58

5.7K 265 5
                                    

"Sayang bangun solat subuh." Gerak satu suara di tepi telingaku.

Aku mengeliat seketika. Kemudian, aku terus bingkas dan masuk ke dalam bilik air untuk mengambil air sembahyang. Aku keluar selepas itu, Nazrul sudah duduk di atas sejadah sambil menunggu aku.

"Kita solat sama-sama ya?" Tanya Nazrul dengan senyuman.

"Okey." Aku pergi ke arah almari dan keluarkan kain telekung dan pakai. Kemudian, aku bentangkan sejadah di belakang Nazrul dan kami berdua menunaikan solat subuh bersama-sama.

Selesai solat, aku turun ke dapur untuk menolong Puan Nadirah menyiapkan sarapan untuk kami.

"Mama, buat apa tu?" Tegurku sebaik sahaja masuk di ruangan dapur.

"Eh menantu Mama. Mama tengah buat breakfast lah." Jawab Puan Nadirah ataupun panggilannya mama.

"Nak Reen tolong tak?" Tanyaku sambil menjenguk-jenguk apa yang Puan Nadirah masak di dalam kuali.

"Tolong Mama sediakan pinggan dengan cawan boleh?" Pintanya sambil mengaul-gaul nasi goreng yang dimasak.

"Boleh!" Kataku bersemangat. Aku mula menuju ke kabinet yang meletakkan pinggan kaca dan cawan. Kemudian, aku susun pinggan di atas meja mengikut sususan. Air hot chocolate yang sudah sediakan oleh Puan Nadirah di dalam jug air aku curahkan kedalam setiap cawan yang ada.

"Dah siap." Puan Nadirah meletakkan nasi goreng yang sudah dimasukkan ke dalam bekas di tengah-tengah meja makan. Aku susun sudu dengan garfu di sebelah semua pinggan selepas itu.

"Mama nak panggil Papa kejap." Katanya.

"Okey." Balasku ringkas. Aku terfikir sejenak. Nak panggil Nazrul atau tidak?

Aku ambil keputusan untuk panggil dia sebab Mama panggil Papa, Papa kan suami dia jadi aku perlulah jadi isteri yang baik kepada Nazrul.

Tok Tok !

Aku masuk selepas itu, "Awak, jom breakfast!" Ajakku dengan suara yang lembut. Nazrul yang sedang pakai tie memandang ke arah aku.

"Boleh tapi satu syarat." Balasnya.

"Syarat apa?" Tanyaku pelik. Nak pergi sarapan je bukannya berperang.

"Tolong pakaikan tie untuk suami awak ni." Dia hulurkan tie ke arah aku. Aku ambil huluran itu dan memakaikannya dalam masa 2 minit.

"Pandainya awak." Puji Nazrul sambil menepuk tangan. Macam orang jakun pula.

"Sekolah saya dulu pakai tie jadi senang je." Balasku sambil tersengih.

"Ouh."

"Dah, jom turun." Aku tarik tangan dia lembut dan kami berdua turun ke bawah. Sampai sahaja di dapur, Encik Naim dan Puan Nadirah sudah ada di meja makan. Siap sudah makan lagi, tak tunggu kami berdua.

Aku ambil tempat duduk diikuti dengan Nazrul. Aku cedokkan nasi ke dalam pinggan Nazrul barulah pinggan aku.

"Sejak bila Naz pandai pakai tie sendiri?" Tegur Encik Naim. Aku yang mendengar terkejut. Rasa nak ketawa pun ada.

"Papa." Rungut Nazrul perlahan.

"Nazrul tak pandai pakai tie ke Papa?" Tanyaku menahan gelak. Aduh, suami aku ni. Patutla dia suruh aku pakaikan tadi ingatkan saja nak bermanja.

"Naz mana pandai. Biasa, Mama yang tolong pakaikan." Balas Puan Nadirah lalu tersenyum. Aku tersenyum lebar kerana selepas ni boleh tanya lebih tentang Nazrul pada Puan Nadirah.

"Sayang gelak, abang merajuk sebulan." Kata Nazrul dalam nada merajuk. Dia menarik muka.

"Abang?" Tanyaku segan. Encik Naim dan Puan Nadirah hanya mampu tersenyum melihat kami.

I,ILY ✔Where stories live. Discover now