25

6.2K 455 3
                                    

Pada waktu rehat, seluruh pelajar Viction berada di dalam dewan. Semua pelajar beratur mengikut kelas tingkatan masing-masing. Suasana di dalam dewan menjadi sunyi apabila Puan Pengetua, Cikgu Hafiz dan Instafamousboy menaiki pentas utama.

"Saya akan serahkan semua maklumat kepada Ayyan." Kata Puan Pengetua. Mikrofon dihulur kepada Ayyan. Puan Pengetua terus keluar dari dewan disebabkan dia ada mesyuarat bersama PIBG.

"Assalamualaikum saya ucapkan terlebih dahulu."

"Waalaikumussalam." Jawab semua pelajar di dalam dewan dengan penuh semangat.

"Saya ingin memberitahu bahawa pada hari esok akan bermulanya latihan rumah sukan. Kepada yang tak terlibat dalam acara sukan, kalian kena masuk kelas belajar manakala yang terlibat akan ada di padang pada waktu lepas rehat sehingga balik. Ada sebarang soalan?"

"Pasukan sorak rumah sukan akan berada di padang sekali atau tidak, you?" Tanya Dina. Semua mata kini memandang ke arahnya.

"Sebelum tanya soalan pastikan angkat tangan dulu ya. Mana adab kamu? Okey, pasukan sorak rumah sukan akan berlatih bersama-sama dengan atlet di padang." Dina mengeluh apabila dengar perkataan padang.

"Ada pembarisan tak?" Tanya seorang pelajar lelaki di barisan hadapan. Kini semua tertumpu kepada dia pula.

"Tak sangka ada soalan bagus. Mesti lah ada!" Ayyan meninggikan suaranya. Semua pelajar mendiamkan diri termasuk aku. Aku yang dah biasa dengar nada suaranya begitu tidak terkejut sangat. Aku dapat dengar suara-suara kecil mengeluh.

"Ada soalan lagi?"

"Tak ada."

"Daniel akan memaklumkan lokasi perjumpaan rumah sukan." Mikrofon dihulur kepada Daniel pula. Ayyan pergi ke barisan belakang bersama Hazmi dan Aliff.

"Saya hanya memaklumkan sekali jadi tolong dengar dengan teliti."

"Baik!" Jawab semua pelajar.

"Delta (ungu) di dalam dewan bahagian depan. Sigma (oren) di hadapan court bola tampar. Beta (biru) di dataran. Gamma (merah) di bahagian belakang dewan. Alfa (kuning) di belakang court bola tampar. Omega (hijau) di kawasan padang. Selepas perjumpaan, kamu semua diberi rehat selama 30 minit." Kata Daniel.

"Kamu boleh gerak sekarang." Sambung Daniel. Semua pelajar mula bergerak ke tempat perjumpaan masing-masing.

"Atlet tahun lepas sila ke hadapan." Arah Cikgu Hafiz. Kesemua atlet tahun lepas pasukan delta atau lebih di kenali pasukan ungu tampil ke hadapan.

"Azreen, kenapa tak bangun pergi depan?" Tanya Cikgu Hafiz lagi. Semua pelajar memandang ke arah ku. Aku sudah menelan air liur.

"Saya bukan atlet cikgu." Aku cuba menafi.

"Jangan nak tipu cikgu. Kamu juara balapan berturut-turut kan? Ingat cikgu tak tahu kokurikulum kamu?" Cikgu Hafiz tersenyum sinis.

"Mana cikgu tahu?"

"File kamu lah." Jawab Cikgu Hafiz selamba.

"Ala cikgu. Saya baru nak rehat tahun ni." Aku tersengih kecil.

"Tak boleh. Kita kena jadi juara lagi tahun ni." Kata Cikgu Hafiz bersemangat. Semua orang mula bersorak.

"Cikgu nak kamu semua tulis nama atas kertas ni berserta acara tahun lepas yang kamu masuk. Jangan lupa tulis kelas juga." Cikgu Hidayah menghulur satu kertas A4 kepada pelajar yang berada di hadapan.

"Maaf Cikgu sebab lambat. Saya ada hal tadi." Kata seorang lelaki dan aku menoleh ke arahnya. Aku menelan air liur apabila melihat tuan punya badan.

I,ILY ✔Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt