68

3.8K 224 5
                                    

Hari ini hari ketiga ataupun hari terakhir aku dan Nazrul berada di sini. Sekarang sudah pukul 2 petang dan kami berdua akan pergi beli cenderamata seperti key chain, chocolate, baju langkawi and pelbagai lagi. Aku hanya bermain telefon pintar sepanjang perjalanan akibat bosan teramat.

How long has this been goin' on
You' ve been creepin' round on me
While you' re calling me baby
How long has this been goin' on

Aku angkat panggilan daripada Ayyan as my Crazy Brother.

"Woi! Flight hang pukul berapa?" Tanya Ayyan atau lebih tepat dia menjerit.

"6 petang."

"Airport mana?" Soalan paling bodoh setakat ni dia beri.

"KLIA lah. Memang taklah KLIA2." Ujarku perlahan.

"Pesawat apa?"

"Air Asia, AK6317."

"Berapa jam?"

"1 jam 10 minit."

"Tengah buat apa tu?"

"Banyak soalanlah kau ni. Dahlah, malas aku layan kau." Aku terus tamatkan panggilan. Nazrul disebelah hanya mendiamkan diri. Geram aku dengan Ayyan ni, macam-macam soalan dia nak tanya.

Sampai sahaja di Cenang Mall. Aku ternganga. Tempat yang sama tapi tak apalah sebab aku belum pergi lagi Cenang Mall ini. Aku hanya bersiar-siar di pantai haritu. Aku keluar dari kereta dan kami berdua masuk ke dalam pusat membeli-belah 2 tingkat itu.

Tempat pertama yang kami berdua tuju ialah Starbucks Cafe. Itu pun aku yang tarik Nazrul masuk. Aku nak belanja dia air harini.
Aku pergi ke arah counter,

"Iced Dark Mocha Panna Cotta and Iced Double Chocolate Green Tea one." Pekerja itu memainkan peranannya. Aku bayar menggunakan credit card Starbucks yang memang ada duit di dalamnya. Selang beberapa minit, pesanan aku siap dan aku ambil Double Chocolate Green Tea lalu dihulur kepada Nazrul.

"Thank you sayang." Katanya sambil mengambil huluran aku. Aku tersenyum manis ke arahnya. Kemudian, kami berdua keluar dari Starbucks dan pergi ke kedai-kedai cenderamata yang berderet macam kereta api. Sungguh banyak cenderamata sampaikan aku tak tahu nak pilih yang mana satu untuk bawa balik pada diorang semua.

2 jam kemudian,

Kami berdua selesai membeli cenderamata untuk dibawa pulang. Sungguh banyak sampaikan tak cukup tangan untuk dibawa. Barang-barang tersebut disimpan di dalam bot kereta. Kami berdua terus pulang ke hotel untuk mengemas.

***

Aku masukkan segala peralatan domestik  ke dalam beg kecil. Segala pakaian sudah sedia berada di dalam bagasi. Sekarang tinggal nak simpan segala cenderamata yang dibeli sahaja.

Aku ambil satu kotak kecil untuk dimasukkan baju Langkawi dan jenis pakaian yang lain. Kemudian, kotak kecil itu aku masukkan ke dalam satu kotak besar khas untuk cenderamata.

"Sayang, tolong ambilkan ice box." Aku pergi ke dapur untuk mengambil ice box bersaiz kecil dan memberikannya kepada Nazrul. Dia menyimpan semua jenis chocolate di dalamnya yang sudah mahu cair dan meleleh. Ceh! Dalam pukul 5 petang, aku dan Nazrul bergerak ke LIA.

Langkawi International Airport [LIA]

"Perhatian untuk penerbangan ke Kuala Lumpur, sila lapor diri di balai berlepas." Ucap satu suara. Baguslah tu! Baru sahaja masuk ke dalam Airport dah dipanggil. Ni semua salah Faizal yang bawa kereta macam kura-kura tu. Biar lambat asal selamat konon.

***

Kuala Lumpur International Airport [KLIA]

YEAH! Dah sampai keyyel!

Aku dan Nazrul keluar dari balai ketibaan dan kelibat Ayyan ada di situ sedang menunggu ketibaan kami. Aku yang paksa dia datang untuk jemput. Adik tak kejam ya abang.

"Ada bawa balik anak buah untuk aku tak?" Tanya Ayyan apabila kami berdua sudah sampai dihadapannya. Aku pukul kepalanya, "Mengarut! .

"Kau tu, bila nak bagi aku anak buah?" Sakatku pula. Ayyan hanya buat tak tahu dengan soalan aku.

"Cepatlah balik. Aku penat ni." Runggutku.

"Jom." Kata Ayyan. Aku orang pertama yang jalan dulu dan bagasi aku tinggalkan di tempat mereka berdua. Pandai-pandailah salah seorang bawa. Tiba sahaja di luar, satu kereta Honda berwarna hitam kelihatan.

Wait! Macam kenal je kereta ni. Kereta aku lagi!

"Putera Ayyan! Why you use my car?" Marahku sambil merenung anak matanya tajam. Ayyan hanya mengjongketkan bahu tanda tak tahu.

Aku terus masuk di tempat pemandu. Nazrul dan Ayyan sibuk memasukkan barang di dalam bot kereta. Kemudian, Nazrul masuk di tempat duduk sebelah pemandu.

Tok !

Ayyan ketuk cermin tingkap tempat pemandu. Aku turunkan cermin sambil tersenyum kelat.

"Kereta aku so aku bawa dan kau dipersilakan duduk belakang." Selepas berkata, aku naikkan semula cermin kereta itu. Ayyan masuk ke tempat duduk belakang dan pintu kereta dihempas kuat.

"Kereta aku!" Bentakku kuat.

"Sorry."

Aku terus memandu ke Mcd. Kalau bukan aku yang drive, diorang tak akan kasi pergi punya. Aku masuk laluan drive-thru.

"Selamat malam, boleh saya bantu?" Satu suara dari arah kotak segi empat itu berbunyi.

"Double Spicy Chicken McDeluxe and Ice Cola tujuh." Kataku dalam satu nafas. Aku terus membayar dan mengambilnya. Kemudian, aku terus memandu ke rumah agam milik Datuk Mikail. 

Aku hentikan kereta di hadapan pagar rumah. Malas nak masuk sebab kejap lagi nak terus balik rumah sendiri. Ayyan keluar dari kereta selepas itu. Aku turunkan cermin kereta dan berkata, "Abang sayang, sini jap." Ayyan datang ke arah cermin kereta. Aku hulur bungkusan Mcd burger dan air kepadanya. Jangan risau, aku punya dengan Nazrul sudah sedia tersimpan. Aku tak baik sangat nak bagi semua tu.

"Terima kasih belanja semua ni." Kata Ayyan sambil mengambil huluran aku.

"Siapa kata aku belanja? Bayar balik esok." Balasku selamba.

"Sayang." Panggil Nazrul meleret. Aku menahan ketawa melihat muka berkerut Ayyan.

"Ambillah balik." Protesnya. Dah besar pun nak merajuk ke Abangku sayang? Hahaha.

"Reen gurau jela. Dah pergi masuk dalam sana. Kirim salam kat semua orang. Esok-esok aku datang bawa buah tangan." Kataku. Dia terus masuk ke dalam rumah. Kemudian, kereta Honda aku mula membelah jalan raya untuk pulang ke rumah.

Tiba sahaja di rumah, kami berdua menjamu selera Double Spicy Chicken McDeluxe dahulu. Barulah kemas semua barang dan masuk tidur kerana badan sudah letih.

***
TBC

I,ILY ✔Where stories live. Discover now