71

3.6K 216 10
                                    

"Daddy! Mummy!" Jeritku dalam esakkan apabila sudah keluar dari kereta. Datuk Mikail dan Datin Azira yang berada dihadapan pintu memandang aku pelik.

"Kenapa ni Reen? Kenapa nangis? Bagitahu Mummy, siapa buat anak Mummy macam ni?" Tanya Datin Azira risau. Mak mana tak risau pasal anak dia?

"Naz tak balik rumah semalam." Kataku teresak-esak.

"What?!" Jerit Qisha yang baru sahaja tiba di hadapan muka pintu utama. Dia baru hendak makan tapi terdengar bunyi bising di pintu, terus dia ke pintu dan dia terkejut apabila mendengar ayat aku itu.

"Mana dia pergi?" Tanyaku. Aku tahu, tiada sesiapa yang boleh jawab soalan ini. Qisha terus memeluk erat tubuhku. Kami kawan baik bukan lesbian.

"Semalam dia kata lagi 5 minit nak sampai rumah tapi sampai sekarang dia belum balik." Aduku kepada Qisha. Qisha mengusap lembut belakang aku. Dia bawa aku masuk dan duduk di ruang tamu.

"Dah buat report?" Tanyanya. Aku menjawab, "Belum 24 jam." Dia hanya mengangguk. Kalau belum 24 jam, belum boleh lagi di kira kes culik. Mesti dia tidur rumah kawan or pergi mana-mana or merajuk or banyak lagilah. Polis tak akan terima report itu kalau belum lebih 24 jam.

"Mana Ayyan?" Aku tukar topik perbualan. Ayyan yang baru sahaja keluar dari lif terus melulu ke arah aku dengan 1001 soalan. Panjang umur dia.

"Kenapa ni?" Tanya Ayyan yang tidak tahu apa-apa. Semua orang hanya mendiamkan diri. Aku pula sibuk mengalirkan air mata macam banjir kilat / hujan lebat.

"Hye Sweetheart! Cerita dekat Ayyan, apa yang dah jadi? Kenapa nangis ni?" Suara Ayyan bertukar lembut. Dia duduk disebelah aku sambil mengelap air mata yang jatuh di pipi.

"Nazrul tak balik rumah." Kataku sendu. Aku terus peluk Ayyan. Habis basah lecun bajunya akibat air mata aku.

"Mungkin dia tidur rumah kawan or dia stay kat office?" Ayyan berkata perkara positif kepada aku tetapi itu semua tidak boleh digunakan. Dia mengusap lembut embun kepala aku.

"Semalam dia ada mesej, lagi 5 minit nak sampai rumah so tak kan lah dia tidur rumah kawan dia or stay kat office." Balasku.

"Shh. Jangan nangis. Kita doa banyak-banyak yang Naz dalam keadaan yang selamat." Pujuk Ayyan.

"Amin." Ucap satu keluarga serentak.

***

Someone POV

Ting ! Ting!

Aku pandang ke arah bunyi tersebut. Ianya datang dari arah Iphone 8+ yang berada di atas meja makan. Pantas aku ambil dan membacanya.

Sayang 🌸❤
Abang pergi mana?
Kenapa tak balik semalam?
Jangan buat saya risau Naz

Aku kerutkan dahi. Mungkin ni isteri dia. Aku pun reply mesej tersebut.

Maaf, saya bukan suami puan

Kau siapa?
Mana suami aku?
Kau buat apa dengan dia?
Macam mana fon dia boleh ada kat kau?

Laju betul minah ni type. Aku nak balas apa erk,

Puan jumpa saya kat McCafe Damansara
nanti saya cerita semuanya,

Bluetick. Aku pun bergegas ke McCafe Damansara. Aku naik kereta BMW yang aku jumpa semalam. Telefon pintar milik tuan punya kereta ini juga aku bawa.

End POV

***

McCafe

Aku masuk ke dalam. Lelaki kemeja berwarna putih lengan panjang aku cari. Apabila sudah jumpa, aku terus duduk dihadapannya. Dia begitu terkejut dengan kehadiran aku.

"Awak siapa?" Tanyanya hairan.

"Azreen. Awak yang nak jumpa saya tadi. Sekarang cerita dekat saya, macam mana awak ada handphone suami saya." Arahku. Perasaan sedih aku simpan dahulu. Tujuan aku datang sini untuk cari Naz bukan menangis.

"Saya Ihkwan. Macam ni cerita dia...."

Aku keluar dari 7E. Tiba-tiba aku terdengar macam bunyi hentakkan. Aku pergi cari dari mana bunyi itu datang. Apabila sudah jumpa, aku sembunyi di belakang kereta-kereta yang lain sebab takut terkantoi. Nanti aku pula dia hentak pakai kayu.

Dua orang lelaki tegap itu membawa seorang lelaki berbaju suit hitam masuk ke dalam sebuah kereta berwarna hitam. Apabila kereta itu sudah pergi meninggalkan kawasan 7E. Aku pergi ke arah keretanya. Iphone yang berada di atas jalan raya aku ambil dan membukanya. Gambar wallpaper depan ialah gambar seorang lelaki bersama perempuan lalu aku simpan iPhone itu di dalam poket baju.

Aku ambil keputusan untuk bawa kereta ini pulang ke rumah aku dahulu. Mungkin esok aku akan bagi dekat ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan lelaki yang kena culik tadi.

"Macam tu lah cerita dia."

"Ya Allah Nazrul." Tangisanku mula pecah disaat mendengar ceritanya. Nak kata Nazrul ada musuh, tak ada. Nak kata aku ada musuh, tak ada. Eh, ada kut dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh gitu.

"Boleh tolong saya tak?" Pintaku. Dia mengangguk, "Tolong apa?"Aku terus membalas, "Selamatkan suami saya." Dia mengerutkan dahi, "Macam mana?" Aku bisik sesuatu di telinganya dan dia mengangguk setuju.

***

Nazrul POV

"Manalah isteri kesayangan kau ni? Bilalah dia nak datang selamatkan kau." Aku hanya mampu mendengar setiap bait-bait kata lelaki psycho itu. Muka dan badan aku penuh dengan lebam akibat dikerjakan oleh anak buahnya yang lain. Di bahagian kaki aku terdapat 3 biji peluru. Sekarang, badan aku sudah menjadi lemah. Aku masih lagi tidak makan.

"Boss, Lim call." Kata Zack sambil menghulur telefon pintar ke arah lelaki itu. Lelaki itu terus ambil huluran tersebut.

"Macam mana? My love ada kat rumah tak?" Tanyanya kuat. My love tahi kucing kau. Tu bini aku bukan bini kau satan!

"Tak ada boss. Saya dah pecah masuk rumah dia, tapi dia tak ada." Balas Lim dalam talian. Aku boleh dengar sebab dia pasang speaker.

"Tak apa. Kau balik dulu." Panggilan dimatikan.

"Zack! Aku nak kau jaga lelaki ni dengan ketat. Aku nak keluar jap." Arah lelaki tu. Lelaki itu keluar dari gudang melalui pintu belakang.

"Kau lapar tak Naz?" Tanya Zack. Aku angguk lambat.

"Nah!" Dia baling sebungkus roti perisa coklat ke arah aku. Aku ambil dan makan roti tersebut. Tak sangka, Zack ni baik sikit orangnya. Sikit je tak banyak pun. Bila nampak coklat, aku teringat coklat yang aku beli semalam.

end pov

***
TBC

I,ILY ✔Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu