38

5.1K 244 8
                                    

Aku melihat penampilan diri di cermin bilik. Pagi raya yang indah ini perlu di isi dengan mood yang ceria. Tahun ni, baju raya aku dan Ayyan warna maroon. Selepas puas melihat penampilan diri, aku ambil telefon pintar dan turun ke bawah untuk menjamah sedikit makanan sebelum orang ramai  datang kerana Tokma buat open house selepas solat raya.

Open house pagi-pagi raya? Iyakan aja.

"Ha, Azreen! Turun pun kamu, pergi makan sikit." Pelawa Tengku Amanda. Aku mengambil tempat di sebelah Farisha. Suasana di dapur sungguh meriah dengan suara perempuan-perempuan bergosip dan sebagainya.

"Jangan malu-malu ya, nak makan ambil sendiri." Kata Tengku Aura pula. Aku ambil pinggan plastik lalu beberapa ketupat aku letakkan.

"Mana abang-abang hensem yang lain?" Tanyaku perlahan. Tahu lah semua abang kat Villa ni hensem-hensem, ehe. Aku suapkan ketupat itu ke dalam mulut, wow enaknya.

"Solat rayalah." Jawab Farisha sambil makan. Mulut dia penuh dengan ketupat. Bila aku perhatikan lama-lama, dia cantik apabila memakai tudung.

"Dah lama ke pergi?"

"Dah lama. Kejap lagi baliklah tu." Jawab Farisha.

"O-" Hmm, kata-kata aku terpotong akibat suara anak-anak teruna ataupun orang dewasa di hadapan pintu. Diorang buat rombongan datang beraya apa? Ouh, dah balik solat raya rupanya.

"Assalamualaikum. Tokma kami dah balik." Jerit Aliff lantang. Semua anak dara sudah berhenti makan. Harap maklum, teruna dah balik. Kena jaga adab makan sikit kalau tak kena reject awal-awal.

Tengku Aura, Tengku Amanda dan Tengku Aini sudah ke ruang tamu untuk menyambut kepulangan kaum Adam di muka pintu. Aku hanya sambung makan di atas meja di sudut yang tidak ramai orang.

"Hai." Tegur seseorang. Aku tidak menoleh ke arahnya kerana aku dah ingat itu suara siapa."Waalaikumussalam." Jawabku dalam perlian. Biar dia sentap sikit.

"Sorang je?" Tanyanya. Dia ni buta ke buat-buat buta? Dah nampak aku sorang pergi tanya lagi. Harap maklum, Farisha sudah ke ruang tamu tinggalkan aku kat dapur seorang diri. Jahatnya dia.

"Sepuluh."

"Loya buruk pula dia."

Aku tak tahu apa masalah dia sebenarnya tapi kalau bukan sebab aku baik, dah lama aku halau si Nazrul ni. Kenapa sekarang aku selalu terserempak dengan dia? Macam tak ada orang lain pula.

"Tunggu sini kejap. Saya nak ambil makanan." Katanya. Tak tanya, sekian.

"Bah!"

"Oh mak kau kahwin lima." Latahku sederhana kuat. Aku pegang dada selepas itu. Orang yang 'bah' aku tadi dah bantai gelak depan aku. Dengan renungan paling tajam aku bagi kat dia.

Nazrul ni memang tak sayang nyawa ke?

"Apa masalah?" Tanyaku dingin. Aku masih marah dengan perbuatan dia tadi. Nasib baik aku tak ada penyakit sakit jantung kalau tak dah lama aku masuk hospital tadi.

"Saja nak buat awak marah sebab bila awak marah, awak akan jadi comel macam tuan Puteri." Katanya tersenyum manis. Aku tersentak dan memandang ke arah matanya dengan dalam.

"Kalau awak marah, awak nampak comel macam tuan Puteri."

Entah kenapa ayat itu bermain di fikiran aku. Ayat yang dah lama aku tak dengar sejak kecil dulu. Siapa dia sebenarnya? Aku masih tertanya-tanya.

"Awak, awak okay tak?" Nazrul lambaikan tangan ke arah aku. Aku tersedar dari lamunan. Lama juga kut aku tenung dia sambil berangan. Habis membahang muka aku dibuatnya.

I,ILY ✔Where stories live. Discover now