39

5.2K 249 9
                                    

Pengalaman 10 hari tinggal di Villa ini amat menyeronokkan. Harini kami berlima akan pulang ke rumah masing-masing. Mungkin tidak kerana aku mahu singgah rumah Nenda yang berada di Johor Bahru dahulu.

"kami pulang dulu Tokma, Tokyah." Ucap Daniel. Tangan Tengku Aura dan Tengku  aku salam barulah orang yang lebih tua di dalam Villa ini.

"Bawa kereta elok-elok ya Daniel."

"Ingat, kamu bawa anak orang dalam keadaan selamat mesti pulang dengan selamat juga."

"Kalau rasa ngantuk, berhenti dulu jangan kamu buat tak endah je."

"Nanti sampai rumah Nenda, kirim salam Tokma dengan Tokyah okey."

Aku sekadar pasang telinga. Banyak sangat mereka nak kata sampai aku tak boleh nak bercakap. Diorang banyak bagi kami nasihat. Selepas habis sesi (?) Aku dan Daniel mula memasuki kereta. Ayyan sudah pun pergi bersama Aliff dan Hazmi. Sekarang giliran kami pula.

Jam sudah menunjukkan tepat pukul 1 tengah hari. Kami bertolak pukul 8 pagi tadi dan sekarang dah berada di Kota Tinggi, Johor.Perut aku berbunyi menandakan yang aku tengah lapar.

"Lapar?"

Aku sekadar mengangguk. Daniel terus memecut laju ke arah Mcd'. Aku dah telan air liur bila kereta Daniel dah masuk parking.

"Mari sayang." Daniel membuka pintu untuk aku. Aku keluar dari kereta secepat mungkin. Selepas itu, dia laju menarik tangan aku berdamping dengannya. Kami berdua masuk ke dalam Mcd' dengan senyuman di bibir.

"Ya encik, nak pesan apa?" Tanya seorang lelaki yang berkerja di situ.

"Ayam spicy 2 ketul, big mac 1 and air coke cawan besar." Kata Daniel mendatar. Kemudian, pekerja lelaki itu memandang ke arah aku.

"Same like him but i want milo not coke, a big cup too." Kataku. Aku tersenyum manis ke arahnya. Dia membalas senyuma ku kembali. Daniel pantas berdehem.

"Tunang dia ada kat sebelah, jangan macam-macam." kata Daniel sedikit kasar. Amboi, cemburu tak bertempat. 

"Maaf encik." Lelaki itu meminta maaf kepada Daniel. Aku hanya mampu memandang Daniel dengan perasaan menyampah. Suka hati dia je cakap aku tunang dia kalau nak cakap pun biar la dah tunang betul-betul nanti.

Air milo aku sisip laju kerana pedas makan ayam spicy ni, dah tahu tak suka pedas pergi pesan yang pedas kenapa? Bodoh tu simpan la untuk anak cicik nanti, Azreen.

"Tak suka makan pedas ke?" Tanya Daniel prihatin. Aku sekadar mengangguk. Malas nak bercakap banyak masa tekak tengah pedas + panas ni.

"Don't worry, i'm okay." Ucapku perlahan. Alhamdulilah, basah juga tekak aku ni lepas habiskan separuh air milo.

"Makan cepat sikit. Kita tak ada banyak masa ni." Arah Daniel. Dia sambung makan ayam yang dia pesan tadi. Aku sekadar pandang dia makan dengan renungan redup. Comelnya dia.

"Kenapa tenung aku macam tu?" Tanya Daniel pelik. Actually, kami dah tukar nama panggilan kepada kau-aku, apa korang ingat saya-awak je sweet?

"Sebab kau comel." Kataku selamba. Pipi Daniel berubah merah. Ala, dia malu.

45 minit kemudian,

Aku dan Daniel turun dari tingkat atas Mcd' dan berjalan ke arah pintu keluar tetapi jalanku terbantut akibat seorang remaja perempuan melanggar aku.

"Auch."

"Sorry miss, salah saya." Kata perempuan itu sambil menghulur tangan buat aku yang sudah terduduk di atas lantai hadapan pintu keluar Mcd', memalukan bagi orang yang tengok.

I,ILY ✔Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ