19

6.4K 336 6
                                    

"You?"

"Kenal ke?" Qisha memandang ke arah aku dan Faris silih berganti. Mukanya terlihat kehairanan. Aku menjawab soalannya dengan jawapan yang berbeza daripada soalan, "Dia langgar aku tadi." Qisha membuat mulut berbentuk 'O'.

"Maaf sekali lagi." Faris meminta maaf sambil menunduk sedikit.

"It's okay."Balas aku sedikit ramah.

"Faris Mohd Faizal." Dia memperkenalkan diri dengan segaris senyuman di bibir. Aku membalas kembali, "Puteri Azreen Mikail." Faris tersenyum selepas mendengar namaku.

"Nice to meet you Azreen. Ingatkan tak pandai bahasa melayu."  Katanya.

"Muka aku tak nampak macam orang melayu ke?" Wajah bengang di tayang.

"Tak. Nampak macam orang putih." Balasnya. Aku sekadar membalas, "Okey."

Dia pandang ke arah depan semula. Aku keluarkan alat tulis dan menyalin apa yang dicatat oleh Puan Maira di papan putih. Masa selama satu jam hanya dihabiskan dengan menyalin nota. Peperiksaan nak dekat, mungkin sebab itu Cikgu selalu bagi nota dan latihan.

Kelas sejarah habis begitu cepat. Buku latihan perlu di hantar manakala buku nota aku simpan semula di dalam beg sekolah. Cikgu keluar bersama buku latihan di tangan.

"Kau chat buah hati ke?" Aku meneka. Qisha yang terkejut dengan soalan aku terus membalas, "Mana ada." sambil terbalikkan telefon pintarnya.

"Eh, dengan aku pun nak berahsia ke?" Aku pandangnya tak puas hati. Dia tersenyum kecil. Dia mendekati aku sambil menunjuk 'nama' yang dia mesej sambil tersenyum.

"What the hell." Qisha membuat isyarat senyap dengan jari di bibir. Aku menggelengkan kepala. Aku menoleh ke depan. Alangkah terkejutnya aku bila Faris tenung ke arah aku.

"Nak apa?" Tanya ku sedikit malas.

"Tak ada apa-apa." Jawabnya ringkas.

"Habis tu, kenapa pandang aku macam tu." Tanya ku lagi. Dahi dikerutkan tanda menyampah.

"Tak ada apa-apa." Katanya lagi.

"Boleh tak stop cakap tak ada apa-apa, tak ada benda lain ke nak kata?" Tanya ku bengis. Dia cabar tahap kesabaran aku.

"Okay sweetheart." Jawabnya. Dia terus memusingkan badan ke hadapan. Senyuman di bibirnya masih mekar. Aku yang pandang pun naik menyirap.

Ting Ting !

Notifikasi telefon pintar aku berbunyi. Mesej daripada Daniel aku baca di WhatsApp.

B🙈❤

kenapa lelaki depan sayang tadi tenung sayang lama

Aku tersentak. Adakah dia nampak? Lantas aku menoleh ke luar kelas, ternyata di bagunan sebelah ada kelas 6V. Dia memberi jelingan maut kepada aku.

Entah

Aku tersenyum sedikit. Tanpa sedar, Faris memandang ke arah aku.

Boyfriend maybe, omel hati Faris. Dia terus memusingkan kepalanya ke hadapan.

"Boyfriend eh?" Usik Qisha di sebelah. Dia sempat menyengol lengan aku dengan lembut. Aku terdiam seketika.

"Mana ada." Nafi aku. Qisha memberikan renungan yang tidak puas hati.

"Kalau tak kenapa senyum macam tadi tu " Tanya Qisha sinis.

"Ayyan la." Nafi ku lagi. Kali ini dia percaya bulat-bulat.

I,ILY ✔Where stories live. Discover now