14

6.7K 370 4
                                    

Seminggu kemudian,

Ayyan yang mengambil cuti selama seminggu akhirnya datang ke sekolah semula. Wajahnya tidak seperti dulu kala yang sentiasa tersenyum. Dirinya juga sedikit tidak terurus. Separuh daripada kawan baiknya mula berasa fed up apabila dia berubah 100%.

"Kau kenapa?!" Hazmi tanpa rasa serba salah menggangu mood Ayyan terus menghentak meja. Seluruh ahli kelas 6V memandang ke arah tempat duduk mereka.

"Tolong jangan ganggu aku." Ayyan berkata perlahan. Dia kemas segala barang sekolah yang ada di atas meja. Dia sandang beg sekolah lalu bangun menuju ke pintu kelas.

"Kalau kau keluar, kau tak sayang Reen!" Tegas Hazmi. Kaki Ayyan terhenti. Perlahan-lahan dia memusingkan kepala menghadap Hazmi.

"Apa masalah kau!" Ayyan meninggikan sedikit suaranya. Dia tidak mahu menggangu pembelajaran kelas lain.

"Kau yang ada masalah! Ni aku nak tanya, kenapa kau jadi macam ni? Kau sepatutnya kuat demi adik kau. Bukannya lemah semangat macam ni! Apa punya abanglah." Hazmi menjeling Ayyan sekilas.

"Kau tak akan faham situasi aku." Ayyan meninggalkan kelas. Hazmi mengeluh perlahan.

"Apa masalah kau?" Daniel menumbuk bahu Hazmi kuat. Hazmi mengadu kesakitan sebelum menumbuk Daniel semula.

"Kau kenapa?!"

"Aku tahu kau nak sedarkan dia tapi tak payah lah depan classmate gila." Daniel merenung Hazmi tajam. Kalau bukan sebab Hazmi rakan karibnya, dah lama dia kerat 14 si Hazmi ni.

"Saja nak buat dia malu. Biar dia sedar sikit." Hazmi menjelirkan lidah.

***

Aku celik mata perlahan-lahan. Kepala ku mula pening apabila penglihatan ku semuanya putih. Aku cuba untuk membuka mulut tetapi tidak berjaya. Segala urat aku seakan-akan tidak berfungsi. Telinga ku dapat menangkap bunyi sesuatu yang sederhana kuat. Bunyi seperti pintu sedang di tolak.

"Aku rindu kau." Aku tersentak. Aku cuba memerah otak untuk mengingati gelaran siapakah yang mempunyai suara selembut itu. Apabila dia memegang tangan ku, otak ku seakan berfungsi dan aku tahu orang itu ialah Qisha.

"Kau tak rindu aku ke?" Aku sekadar mampu berkata dalam hati yang aku rindu dia sangat-sangat.

"Kau nak tahu tak yang semua orang rindu kan kau." Luah Qisha. Aku hanya mampu mendengar luahan hati gadis itu. Selepas itu, suasana jadi sunyi sepi. Hanya bunyi jam dan kipas siling kedengaran.

"Qisha?" Ada satu suara yang lain kedengaran di segenap wad ini. Disebabkan aku tidak sedar sepenuhnya, aku hanya mampu mendengar sahaja.

"Eh Ayyan." Qisha membalas.

"Reen rindu Abang." Hanya angin yang boleh dengar.

"Boleh teman aku makan tak?" Qisha sekadar mengganguk. Mereka berdua keluar bersama-sama. Tinggalah aku keseorangan.

***

Ayyan dan Qisha selamat sampai di restoran berdekatan dengan hospital. Pada mulanya, Qisha sekadar mahu meneman Ayyan makan tapi dia kecundang apabila melihat pelbagai makanan dijual. Dia ambil keputusan untuk makan bersama Ayyan.

I,ILY ✔Onde histórias criam vida. Descubra agora