52

5.3K 278 9
                                    

Pada hujung minggu, aku keluar berjoging di taman bunga. Jangan tanya kenapa aku pilih taman bunga untuk pergi berjoging. Kalau tak nanti aku suruh author padam cerita ni.

Aku keluar dari kereta Honda dengan satu beg kecil di bahu. Di dalam beg itu ada kain tuala kecil dan sebotol air mineral, tidak lupa juga dengan telefon pintar kesayangan aku. Mana boleh tinggal benda paling penting tu.

Aku mula berjoging di kawasan tepi tasik yang berada di taman bunga ini. Walaupun baru pukul 8 pagi tetapi cuaca dah mula panas dengan matahari yang baru sahaja ingin naik. Setelah 3 pusingan, aku duduk di salah sebuah kerusi yang berada berhampiran tasik tersebut.

Tiba-tiba, kenangan manis bersama Daniel belayar di minda ku tanpa di pinta,

Aku dan Daniel sedang duduk di sebuah kerusi di tepi tasik pada waktu petang di taman rekreasi. Ramai orang yang sedang bermain permainan dan layang-layang.

"Kenapa kau suka bawa aku pergi taman ni?" Tanyaku sambil memandang ke arah Daniel.

"Sebab kat sinilah aku mula jatuh cinta dengan kau. Ingat tak waktu yang aku gantikan novel untuk kau." Katanya sambil tersenyum.

"Mana boleh lupa. Aku akan ingat sampai bila-bila." Kataku dengan riang. Tiba-tiba bunyi loceng dari arah belakang kedengaran. Aku terus memandang ke arah bunyian itu.

"Daniel nak ais krim." Rengekku manja mengalahkan kucing kat rumah dia. 

"Tunggu sini jap." Katanya. Dia terus pergi ke arah penjual ais krim itu. Kemudian, dia kembali di sebelah aku dengan dua kon ais krim. Satu perisa vanila dan lagi satu perisa chocolate. Dia hulur ais krim perisa vanila ke arah aku. Aku ambil huluran tersebut.

"Apa beza awak dengan ais krim ni?" Tanya Daniel kepadaku. Walaupun aku dah pernah dengar pickupline ni aku tetap pura-pura tak tahu lagi.

"Apa?"

"Ais krim cair bila kena matahari dan saya cair bila dengan awak." Aku dah agak.

"Chia chia chia."

"Awak berhenti bercakap." Arah Daniel dengan muka serius. Aku pula yang takut dan mula fikir ada benda ke kat belakang aku. Daniel pegang bawah bibir aku dan mengesatnya. Kesan comot ais krim itu ditayang di hadapan muka aku. Terus membahang aku dibuatnya. Malunya!

"Comot-comot pun saya tetap sayang. Awak jangan risau okay?"katanya lembut. Aku tersenyum riang selepas itu.

Tanpa aku sedari, air mata aku mengalir membasahi pipi. Aku seka air mata itu menggunakan kain tuala yang aku bawa dari rumah. Aku duduk di taman bunga itu sehingga pukul 10 pagi dan barulah aku akan pulang ke rumah.

***

Aku membuka TV di dalam bilik. Rancangan Running Man yang aku record semalam aku mainkan. Semalam penat jadi aku tak dapat nak tengok. Aku makan mister potato sambil menonton Running Man. Ice lemon tea juga tidak lupa ada di atas meja kopi bilik aku.

Dua jam sudah berlalu dan Running Man sudah pun habis. Sekarang aku kena bersiap kerana nak pergi rumah Qisha sebab hari ni birthday party adik dia jadi dia cakap aku kena pergi sebab adik dia suka sangat dengan akak cantik macam aku ni.

mohon hilangkan perbuatan riak dan perasan - author

Heroin cerita ni memang macam ni - azreen

Aku memakai seluar skinny jeans berwarna dark blue dan baju kemeja lengan panjang berwarna putih. Rambut aku biarkan lepas di belakang. Telefon pintar aku simpan di dalam beg tangan supaya tak hilang seperti di Perancis dahulu.

I,ILY ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora