44

4.6K 253 27
                                    

Tiga hari pun berlalu, masih berbaki dua hari untuk menamatkan persekolahan. Aku dan Qisha lepak di Kafe sambil berbual kosong. Tiba-tiba datang seorang perempuan yang sudah lama tidak muncul di sekolah.

"Hai Azreen." Tegur Dina ceria. Aku balas senyuman dia manakala Qisha pandang aku atas-bawah, atas-bawah. Terkejut kut.

"You ingat tak dulu I ada minta maaf dekat you atas semua perbuatan I?." Tanya Dina tersenyum sinis

"Ingat, kenapa?"

"I nak minta maaf lagi atas perbuatan I 3 minggu lepas." Balasnya sinis. Aku sudah mengerutkan dahi tanda tak faham satu habuk dari ayat dia cakap.

"You buat apa?"

"I khianat belakang you and lagi satu nak bagitahu yang I akan bertunang dengan Daniel aka your boyfriend."

"Bitch you girl." Aku sekadar berkata dalam hati. Hatiku bagaikan disiat-siat.

"Lepas tunang, esoknya putus ya. Boyfriend I kut." Aku ketawa hambar di hadapan mereka berdua. Dina langsung tidak mengeluarkan bunyi, mungkin dia tengah serius.

"You ingat I ada masa ke nak main-main ni?" Dina mengecilkan matanya. Aku turut membuat muka serius. Hatiku menjerit-jerit supaya Daniel datang dan mengatakan itu tidak benar.

"Tak."

"Okeylah, I gerak dulu. I nak pesan satu benda, sediakanlah tisu banyak-banyak ya." Dia mula mengatur langkah. Aku mengeluarkan telefon pintar untuk menghubungi Daniel.

"Sampah." Hanya itu aku mampu kata dengan hati yang terluka. Langkah Dina terhenti, dia menoleh ke arah aku semula.

"Kurang ajar." Marah Dina. Perempuan ni bila marah, bukan mulut je gerak tapi tangan pun sekali ikut gerak. Dina mengambil air jus Qisha dan menyimbah ke arah baju T-shirt putih aku. Agak-agaklah bruh.

"Damn!" Aku berdiri lalu menampar pipi mulus kanan dia dengan sekuat hati.

"Berani kau tampar aku." Marah Dina.

"Eh, mestilah. Buat apa aku nak takut."

"Kau memang kurang ajar, even mak ayah aku pun tak sentuh lagi pipi aku yang cantik ni." Tengking Dina. Orang ramai mula berkumpul di meja aku dan Qisha dan ada lagi seorang tambahan iaitu Dina aka talam dua muka.

"Lah, kenapa tak cakap awal-awal, boleh aku suruh mak bapak kau tampar kau." Kataku mendatar.

"Fvck you Azreen!" Dina terus keluar dari Kafe. Aku pegang baju yang kotor dengan perasaan menyampah + marah. Aku ambil telefon di atas meja dan berlalu keluar dari Kafe.

"Kau pun satu, susah sangat ke nak jawab panggilan aku." Rungutku kuat. Aku langsung tidak peduli apa orang sekeliling kata. Sibuk je diorang tu, pergi buat hal sendirilah.

"Tak guna jugalah beli phone mahal-mahal tapi angkat call pun tak tahu." Tambahku lagi.

"Akak."

"Apa?" Aku terjerit pada budak itu. Jelas wajahnya terkejut dengan tindakan aku.

"Maaf tak sengaja. Ya ada apa?" Aku memberikan senyuman yang palsu.

"Nah." Dia menghulurkan satu paket tisu tangan. Tak sangka ada juga yang prihatin kat sekolah ni. Ingatkan semua dah jadi hantu.

"Terima kasih." Ucapku perlahan. Aku ambil tisu itu lalu berjalan dengan lajunya untuk pergi ke loker mengambil baju yang baru.

I,ILY ✔Where stories live. Discover now