80

4.6K 277 24
                                    

Aduhai, Senior Kerek! MiraFifah_
___

Aku membuka mata perlahan-lahan. Benda pertama yang aku nampak adalah siling berwarna putih. Kepala aku berdenyut-denyut. Aku pandang jam yang ada di dinding, pukul 5 pagi. Aku toleh ke arah kanan pula, ada seseorang yang sedang tidur. Kepalanya diletakkan di atas katil ini.

"Nazrul." Panggilku lemah.

Lelaki itu terjaga. Dia mengangkat muka dan aku tergamam.

"Daniel?" Ujarku perlahan-lahan. Dia membetulkan rambut yang sudah serabai.

"Ya. Baguslah kau dah bangun." Kata Daniel sambil tersenyum ke arah aku. Kemudian, dia mengeluarkan telefon pintarnya dan menghubungi seseorang.

Beberapa minit kemudian, Ayyan masuk ke dalam wad aku berada. Satu fail berwarna hitam turut dibawa bersama. Daniel bangun dari tempat duduknya.

"I miss you sweetheart!" Kata Ayyan lemah lembut. Aku gulingkan bebola mata, "Aku tak mati pun."

"Kau ni, sakit-sakit pun annoying. Kalau aku tahu aku potong tangan kau yang luka tu biar tak ada tangan." Dia menjelingku. Aku ketawa kecil melihat terlatahnya. Rindu pula usikkan manjanya.

"Mana Nazrul?" Soalan aku dijawab dengan hembusan angin malam. Suasana jadi diam seketika.

"Aku just nak pesan. Jangan lakukan pergerakkan yang banyak sebab tangan kau masih belum sembuh. Kalau degil, mungkin jahitan tu akan terkoyak. Kau tak nak hilang tangankan? So dengar cakap aku and lagi satu, sorry to say, kandungan kau gugur. Harap bertabah. " Balas Ayyan atau lebih tepat menukar topik perbualan daripada jawab soalan aku.

"Daniel keluar." Arah Ayyan dengan tegas. Mereka berdua keluar dari wad dan meninggalkan aku yang masih lagi penuh dengan soalan. Mana Nazrul ?

"Saya rindu Awak Nazrul." Gumanku perlahan. Air mata aku juga mengalir membasahi pipi. Peristiwa dimana Nazrul mendera aku berlayar di minda. Hati aku terasa sakit.

"Saya benci awak Nazrul. Sebab awak, kandungan saya gugur!" Jerit ku kuat dengan air mata. Beberapa orang jururawat masuk ke dalam wad aku. Maybe aku jerit terlalu kuat. Mereka semua menenangkan aku tetapi aku tetap melawan untuk melepaskan segala isi yang terbuku di hati. Aku mula pejamkan mata apabila salah seorang jururawat tersebut menyuntikkan ubat tidur.

***

Nazrul bangun dari tidur yang kurang indah. Jam di dinding di pandang, pukul 8 pagi. Niat dihati mahu pergi melawat Azreen tetapi apabila Amaran Ayyan belayar diminda terus terbatal.

Dia bangun dan mandi terlebih dahulu. Kemudian, dia turun ke dapur untuk bersarapan. Tiba saja di dapur, dia terkaku apabila teringat kembali peristiwa buruk.

"Kenapa aku marah dia?"

"Kenapa aku kata Adriana madu dia?"

"Kenapa aku tolak dia?"

"Kenapa weh kenapa?"

"Arghhhh." Dia mengusutkan rambutnya lalu dia terduduk dengan air mata di wajahnya. Jujur dia kata, dia sangat menyesal ketika itu.

***

Datuk Mikail, Datin Azira, Ayyan, Qisha dan juga Arisha duduk di meja makan bersama. Mereka sekeluarga bersarapan dahulu sebelum pergi melawat Azreen di hospital.

"Nazrul ada lawat Reen?" Tanya Datin Azira memecah kesunyian. Pergerakkan Ayyan terhenti. Pantas dia mengangkat muka memandang Mummynya.

"Yan tak izinkan dia jumpa Reen." Balas Ayyan dingin.

I,ILY ✔Où les histoires vivent. Découvrez maintenant