20

6.4K 358 6
                                    

Kring!!!

Semua pelajar berpusu-pusu keluar daripada kelas untuk mengambil udara bebas. Waktu rehat adalah waktu yang paling mengembirakan bagi semua pelajar.

"Cepatlah Azreen!" Jerit Qisha di pintu kelas. Nasib baik tak ramai orang dalam kelas kalau tak habis kena kecam. Qisha ni pun satu, tak reti nak sabar. Aku nak kemas buku pun tak senang duduk, Omel hatiku.

"Nanti boyfriend kau tertunggu-tunggu la!" Jerit Qisha lagi. Orang yang masih ada di dalam kelas memandang ke arah aku.

"Qisha!" Marah ku.

"Sejak bila kau ada boyfriend ni Reen?" Tanya Amirul selaku ketua kelas aku.

"Kau percaya ke cakap minah bedul tu?" Aku membalas. Aku terus ambil dompet dan keluar daripada kelas. Tangan Qisha aku tarik dan kami turun ke Kafeteria.

"Kenapa mulut tu suka sakat orang?" Tanya aku tak puas hati. Kerusi di tarik terlebih dahulu. Qisha di hadapan dijeling sekilas.

"Tapi memang betul kau ada boyfriend kan?" Balas Qisha lagi. Dia membuka penutup bekas yang dibawanya dari rumah.

"Kau jangan pergi mana-mana" Ujarku.

"Kau nak pergi mana?"

"Nak beli makananlah tuan Puteri kesayanganku." Aku terus menuju ke arah kaunter.

Selesai membeli makanan, aku duduk semula di hadapan Qisha. Aku membuka plastik bungkusan burger lalu memakannya. Qisha meminta izin untuk ke tandas sekejap. Beberapa minit kemudian, bayang-bayang dia masih tidak kelihatan.

"Dia ni pergi tandas ke buat tandas." Rungutku perlahan. Aku lihat jam tangan, ternyata sudah 10 minit dia ke tandas. Tanpa membuang masa, aku sambung makan yang tergendala tadi. Tiba-tiba, kerusi sebelah ada orang duduk. Aku yang terkejut terus menoleh ke arah kiri.

"Boleh tak jangan duduk sebelah sini?" Pinta ku lembut.

"Baik." Daniel bangun dan duduk semula di bahagian hadapan aku. Aku memandangnya dengan pandangan tak puas hati.

"Kenapa duduk sini lagi?" Tanya ku malas.

"Awak suruh saya jangan duduk sebelah awak jadi saya duduk depan awaklah." Balas Daniel lembut. Dia tersenyum manis ke arah aku.

"Okey."

"Merajuk lagi ke?" Tanya Daniel. Dia menongkat tangan ke dagunya. Sungguh tak tenang hati ni bila tak nampak dia senyum, Omel Daniel. Aku hanya mendiamkan diri.

Pap Pap !

Bunyi tepukkan dua kali aku dengari, pantas aku menoleh ke arah Daniel. Dia tersenyum sambil mengangkatkan sebelah keningnya. Aku pandang dia dengan perasaan pelik. Kemudian, dua orang pelajar lelaki datang bersama barang di tangan. Aku terkebil-kebil melihat barang tersebut. Daniel bangun dan mengambil barang itu daripada dua pelajar itu.

"Sorry?" Katanya lembut. Anak patung bersaiz sederhana besar dihulur pada ku berserta coklat cadbury dalam jambangan bunga. Suara pelajar-pelajar perempuan mula riuh di dalam Kafeteria.

"Okay." Jawab ku sepatah. Anak patung itu aku ambil lalu meletakkannya di sebelah tempat duduk. Coklat aku letak di atas meja.

"I love you." Ucapnya lembut sebelum pergi meninggalkan aku sendirian di sini. Dari tempat aku, aku boleh nampak beberapa orang yang menjeling ke arah ku. Aku membuat keputusan untuk cari Qisha di tandas. Anak patung dan juga coklat aku ambil. Baru saja aku bangun, tiba-tiba,

"Ops maaf. Tak nampak." Aku memandang pelajar tersebut dengan pandangan menyampah. Anak patung dan juga coklat aku letak semula di atas meja. Baju yang terkena air minuman terus dipandang.

"Kau nak bayar balik ke baju aku?" Tanya aku spontan. Tangan mula mencapai tisu di dalam sebuah kotak.

"Anak orang kaya, belilah baju baru." Sindir Dina sambil tersengih. Aku memandangnya dengan pandang menyampah.

"Untunglah cantik, merajuk je ada orang pujuk." Ujar Dina.

"Tapi abang Daniel tu boyfriend kak Reen jadi tak ada masalahlah." Seorang pelajar lelaki menengah rendah bersuara. Kami semua memandang ke arahnya.

"Ada! Masalahnya dia rampas Daniel dari aku. Kau budak lagi jadi diam." Marah Dina. Jarinya ditunding ke arah muka pelajar tersebut. Aku yang kesian terus pergi ke arah pelajar itu.

"Apa ni marah-marah? Nanti lekas tua ma." Aku membalas dengan pelat cina.

"Tak malu rampas orang punya." Ujar Dina. Dia berjalan menuju ke meja yang terdapat hadiah pemberian Daniel kepadaku. Niat Dina yang ingin menjatuhkan barang tersebut terbantut apabila aku dengan sepantas kilatnya menarik rambutnya sehingga dia terjatuh.

"Tak guna." Aku mendapat satu tamparan padu daripadanya sebaik saja dia berdiri semula. Semua pelajar mendiamkan diri termasuk pekerja di Kafeteria.

"Dina!" Suara Qisha bergema di segenap ruang. Qisha berjalan menuju ke arah kami. Tanpa sebarang kata, Qisha menampar Dina kuat.

"Auch sakitlah." Adunya.

"Kau keluar sekarang!" Tengking Qisha separa kuat. Dina terus keluar dari Kafeteria. Suasana jadi damai semula selepas ketiadaan Dina.

"Kau okey?" Tegur Qisha. Qisha meletakkan tangannya di pipi yang aku dapat tamparan.

"Okey." Aku menurunkan tangannya. Kalau orang yang tak tahu apa yang jadi mesti dah fikir kami pasangan lesbian.

"Tukarlah baju kau." Arah Qisha. Dia tolong bawakan anak patung dan aku bawa jambangan coklat. Kami berdua keluar dari Kafeteria.

"Mana nak dapat baju." Balasku.

"Pakai je baju sukan. Nanti kau kata lah kat cikgu kalai cikgu tanya kenapa pakai baju sukan." Qisha tersengih. Kami menuju ke loker. Anak patung dan coklat disimpan. Aku ambil baju sukan dan menukarnya di tandas tingkat kelas aku berada.

***
TBC

I,ILY ✔Where stories live. Discover now