17

6.2K 336 17
                                    

Aku membelek helaian novel yang dibaca. Bunyi ketukkan telah mengalih pandanganku. Perkataan masuk segera dilontarkan. Tetamu yang ingin melawat aku masuk ke dalam sambil membawa buah tangan.

"Hai babe! Kau sihat?" Qisha datang meluru ke arah aku. Buah tangan diletakkan di atas meja. Kami berpelukkan sekejap.

"Alhamdulilah sihat. Kau apa khabar?" Balasku pula. Qisha duduk di kerusi yang telah disediakan oleh pihak hospital. Buah tangan yang merupakan buah-buahan dihulurkan kepada aku. Aku ambil sebiji buah epal berwarna merah dan mengigitnya.

"Aku khabar baik. Mana abang kau? Dia tak datang melawat kau ke?" Tanya Qisha sambil melihat sekeliling.

"Aku baru nak tanya soalan tu. Aku tak tahu dia kat mana. Aku call dia tak jawab so aku diam je lah." Balasku pasrah. Gigitan demi gigitan aku beri pada buah epal tersebut. Bunyi ketukkan sekali lagi telah mengalihkan pandangan kami. Macam biasa, perkataan masuk dilontarkan.

"I miss you." Ayyan datang menghampiri dengan sejambak bunga di tangan. Aliff yang di belakang hanya mengikut sambil memegang plastik yang berisi kotak secret recipe.

"Kalau rindu patutnya pukul 2 dah ada depan mata, ni pukul 3 baru munculkan diri." Aku membalas dalam nada perlian. Ayyan tersengih sambil mengaru kepala yang tidak gatal. Aliff meletakkan makanan tersebut di atas meja.

"Niat nak datang pukul 2 tapi Hazmi buat hal. Tak nak terima bunga aku ke?" Ayyan mencebik.

"Tak nak."

"Kalau tak nak, aku bagi Qisha je lah. Nah Qisha." Ayyan menghulur bunga itu kepada Qisha. Baru saja Qisha mahu mengambilnya, aku terlebih dahulu merampas sambil berkata "Ni aku punyalah, mana boleh ambil."

"Eleh ambil juga." Ayyan buat muka toya. Aku ketawa hambar di hadapannya.

"Mana Haz-"

"Hai Azreen, Hazmi datang. Bawa your boyfriend." Hazmi menyanyi mengikut lirik yang baru saja dia ubah suai sebentar tadi. Lagu 'tetamu didi' di tukarkan kepada 'tetamu Azreen'. Aku pandang ke arahnya dengan muka toya. Lagi-lagi bila dia nak mention, Daniel tu boyfriend aku.

Walau apa-apa pun, aku tetap melayan karenah Hazmi yang macam kanak-kanak ini, "Jemputlah masuk Hazmi."


"Yes!" Jerit Hazmi lantang. Mungkin dia gembira sebab aku layan perangai kanak-kanak dia harini.

"Terima kasih." Sambungnya. Hazmi dan Daniel menuju ke arah kami. Lagu yang dipasang olehnya lantas dimatikan.

"Dia nak jadi boyfriend adik aku? Jangan haraplah." Balas Ayyan sambil menunding jari ke arah Daniel. Hazmi dan Aliff ketawa besar untuk Daniel. Daniel hanya buat tak tahu. Qisha dan Ayyan duduk di sofa manakala Aliff dan Hazmi bermain Mobile Legend di telefon pintar masing-masing.

"Awak sihat tak?" Daniel mengambil tempat Qisha sebentar tadi.

"Alhamdulilah sihat." Balasku perlahan. Nak kata takut, bukan. Nak kata malu pun bukan.

"Ehem!" Ayyan berdehem di atas sofa. Aku memandangnya dengan pandangan yang pelik. Apa masalah abang aku ni? Kataku di dalam hati.

"Dah lama saya tak dengar suara awak." Luah Daniel perlahan kerana dia takut rakannya yang lain dapat dengar.

"Eh! Awak rindu suara saya ke?" Tanyaku polos.

"Amboi! Jangan buat kami macam tiang elektrik Daniel." Ayyan bersuara. Hazmi yang sedang bermain game juga sempat membuat bunyi batuk.

"Apa masalah anda semua?" Tanya Daniel bengang.

"Aku ada cadangan Nil, apa kata kau bagitahu je dia." Aliff pula bersuara. Daniel membuat muka blur tahap 100%. Setelah beberapa minit, baru dia faham apa yang dimaksudkan oleh Aliff.

"Qisha ni mesti kerja kau kan." Daniel tersenyum sinis. Qisha dengan selamba badaknya membalas, "Haah. Kenapa?".

"Aku takutlah." Balas Daniel kepada Aliff. Aku yang blur tahap dewa erus bertanya, "Ada apa ni?" Sambil mengaru kepala yang tidak gatal. Daniel mengeluh perlahan terlebih dahulu.

"Erm, saya ada benda nak bagitahu awak." Luah Daniel sambil memandang ke arah lantai. Emang lantai lagi lawa dari aku? Eceh! Gurau aja.

"Apa dia?"

"Saya suka awak." Suasana jadi sunyi sepi.

"Adakah ini tanda-tanda Daniel di reject?" Hazmi bersuara untuk memecahkan kesunyian. Semua orang memandang ke arah aku yang masih terpinga-pinga.

"Aku tak kata pun aku reject dia, Mi." Balasku jua.

"Awak terima saya?" Daniel bertanya.

"Ya. Saya terima awak seikhlas hati saya." Aku tersenyum manis di hadapannya.

"Terima kasih." Balas Daniel.

"Lagi 5 tahun aku dapat makan nasi minyak." Hazmi bersuara sekali lagi tetapi kali ini tiada siapa yang melayannya. Akibat sakit hati, dia membuat keputusan untuk mendiamkan diri. Kami berenam menjamu kek yang di beli oleh Aliff.

***

Aku menonton rancangan korea kegemaranku di televisyen wad. Doktor kata, aku boleh keluar wad esok. Qisha dengan rela hatinya mahu meneman aku selama semalam. Aku rasa bersyukur sangat kerana ada sahabat seperti dia. Sedang ralit menonton, tanpa aku sedar ada seseorang memasuki wad aku.

"Assalamualaikum." Satu suara datang menegur. Aku menjawab salam sambil memandang ke arah suara itu. Wajah Maksu aka pengetua Viction Highschool kelihatan.

"Reen sihat?" Aku mengangguk.

"Kamu nak tahu pasal Danish?" Pengetua bertanya lembut.

"Janganlah takut sayang."
"Mana boleh lepaskan peluang yang ada."

Kata-kata Danish pada hari itu bermain di fikiran aku. Orang yang aku percaya kawan boleh khianat aku depan-depan. Walaupun sudah berbulan-bulan kejadian tersebut tetapi perkara itu masih segar di fikiran aku.

"Reen?" Lamunan aku terhenti apabila Maksu menegur. Wajahku yang ceria berubah muram. Aku mengeluh perlahan. Sebenarnya kalau boleh aku malas ingat benda ni lagi.

"Danish nak minta maaf sebab buat Reen macam tu. Ada orang upah dia untuk rogol dan bunuh Reen tapi Danish tak sanggup buat, dia cuma takutkan Azreen. Dia bunuh diri dalam penjara." Maksu menceritakan semuanya tanpa dipinta. Aku yang mendengar terus terlembut hati untuk tidak membenci dia. Aku patut maafkan dia sebab dia baik dengan aku selama ini.

"Siapa upah dia?" Tanyaku perlahan.

"Tak tahu." Aku kecewa sedikit kerana pihak polis tidak dapat menangkap orang itu. Lagi kecewa apabila pihak polis menutup kes sebelum jumpa penjenayah.

"Maksu minta dirit dulu."Aku hanya mampu mengangguk dan menyalam tangan orang tua itu lama. Bayangan maksu mula hilang di sebalik pintu. Aku ambil keputusan untuk masuk ke alam mimpi.

***

TBC

I,ILY ✔Where stories live. Discover now