11

7.1K 380 0
                                    

Kring!

Jam loceng berbunyi pada pukul 6:30. Disebabkan aku cuti tak boleh solat jadi aku kunci jam pukul 6:30 kalau tidak pukul 6:00 lagi aku sudah bangun menghadap Allah yang Maha Esa.

Aku mandi terlebih dahulu. Kemudian, pakaian unitform sekolah aku pakai. Skirt bewarna hitam dan belang bewarna merah manakala baju kemeja lengan pendek bewarna putih. Kasut bebas janji bukan kasut tumit tinggi.

Aku lihat penampilan aku di cermin. Bilik ini besar tapi bilik aku lagi besar. Harap maklum ini bilik tetamu bukan menantu jadi besar ni je boleh. Aku mengambil tie lalu memakainya. Kemudian, tanda nama aku pakai. Selesai bersiap, aku turun ke bawah bersama beg sekolah dan telefon pintar.

***

Sebaik saja aku melangkah masuk ke kawasan dapur, aku mendapat ucapan 'selamat pagi' daripada Ayyan dan pembantu rumah keluarga Daniel. Aku mengambil tempat duduk di hadapan Ayyan. Pembantu rumah tersebut lantas memberi aku sebuah pinggan kosong. 

"Daniel." Ayyan tiba-tiba menjerit.

"Sabarlah!" Suara Daniel kedengaran di sebalik pintu bilik air yang berada berhampiran dengan dapur. Beberapa saat kemudian, Daniel keluar dari bilik air tersebut dan mengambil tempat di sebelah Ayyan. Pembantu rumah mereka memainkan peranan lagi. Aku menyedok nasi ke dalam pinggan. Sambal ikan bilis di letak sekali di atas nasi. Aku ingin mengambil ayam goreng tetapi ada tangan lain juga mengambilnya, habis tangan kami bersentuhan.

"Maaf." Aku dan Daniel berkata serentak.

"It's okay." Jawab kami lagi.

"Cukup, cukup, cukup! Boleh tak jangan buat drama TV3 kat sini?" Pinta Ayyan drastik. Malas nak tengok Drama TV3 di pagi hari.

"Cemburu ke? Hahahaha!" Daniel tergelak besar.

"Kau nak juga ke?" Tanya aku dalam nada suara manja beserta gedik.

"Ehh, aku tampar kang!" Kata Ayyan acuh tak acuh. Tangannya turut membuat tanda mahu menampar muka orang. Aku dan Daniel tidak melayan. Kami berdua menjamu selera dengan hati yang riang. Selesai makan, pinggan dan cawan diletakkan di tempat yang sepatutnya. Kemudian kaki menuju ke pintu.

"Mana kasut aku Ayyan?" Tanya aku apabila ternampak kelibat dirinya. Badan sudah berpeluh akibat penat mencangkuk untuk mencari kasut di rak tetapi tidak jumpa.

"Kau ada bawa tak semalam?" Tanya Ayyan hairan. Daniel masih berada di dalam rumah. Entah apa yang dia buat pun kami tak tahu.

"Mestilah bawa!" Balas aku dingin. Soalan dia seakan mahu kata aku terlupa mahu membawa atau sebagainya. 

"Cuba cari dalam kereta. Mana tahu ada." Cadang Ayyan. Aku segera bangun, selipar flit aku sarung dan menuju ke kereta Ayyan. Tempat duduk hadapan aku cari dan keputusannya tiada. Tempat duduk belakang aku cari juga tetapi tetap tiada. Akhir sekali di bonet kereta tapi masih tiada. 

Apabila aku sudah berputus asa, aku menjerit "Tak ada!" sekuat hati. Nafas berat dilepaskan. 

"Carilah betu- betul!" Arah Ayyan sedikit tegas.

"Aku cakap tak ada, tak ada lah! Ingat otak aku letak kat lutut apa? Hak alah, kecoh la kau." Aku turut meninggikan suara.

Daniel yang baru sahaja muncul di depan pintu terus terkejut. Kasut canvas jenama adidas dipegang dengan erat supaya tidak terlepas dari pegangan. Ayyan hanya mendiamkan diri kerana dia  takut tulang rusuknya akan patah disebabkan adiknya. Aku menghempas bonet kereta itu dengan kuat. Aku berjalan menuju ke arah pintu utama untuk mengambil beg sekolah.

"Nak pinjam?" Tanya Daniel. Kasut Adidas itu dihulur dengan harapan aku tidak menolak.

"Terima kasih." kata ku dalam nada marah. Kasut dirampas dengan kuat. Aku mula memakai kasut  dan masuk ke dalam kereta milik Daniel.

"Dia marah memang macam itu ke?" Tanya Daniel perlahan apabila aku sudah selamat masuk ke dalam kereta.

"Itu baru sikit." Jawab Ayyan perlahan juga. Dia duduk di hadapan pintu lalu memakai kasut diikuti dengan Daniel.

"Jumpa kat sekolah bro." kata Daniel. Dia mengambil beg sekolahnya lalu masuk ke dalam kereta.

***

Aku hanya mendiamkan diri. Dia diam, aku diamlah. Dia bising, aku pun bising. Tiada sesiapa mahu memulakan bicara jadi diam seribu bahasa la jawabnya. Daripada awal perjalanan, aku hanya memandang ke luar tingkap. Wajahnya langsung aku tidak pandang.

Sampai saja di sekolah, seperti biasa  ramai pelajar perempuan akan berkumpul berhampiran tempat letak kenderaan yang tertulis nama Tengku Daniel. Aku membuka pintu dan keluar setelah Daniel memberhentikan kereta. Ramai mata memandang tapi aku hanya buat tak tahu. Kalau boleh nak bagi sorang-sorang makan penampar sebab mulut tu tak habis-habis nak mengata pasal aku. Aku yang nampak kelibat Qisha di gazebo terus berlari ke arahnya.

"Hi Reen, naik boyfriend ke?" Usik Qisha.

"Naik abang muka jamban." Jawabku. Riak wajah tidak menunjukkan yang aku tengah bergurau.

"Ok." Balas Qisha. Kami berdua berjalan menuju ke kelas.

***

Daniel keluar dari kereta dan ramai perempuan terpusu-pusu mahu menegurnya. 

"Siapa akak tu abang?"

"Girlfriend abang akak Azreen ke?"

"Apa hubungan abang dengan dia?"

"Kenapa dia naik kereta abang?"

"Abang tinggal satu rumah dengan dia ke?"

Telinga Daniel menerima pelbagai soalan daripada peminatnya dan dia hanya memberikan satu senyuman manis sahaja. Mulutnya dikunci agar tiada sebarang fitnah nanti. Daniel naik ke kelas kerana harini bukan hari dia bertugas di pagar.

"Azreen, Azreen! Aku dah bagi amaran tapi kau masih degil ya!"

"Tunggulah nasib kau nanti Azreen."

"Hahahahahaha."


***
TBC

I,ILY ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora