35

5K 250 0
                                    

Ayyan POV

Aku duduk di atas sofa bilik sambil menonton TV. Tiba-tiba pintu aku dikuak oleh seseorang yang bernama Daniel. Dia masuk dan meluru ke arahku. Tanpa segan silu, dia duduk di sebelah aku sambil melirik ke arah TV.

"Kau dah jenguk Azreen belum?" Tanyanya sambil memandang ke arah aku.

"Belum."

"Apa punya abangla." Rungut Daniel perlahan tapi cukup kuat untuk aku dengar.

"Bukan dia sakit pun."

"Dia sakit hati. Kau belum minta maaf kan pasal semalam?" Tanyanya lagi. Mulut dia memang tak reti duduk diam atau apa? Rungutku di dalam hati.

"Tak kanlah dia masih marah."

Aku berteka sendirian. Aku kenal adik aku macam mana. Selagi orang yang buat salah tak minta maaf, selagi tu dia akan marah orang tu. Tak kira lah abang dia ke buah hati dia ke.

"Aku tak tahu bro. Aku nak siap dulu, jangan lupa bersiap. Kita solat subuh kat masjid ramai-ramai. Tapi jalan kakilah." Kata Daniel seakan-akan mahu menyindir aku. Dia ingat aku orang bandar sangat ke sampai tak sanggup jalan kaki?

Tanpa berfikir panjang. Aku turun semula ke dapur untuk ambil sedikit makanan yang masih ada. Sampai di dapur, Tengku Aura dan Tengku Aini masih ada di dapur.

"Eh Ayyan, kamu cari apa kat sini?" Tegur Tengku Aura perlahan. Sememangnya Tengku Aura sangat peramah dengan orang walaupun orang itu masih baru dalam Vila miliknya.

"Erm Tokma, Kari ayam dengan sayur goreng ada lagi tak?" Tanya aku menahan malu. Mungkin diorang akan ingat aku tak puasa bila tanya macam ni.

"Ada, kenapa?Kamu nak makan lagi ke? Waktu sahur dah habis." Ujar Tengku Aura sedikit terkejut. Tiba-tiba turun tanya makanan tadi ada lagi tak, gila apa budak ni. Mungkin itu yang difikirkan dalam kepalanya.

"Bukan untuk saya, saya nak bagi adik saya makan. Mungkin dia lapar." Kataku menahan malu. Tengku Aura membuat muka pelik diikuti dengan Tengku Aini.

"Kamu ada adik ke? Tokma tak nampak pun kamu dengan adik kamu semalam."

"Girl Daniel tu sebenarnya adik saya." Jawabku tanpa ragu-ragu.

"Ouh, baru Tokma tahu. Kalau kamu nak ambil makanan ada dalam kuali." Kata Tengku Aura lembut. Aku bergerak ke arah kuali yang dikatakan tadi. Aku ambil satu pinggan bercorak bunga dan membubuh nasi ke atasnya. Seketul ayam aku letak di atas nasi, tak lupa juga dengan sayur goreng tadi.

Aku ambil segelas air sejuk dan membawanya ke bilik Azreen dengan perasaan malu bila Tengku Afiq (Pak Long) dengan  Tengku Idris (Pak Ngah) melihat. Mesti diorang ingat aku tak puasa.

"kamu tak puasa ke Ayyan?" Tanya Tengku Afiq terkejut. Pendakian tangga aku terhenti. Aku sangat bijak orangnya, pujiku sendirian.

"Untuk girl Daniel, adik saya."

Aku sambung naik apabila Tengku Afiq dan Tengku Idris tidak menanyakan soalan lagi. Pintu bilik Azreen aku tuju dengan perasaan berdebar. Jangan kena halau dengan adik sendiri sudah.

End POV

***

Hmm,

Perut aku lapar. Aku menoleh ke arah jam dinding, baru pukul 6:20 AM. Aku ambil keputusan untuk turun makan. Sebaik sahaja aku membuka pintu. Benda pertama yang aku nampak ialah Ayyan  sedang memegang sepinggan nasi di tangan kanan dan segelas air sejuk di tangan kiri. Ayyan terkejut dengan kehadiran aku di hadapan pintu.

"Erm, untuk Reen." Ayyan hulur pinggan dan air tersebut. Aku pandang wajahnya yang menunduk. Aku melepaskan keluhan dan ambil huluran Ayyan. Kemudian, aku tutup pintu berserta kunci sekali.

Aku duduk atas sofa sambil menjamu selera yang baru sahaja Ayyan bawa tadi. Tak lupa juga membuka TV untuk melayan drama korea.

Selepas habis makan, aku cuci pinggan dan cawan di dalam bilik air. Kemudian, aku keluar senyap-senyap dan meletakkan benda itu di hadapan bilik Ayyan. Sebelum masuk ke bilik aku semula, aku ketuk dahulu pintu bilik dia.

Ayyan POV

Tok Tok !

Aku melangkah ke pintu dan membukanya. Tiada sesiapa di luar, tanpa berfikir panjang aku terus tutup pintu tapi terhenti apabila terpadang pinggan dan gelas di hadapan kakiku. Aku ambil pinggan dan gelas tersebut, ada satu sticky note berwarna hijau di tampal di atas pinggan.

Thanks untuk makanan ni.

Aku mengukir satu senyuman dan turun ke bawah untuk hantar semula pinggan dan gelas ini di tempat asalnya.

End POV

***

Aku membuat panggilan kepada Qisha yang berada di New York bersama keluarganya untuk bercuti. Dia tidak menjawab panggilan aku sehinggalah panggilan yang ke-8.

"Hello, who are you?" Qisha mengubah suaranya sedikit. Aku tergelak kecil apabila mendengar suara yang dibuat-buat olehnya. Sangat kelakar, bisik hatiku.

"Good morning. My name is Puteri and who are you ?" Aku membalas sambil tersengih.

"My name is Qisha. You can call me a queen."

"Why queen?"

"Because my face looks like a beautiful queen." Aku tergelak besar apabila mendengar ayatnya.

"Iya-iyalah Qisha."

"Chill, ada apa call? Kau dah jumpa boyfriend baru ke?" Qisha menyoal. Aku tertawa sendirian lalu berkata, "Hambar." Dia turut tertawa. Motif? Tak tahu, pergi tanya motif viral.

"Kau tanya aku kenapa call? Hello, kau yang suruh aku call kau kalau dah sampai rumah Tokma Daniel. Boyfriend baru? Maaf sis bukan jenis tak cukup satu, sekian." Aku dapat dengar Qisha mengajuk kembali percakapan aku.

"Okey bye, jangan lupa kirim salam dekat bakal suami aku." Dia terus memutuskan panggilan. Aku baring sambil mendepakan tangan. Aku berfikir sejenak, siapakah gelaran boyfriend Qisha itu?

satu

dua

tiga

"Ouh Ayyan." Aku tertawa sendirian.

***
TBC

I,ILY ✔Where stories live. Discover now