami menuju ke lif.

Ting !

Kami masuk ke dalam lif tersebut.

"Nama akak, Julia." Kata Julia sambil menghulur tangan ke arah aku.

Aku sambut huluran itu "Puteri Azreen." .

"Pejabat cik Azreen berada di tingkat 17, dimana semua ahli jawatan tinggi berada di situ. Saya akan cari PA cik Azreen dalam masa yang terdekat." Kata Julia. Aku hanya mendengar. Pintu lif terbuka di tingkat 17. Kami terus keluar dari situ. Ada sebuah kaunter di hadapan. Mesti itu kaunter pertanyaan.

Kami berjalan ke arah kaunter itu.

"Ini CEO kita, Puteri Azreen." Kata Julia kepada 4 orang yang berada di kaunter tersebut. Aku hanya tersenyum ke arahnya.

Aku dan julia masuk ke dalam. Banyak juga bilik yang berada di tingkat ini. Tetapi hanya ada 2 bilik yang besar daripada yang lain.

"Ini bilik Cik Azreen. Apa-apa maklumat, saya akan sampaikan kepada Cik Azreen. Lagi satu, Cik Azreen mahu PA lelaki atau perempuan?" Tanya Julia sambil memegang pen dan buku di tangan.

"Saya tak kesah. Janji dia jalankan tugas dengan baik." Kataku ringkas. Julia berlalu pergi selepas itu. Aku lihat muka pintu bilik ini.

CEO Empire Diamond
Puteri Azreen

Aku masuk ke dalam bilik itu. Besar? Yes! Dan lagi satu yang aku suka dengan bilik ni ialah aku boleh nampak orang yang berada di luar tetapi orang yang berada di luar tidak boleh nampak aku.

***

1:17 PM

Aku duduk di atas kerusi yang di khaskan untuk aku di dalam bilik ini. Sekarang lunch hour tetapi aku tak ada mood nak turun makan kat kedai makan ataupun Kafe bawah.

Tok Tok !

"Masuk." Jawabku malas. Kak Julia masuk bersama dengan seorang lelaki yang tinggi.

"Maaf mengangu Cik Azreen tetapi saya nak kenalkan PA Cik Azreen. Nama dia Arshad. Kalau ada masalah, jumpa akak ya Arshad." Kata Julia manis. Kemudian, Kak Julia keluar meninggalkan aku bersama lelaki itu.

"Kita turun lunch." Kataku sambil mengambil telefon pintar di atas meja. Aku terus keluar dari bilik itu diikuti dengan Arshad. Kami tiba di sebuah Kafe yang berada di tingkat bawah. Setelah memesan makanan, kami duduk berborak.

"Kenapa nak jadi PA?" Tanyaku mendatar sambil memandang ke arahnya.

"Saya nak ambil pengalaman untuk berkerja di sebuah syarikat." Katanya sambil tersenyum.

I,ILY ✔Where stories live. Discover now